Tuesday 10 December 2013

Hati..






Angin kuat meniup kasar puisiku,
saat diri sudah semakin jauh dan lelah,
mungkin saat ini tenggelam tak timbul,
umatku hilang dibawah kaki barat,
dipijak-pijak hingga hilang identiti diri,
terikut macam hidung dicucuk besi berkarat,
tidak mampu melepaskan diri,
kerana lupa memohon saat sujud menghadap Allah,
Allahu robbi itukah aku dan mereka...

Monday 2 September 2013

CHAR KUEY TEOW.. nyam2..





Adui…. Sgt2 teringin mkn char kuey teow laa.. hihihi..
Oleh itu d ptg y indah hari ini, ana telah merajinkan diri untuk memasak CKT untuk keluarga dan suami tercinta.. ops! Xkawen g la.. hehe..

Resepinya mudah sahaja yop..
1.       Kuey teow
2.       Udang
3.       Sos tiram, sos cili and kicap
4.       Taugeh comel
5.       Teloq 2 or 1 biji…
6.       Minyak
7.       Air
8.       cili boh/cili giling
9.       Kuali
10.   And dapur gas..

Erk -_-

Ok2, start masak yaa.
1.       Masukkan minyak, then bawang putih…
2.       Bila dah harum mewangi, masukkan dengan tekun cili boh/cili giling
3.       Seterusnya bila dh pecah minyak, masukkan kicap, sos tomato, dan sos tiram
4.       Seterusnya masukkan pakcik udang yang sangat gemok dan sedaaapppppppp.. huhuhu
5.       Then masukkan air ..
6.       Bila dh mendidih air tu, masukkan teloq
7.       Biarkan sebentar, then baru kacau.
8.       Seterusnya masukkan kuey teow and taugeh.. xsuka mkn taugeh? Suka makan buah? Ok masuk je la buah kegemaran anda tu.. kang jadik char kuey teow berbuah2n.. eeeeee… menggelikan..
9.       Seterusnya hiaslah dengan daun apapun y ada kat peti sejuk.. hihohoho..

sedap kan... gmbr ni bukn gmbr curi from google ya.. gmbr ni mskn anaa



Then sudah siaappppppppppppp…. Mama kata sedaaappppppppp!

KEK RAINBOW SEDAAAPPPPPPPPPP... :)



Salam eid Mubarak!!.. hehe..

Ana meme sgt suka la masak2 ni, xpro pun.. tpi minat yang sangat mendalam la kan.. hehe.. suka masak kek and biskut.. hehe

I’ve something to share, something that really2 delicousssss... of cos lah, cz my recipe kannn... heheee.. (peghaseee)

The ingredients also very simple laa, dun wooriiii bro....

Ingredient2 yang needed adalah :

For menghasilkan kek spon yang veri delicosss and empuk and soft..
1.       Tepung kek (semestinya laa kan..)
2.       Gula kastor
3.       Ovalette
4.       Minyak masak
5.       Perisa vanilla ( perisa lain pun xpolaa.. ikut korg la.. huh! Mau perisa lain jugak, adoi perisa pisang pun xdop masalah laa.. ikut citarasa anda yaa..)
6.       Teloq ( banyak biji)
7.       Dan pewarna2 pilihan

See?? Sonang sgt la kan...

Cara2 membuat adunan kek..

1.       Ok kita pukul teloq, gula, perisa vanilla dan ovalette hingga jadi gemok @ gebu @ buntal, ok?
2.       Setelah itu, masukkan tepung kek, jangan letak banyak sgt yaa.. t bukan jadi kek, jadik batu lak.. adoi.. secukupnya la yaaa.. jangan lembik sgt, jangan keras sgt.. secukupnya.. hehee..
3.       Seterusnya letak minyak, lebih kurang setengah mangkuk. Ok? agak2 lah..
And then dah selesai.. sonang aje yop..
Ana xbagi tahu timbangan or kuantiti setiap ingredients cz ana xmain sukat2 , ana main agak2 ja sukatan nya.. hehe..
4.       Setelah itu, bahagikan adunn tadi kepada beberapa bahagian, warnakan ikut warna pilihan laa.. ana pilih, merah, oren, kuning and putih.. sebenarnya nak buat cam warna pelangi, tapi t tnggi menggunung sgt, mentang2lah ana ni org ranau dekat nan gunung kinabalu.. hehe..
5.       Then, bakar lah dalam ketuhar sehingga masak.. bkar selapis demi selapis.. kepanasan setiap ketuhar xsama, dia ikut jenis n saiz jugak.. so agak2 saja la yeee.. heehe..
Ok bab adunan kek daah siap la yaa.. then cara buat krim mentega..
The ingredients yang diperlukan adalah :
1.       Mentega/planta
2.       Gula aising
Dua sahaja! What! -_- ye la dua jaa, pelik lah korang ni..

