Thursday 31 January 2013

Ajakan kasih bersujud cinta..





hamba menutup tirai cinta di malam tiba,
hamba merasa bahagia tika malam bertukar cinta,
hamba merasa bahagia lantunan cinta pada Dia,
hamba cuba bersujud tika sepertiga maalm menjelma,
hamba menutup tirai lamunan pagi dengan penuh hiba,
ingin sekali hamba merasa