Pukul mentega and gula aising sekali sehingga membuntal... dan ringan..
Then amik lapisan kek yang telah siap dibakar dan sudah sejuk untuk di cantikkan dengan krim mentega..

And this is the kejadian nyaa!!.. nama kek ni kek rainbow.. J jangan ndak cuba ya... sedaaaaappppppppppppppppppppppp..


Tata...


             

Wednesday 21 August 2013

Kehilangan






Aku kehilangan diriku,
Di lautan bergelora
Yang ombaknya menghempap rohku,
Hingga jiwaku kontang,
Hilang rasa dan deria.

Jauh sekali untuk sujud,
Jauh sekali menangis,
Jauh sekali malu,
Jauh sekali takut,
Aku kehilangan diriku

Futur mula mengetuk jiwa,
Lupa makna hidup,
Namun kurang sekali mengadu,
Jiwaku buta,
Jiwaku sunyi,
Tanpa zikir dan selawat,
Aku kembali kehilangan diriku..

Maafkan aku Ya Khaliq,
Engkau tidak pernah jauh,
Aku yang menjauh..


Allahu Robbi…………

Monday 15 July 2013

JOM KASI BASAHKAN TIKAR SEJADAH!


Mata tertutup rapat,
Airmata mengalir,
Ku cium Quran di genggamanku,
Baru saja ku baca ayat cintaMu,
Badan menggeletar,
Tersembam tanpa daya,
Jiwa berdosa ini,
Malu menghadapMu Ya Allah,
Seringkali kubaca azab buat yang ingkar,
Tapi ku pandang remeh,
Kini aku bertatih,
Mengharap cintaku padaMu semakin bertambah,
Menghakis dosa-dosa semalam..

Assalamualaikum sahabat-sahabat tersayang. Waa dah masuk Ramdahan, Alhamdulillah Allah menemukan aku dengan ramadhan kali ini. Mungkin ramadhan terakhirku, mungkin jugak bukan. Tapi kita hambaNya manalah tahu umur kita ni takat mana kan.. Takkan degupan mulai lesu, kaki mulai kaku, badan menggeletar baru nak taubat kan. Allah jadikan kematian sebagai rahsia, tidak ada sesiapa pun hambaNya yang dapat tahu bila saat kematiannya, so Allah mahu kita mengambil masa yang ada sebagai masa untuk bertaubat. Sentiasa bersedia untuk menghadapNya. Ramadhan kali ini, ana xmau tersia-sia macam ramadhan lepas. Ya Allah diterimakah Ramadhanku yang lepas..

Sebenarnya lama tidak menconteng-conteng blog ana yang kian berhabuk ni, jap mau bersihkan habuk2 tu kejap.. sambil tu ana bagi antum baca ayat Quran ni sebagai iklan yaa..

Katakanlah! Wahai hamba-hamba Ku yang melampaui batas terhadap dirinya sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnyanya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan Kembalilah kamu kepada Tuhanmu dan berserah dirilah kepadaNya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi)”.
       (az-Zumar: 53-54)
Huh, Akhirnya bersih jugak blog ana ni.. sorilah kalau iklan lama sikit, menyapu tadi.. habuk penuh la kat blog ana ni.. haish.. nanti nak upah orang gaji lah tolong bersihkan blog ana ni. Eh dah habis baca ka ayat tadi ?

Peringatan dan amaran penting daripada Allah buat hambaNya, Allah adalah majikan yang sangat baik dan sangat Maha Pengampun. Dia sentiasa memberi peluang xkisahlah keribu2 kali kita ulang dan mohon ampun, hinggalah mati datang depan pintu rumah mahu menjemput roh. (bukan mati, tapi malaikat maut.) Allahu Robbi, Allah kata memohonlah keampunan , teruskan memohon ampun dan bertaubat, selagi ada waktu. Sebelum tibanya masa masa kebangkitan semula, ketika itu semua roh sudah mati dan dihidupkan kembali, masa untuk Allah ‘memeriksa’ samada kita lulus ‘kertas peperiksaan ’ untuk masuk syurga or gagal dan terhumban ke neraka. Saat itu Allah ingatkan, banyak kali dalam al-Quran, yang kita sudah tidak mampu kembali ke dunia dan tidak mampu lagi memohon taubat..

Contohnya macam ni lah kan..
“ Alamak aku dismiss la... macamana ni.. matilah aku” kata AKU
“ Engkau tak mati lagilah.. hadoih.. ” jawab kawannya..
“ haish ko ni, aku serius ni...” berkerut 30 jalur..
“ Aku pun seriuslah, ko kan ada kat depan aku lagi, xmati lagi.. cumanya result ko tu yang ‘mati’ “
“ Aku nak jumpa lecturer la, nak merayu untuk masuk balik.. ”
“memang xdapat lah kan.. nama ko dah dikeluarkan dalam sistem. Mana dapat dah, tulah dulu aku kata blaja leklok, ko asyik syok je dengan gulifrend ko tu.. tu laaaa ” mata tersembol keluar...
“ TIDAAAKKKKKKKKKkkkkkkkkkkkkkk....!!!!” jerit aku....
“ HAHAHAHAAHA... tulaaaaaa.. ” senyum menakotkan..
( pesanan : jangan jadi kawan yang macam sorg ni, xbagi semangat langsung. Kalau aku lah, dah sepak hingga ke benua sebelah..)

Huh , dapat bayangkan tak?? Macam tulah kat akhirat nanti.. Manusia menyesali setelah mendiami neraka. Ana bagi lagi satu ayat buat refreshing minda2 yang sudah busuk..

“Maka mengapa mereka tidak mahu bertaubat kepada Allah dan memohon ampun kepadaNya? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.     
                                                                                                (Al-Maidah, 74)
Nampak kan ?? manusia sombong. Ramai di antara kita, bergerak laju-laju atas bumi, lenggang lenggok , angkuh sekali, tidak mengharap dan tidak meminta kepada Allah untuk memudahkan urusan. Yakin kita mampu tanpa ada Allah disisi.. astaghfirullah.. mintak dijauhkan, kalau rasa-rasa macam sudah ada, amik pisau kikis segera. Nampak longkang sebelah idung, buang sifat tu dengan segera. Manusia sombong, buang jauh Quran dari hidup tapi hakikatnya jahil melekat pada wajah dan tubuh. Merobek-robek islam dari diri. Hanya yang penting adalah dunia, al maklumlah hidup hanya sekali, muda hanya sekali.

Yang sebenar hakikatnya hidup adalah dua kali, muda juga dua kali. Hidup selepas dibangkitkan adalah yang kekal abadi.

Oleh itu pada post hari ini, kita singkap kembali berapa sombongnya diri kita, korek dalam2 hingga sampai ke kerak bumi, cari kesalahan diri, listkan di dada masing-masing. Koreksi dalam-dalam hingga botak jiwa kita. Dan YA! Inilah waktunya kita berdansa gembira (di bilik masing-masing) kerana Allah bagi peluang buat kita untuk bertaubat di bulan suci ini.. masa untuk melekat dengan sejadah dan telukung serta Quran.

Siapa mahu masuk syurga??? Angkat tangan, angkat tangan.. yang tak mandi lagi, angkat tangan jauh2 ya, blog ana ni baru dibasuh, takut melekat bau nya.. maaf..

Semua mau terbang ke syurga, kalau lah ada tiket untuk ke syurga, biar berjuta2 pun semua orang sanggup pg.. tapi syurga lebih mahal daripada juta dan trilion. Syurga hanya buat orang-orang yang dekat dirinya dengan Allah. Anda kah orangnya?? Ataupun anda orangnya?? Maaf ana pun tak tahu. M

So! Konklusinya, ambil peluang keemasan ini RAMADHAN kareem untuk gandakan taubat, biar sampai licin dan bersinar kembali hati yang telah lama menghitam kerana jerebu haritu..

Biarlah air mata kita sebulan ini hanya untuk taubat di tikar sejadah, bukan air mata yang sia2 untuk cinta bodoh buat yang bukan mahram.

Jom sama2 kasik banjir tikar sejadah dengan air mata.. J

Ramadhan Kareem (jawab Allahu Akram)


Sunday 14 July 2013

Ramadhan:Cintaku berputik lagi!



Meninjau cinta di jendela hidupku,
Syukur ku panjat kepadaMu,
Memberi peluang kepadaku,
Untuk terus berjumpa Ramadhan bulan suciMu,
Mengangkat azam di bulan Syaaban,
Untuk tidak ingin tonggang terbalik menjemput Ramadhan,
Kelak hanya seperti sebelum-sebelumnya tersia2 Cuma,
Segala usia menunggu Ramadhan menjelma,
Akhirnya tiada usaha merebut peluang depan mata.

Doaku agar Dia menjemput aku ke Ramadhan tahun ini,
Dan akhirnya benar Dia masih memberi peluang buat diri,
Untuk menghirup cinta di udara Ramadhan,
Sarat dengan semangat insan lainnya mencari cinta Khaliq,
Aku turut ingin seperti mereka,
Kerana aku tidak ingin hanya mereka yang mendiami syurga kelak,
Biar sama2 melangkah kaki ke usia Ramadhan,
Dengan membulat niat hanya buat RedhaNya,
Dan harum syurgaNya…


Aku cinta Ramadhan  J

Tuesday 18 June 2013

Dakwah tanpa cinta




Aku risau melihat diriku dan kamu,
Begitu sibuk menuntun kata-kata,
Kata-kata indah bait-bait puisi,
Namun ditepian kolam dirimu,
Engkau tinggalkan adab dan akhlak,
Tertinggal di bangku lusuh yang kau duduk semalam,
Hingga bila engkau berbicara,
Angin berpasir  yang mereka rasa,
Rimas dan menyakitkan tekak..

“ Dakwah itu cinta ! “ jeritan penuh semangat adik-adik pejuang agama ketika menghadiri satu kem motivasi yang menekankan tentang kepentingan dan kewajipan berdakwah sebagai seorang hamba Allah.

Dakwah itu cinta, tanpa cinta tiada dakwah. Bila disebut sahaja perkataan puitis ini, iaitu cinta, remaja khususnya menafsir perkataan ini dengan cinta antara dua jiwa, iaitu kaum hawa dan adam.
Begitu kuat penangan cinta pada jiwa seseorang, lelaki yang kaya sanggup menjadi miskin kerana seorang perempuan yang dicintainya, seorang ibu sanggup mati hanya kerana cinta yang tertanam buat anaknya. Sungguh cinta itu bukannya sesuatu yang boleh dilakonkan, seperti mana dakwah, dakwah adalah mengajak seseorang daripada murka Allah kepada cinta Allah. Dakwah itu menemukan insan kepada cinta buat Khaliq.

Dakwah tanpa cinta, ibarat pohon tanpa buah.

Ramai orang mengajak manusia kepada islam, ramai orang menegur manusia agar menjauhi zina, ramai orang yang rancak menyusun kata di lorong-lorong mukabuku untuk menyebarkan islam. Namun  berapa ramai orang yang mengajak kerana cinta mereka kepada saudara seislam yang lain? Berapa ramai dai’e yang menggunakan unsur arahan bukan unsur mengajak dalam menyedarkan umat tentang hukum hakam islam?

Ternyata sedikit cuma yang menyedari tentang beza antara MENGAJAK dengan MENGARAH dalam isu menyedarkan umat islam agar kembali pada fitrah.

Dakwah tanpa cinta, boleh di ibaratkan dengan pohon tanpa buah. Pohon yang semakin banyak mengumpul daun kering, batang semakin memburuk, namun hingga akhirnya masih tidak berbuah.

Meletak cinta di dalam dakwah

Terdapat beberapa perkara penting yang harus di pertimbangkan dalam usaha meletakkan cinta di dalam berdakwah,

1. Faham

Perkara pertama yang digariskan oleh Imam Hassan Al-Banna dalam rukun Baiah adalah faham. Imam Hassan Al-banna menggariskan kefahaman adalah perkara penting yang harus ada dalam diri setiap pendakwah, faham tentang kepentingan berdakwah, faham tentang kewajipan berdakwah, faham tentang setiap perkara yang dilakukan. Dengan kefahaman yang jelas, barulah dai’e tahu matlamat sebenar berdakwah dan mengajak manusia kepada Allah.

      2. Ikhlas

Firman Allah swt:
Maksudnya: “Dan tidaklah diperintah kepada mereka melainkan dengan mengabdikan diri kepada Allah dengan ikhlas dalam menjalankan perintah agama dengan lurus”(Al Bayyinah : 5)

Ikhlas adalah perkara penting yang kena ada dalam diri setiap dai’e. Dengan pancaran ikhlas yang ada dalam diri du’at akan melahirkan du’at yang begitu teguh dan istiqamah dalam mengajak mad’u kepada islam. Peranan ikhlas adalah sangat besar terutamanya dalam mengajak manusia kepada fitrah, dengan titipan ikhlas, du’at tidak mudah melatah apabila ditimpa masalah sewaktu berdakwah, du’at akan mencari pelbagai cara untuk menarik manusia daripada cinta kepada dunia , bertukar cinta kepada Allah. Duat juga sanggup menempuh pelbagai dugaan yang mendatang. Itulah kekuatan ikhlas dalam berdakwah, yang akhirnya melahirkan cinta dalam dakwah.

      3.  Akhlak

Salah satu perkara yang paling penting dalam melahirkan cinta di dalam dakwah adalah dengan melahirkan du’at yang akhlaknya indah. Kita ambil ibrah semasa zaman cinta Rasulullah, Rasulullah yang terkenal dengan kesempurnaan akhlak , mampu menarik manusia yang jahil kepada cinta Allah hanya kerana keindahan akhlak yang terpancar dalam diri Rasulullah. Malahan kerana keindahan akhlak yang ada pada Rasulullah mampu membuat musuh-musuh Rasulullah turut mengaguminya. Bagaimana pula dengan akhlak kita? Kadangkala kerana akhlak du’at zaman millennia ini yang menyebabkan manusia semakin menjauhi islam.

     4. Ibadah

Cantik hubungan dengan Allah maka cantiklah hubungan kita dengan manusia. Ibadah yang terjaga, hati yang bersih, jiwa yang sentiasa mengingati Allah mampu menarik mad’u agar mudah menerima kata-kata nasihat daripada du’at. Salah satu sebab terhalangnya penerimaan mad’u kepada indahnya islam, adalah kerana du’atnya yang tidak menjaga hubungan dengan Allah, hatinya yang kotor. Oleh kerana itu, mulai saat ini para du’at haruslah memaksimakan usaha membersih kotor dihati agar cinta terhias di setiap jalan dakwah.

Contohi rasulullah.

Nabi Muhammad SAW bukan sahaja mempunyai ketokohan dari aspek kepimpinan baginda sebagai nabi dan rasul tetapi baginda adalah role model terbaik dalam mengajak manusia kepada fitrah iaitu islam. Ketokohan Rasulullah dalam membawa cinta dalam dakwah terbukti, dimana semua sahabat-sahabat nabi begtu mencintainya dan sanggup berkorban nyawa semata-mata untuk menyelamatkan Rasulullah daripada diserang musuh.

Rasulullah tidak pernah memandang rendah dan memandang jijik terhadap insan yang menjauhi islam, malahan rasulullah mencintai umatnya walaupun umatnya ingkar. Begitu juga dengan du’at masa kini, seharusnya membawa dakwah dengan cinta, bukan dengan benci.

Membawa manusia kepada cinta Allah.

Monday 10 June 2013

JOM BUAT ROTI.. hehe



Seterusnya oleh kerana adik ana yang tersayang bernama Kira, sgt2 nk belajar buat roti.. hehe…
Ni resepi2 yang diperlukan yaa… tapi hari ni ana just bg resepi ban manis yaa..

1.       1000g Tepung Roti
2.       20g Yis Segera
3.       460ml air
4.       Garam secukup rasa
5.       Lelemak sayuran (yang warna putih tu)
6.       Gula Castor (gula halus yaa)
7.       Telur lebih kurang 4 biji (200g)
8.       Susu Skim ( Susu serbuk, nak guna dumex pun boleehh.. hehehe)
9.       Pelembut roti ( Bukan ovelet yaa) sejenis tepung..


First skali, kena timbanglah bahan2. Tapi ana malas nk timbang2 ni, campak2 je n akhirnya xjadi.. huhuhu..

Then adun semua BAHAN kering je tau menggunakan mixer hinggalah doh terbentuk.

Barulah korang masukkan yang bahan basah tu, seperti telur , air, lelemak dan pelembut roti yaa..

Pastikan doh terbentuk cantik punya. Ok? Xmelekat2 kat tempat mengadun tu..

Seterusnya peramkan doh selama 1jam suhu 38-42 celcius.

Seterusnya, sebelum membentuk doh, adun doh untuk menghilangkan angin dalam doh.. (urutan doh hehe…) setelah itu, bahagi2kan doh kepada beberapa bahagian dan anggaran besar setiap doh tu ikut korang lah.. xkesah berapa radius doh anda dan berapa kiraan diameternya yaa.. yang penting jangan inifinity sudah la.. (hahaha.. hukhuk. Sori2)

Setelah itu, masukkan inti kedalam doh yang telah di bahagi2 kan..

Untuk mendapatkan doh yang lebih mengenyangkan (besar), peram semula doh yang telah di letak inti selama 1 jam yaa..

Seterusnya, doh boleh di bakar dan bila dah masak, bolehlah makan..

Hiasan tu korang boleh buat ikut suka ya..



faham kan?? hehe

AIS KRIM?? SENANG JE NAK BUAT..


Salam sejahtera kepada semua.. lama tak menulis. agak bz dengan mematangkan diri.. (ayat poyo) 
hari ini ana punya isu lain sikit. CARA2 BUAT AIS KRIM. Sgt2 senang.. jom Check it Out..

Of coz la first skali pastikan korang tau bahan2 untuk membuat ais krim..
Ok.. dah sedia? Tarik nafas, hembus sedikit demi sedikit.. huhhhhhhhh..

Senang gila buat ais krim ni, gila pun xsenang macam ni.. hehe.. sori2..

Bahan2 yang diperlukan adalah :
1.       Satu tin susu cair (xkisah jenama apa2 pun.. pastikan yang ori ya.. )
2.       Satu biji telur
3.       Gula or nak guna susu pekat pun boleh je, 1/3 or ½ ikut la korang nk manis ke x.
4.       Satu sudu besar Ovelet ( warna oren ya..)
5.       Perisa vanilla (kalau xnk letak pun xpeee.. xpaksa pun.. )

Tu je.. hah!! Tu je.. ya bah itu jak, jap lagi bg resepi banyak2 baru tau.. hikhik..
Ok tuan2 dan puan2, sebelum kita memulakan latihan memasak pada hari ini, semua di kehendaki basuh tangan dulu ya.. hehe..

Seterusnya , masukkan semua bahan2 lah ke dalam tempat mengadun ya.. campak je semua bahan2 yang ana bgtau tadi.. jangan ada yang tinggal. Ok?

Dengan menggunakan MIXER mix2 kan semua bahan2 tadi hinggalah jadi cam gambar bawah ni.. cam adunan kek.. kan2… ^____^



Seterusnya, ana guna asingkan kepada dua bahagian. Macam bawah ni..




Satu tu ana bg warna merah , satu g warna putih.. kan…
(korang letaklah perisa kesukaan anda yaa..)

Seteruskan , letakkan kedalam bekas yang comel molek cam gini.. setelah menggunakan pelbagai kuasa magic, akhirnya ais krim ana jadi camni.. ajaibkan??? Kan.. hehehe


 Seterusnya, ana hiaslah ais krim ana dengan chocolate chip. Hentam je, main tabor je.. xyah lah gunakan kemahiran ART and DESIGN anda untuk sesi menabur chocolate chip ya.. hehe.. adui merepek la pulak..
Dan inilah hasil ais krim ana : comel kannnnnnn..
(masuk kepala dalam meriam)


Setelah itu masukkan ais krim anda ke dalam peti sejuk, bukannya dalam KETUHAR ye.. adui.. hehe… dengan temperature yang negative darjah celcius , biarkan selama mana yang anda rasa dah boleh keraskan ais krim anda tu..


Dan ini hasilnya : SODAPPPPPPPPPP bah.. hehe..



hehe.. ana dah pandai buat.. korang bila lagi.. semuanya terletak di tangan anda.. hehe..

 + SELAMAT MENCUBA +

Tuesday 7 May 2013

Duka semalam



Duduk bersimpuh menyandar di pintu rumah,
Terfikir perjuangan yang nyata sangat jauh,
Kadangkala air mata menyadarkan aku tentang erti pengorbanan,
Kadang aku lelah,
Kadang nafasku sesak,
Dengan nafsuku meronta,
Rasa rimas dengan asap dosa yang mereka hembuskan,
Di ruang legar bumi hitam sudah nazak ini.

Aku teruskan langkah,
Coba mencari kuntuman bunga yang mekar indah,
Di taman indah ciptaan Ilahi,
Agar hatiku yang menangis pasrah,
Mulai senyum kembali,
Membawa semangat baru saat terluka.

Sungguh Allah tahu mampu hambaNya,
Saat ini aku masih remaja,
Tidak mampu memangkah untuk membantu Islam,
Tapi satu saat nanti,
5 tahun mendatang,
Di sisiku ada suami yang berjuang,
Ada anak kecil yang ku dokong,
Bersama-samaku dan Jundullah melakar sejarah kebangkitan ISLAM,
Di penjuru dunia yang dimenangi kuasa yang menentang Allah,
Saat itu jariku sudah boleh menari indah,
Memangkah yang benar.

Andai ajalku datang sebelumnya,
Pastikan aku mati,
Ketika aku memacak bendera islam di jalan-jalan jihad..



7 mei 2013
9.24 pm

Tuesday 30 April 2013

Nyata engkau belum siap berjihad.






Seruan jihad telah bersemboyan,
Gendang dipalu,
Mengejutkan jiwa dan jasad yang lama terlena,
Bersiap siaga dengan bekalan rohani dan jasmani.
Benarkah sudah bersedia?

Langkah dipacu,
Kadang perlahan,
Tiba waktu langkah dipacu laju,
Namun tergelincir di simpang jalan yang licin,
Kerana niat belum dipasang ketat,
Destinasi belum di ingat jelas,
Nyata engkau belum siap bertarung,
Dengan baju kotor tiada persalinan,
Kasut robek tiada gantinya.
Luka berdarah tiada obatnya.

Saat berhadapan duri yang menjalar,
Takut melangkah pasti terkena,
Langkah kecil pasti kau rebah,
Langkah luas, mampukah engkau?
Sedang angin yang sepoi mampu menumpangkan dirimu,
Nyata engkau belum siap sedia..


Saat dirimu duduk bersahaja di medan jihad,
Allah hantar peringatan agar engkau bangun,
Disini bukan tempat beradu, bermanja.
Engkau inginkan syurga Firdausi,
Namun kudratmu kau simpan,
Tenagamu kau kumpul,
Untuk apa?
Untuk siapa ?
Untuk nafsu yang bermaharaja lela di tubuhmu.

Lantas itu,
Allah peringatkan kembali..
Agar engkau terus berdiri tanpa soal yang banyak,
Menyesakkan minda untuk berhujjah,
Kerana kini semuanya untuk perjuangan,
Tiada masa untuk bersuka-suka,
Hanya tinggal berapa detik untuk memerah keringat,
Biar sampai otak kering peluh tiada,
Hati membulat untuk berjuang,
Kerana sungguh Redha Allah itu mahu bersama.

30/4/2013 : nyata engkau belum siap berjihad.
10.33pm

Tuesday 16 April 2013

saat dhuha berlalu pergi..





derup angin yang menyentuhku,

nyaman udara yang ku hirup,
semuanya nikmat Allah berikan buat hambaNya,
di penantian lelah ke gerbang kematian,
duduk bersahaja bagai diri sudah siap siaga,
menempuh azab siksa Allah yang membakar,
menggantikan kulit bila kulit terbakar,
azab diteruskan..
namun peringatan Allah itu dipandang remeh,
langsung berpaling tanpa menoleh kebelakang,
perjuangan islam yang terhampar buat bekalan,
dipandang jijik sebelah mata...



astaghfirullah al-azim...




Saturday 23 March 2013

bicara




Bulan tidak lagi berlagu cinta

Bintang tidak lagi membuai rindu
Kerana alam kini keruh warnanya
Kerana alam dilukis warna dosa
Hatinya sesak!
Jiwanya alpa!
Dirinya jahil!
Melihat dunia yang hanya sementara,
Bagaikan syurga,
Zahirnya dunia adalah ni’mat
Namun insan alpa
Terkesima pada kejahilan Cuma
Kerana iman pudar dihati
Dirinya terbuai pada lagu berlirik dusta
Senandung yang nyata tidak berirama..

2009
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...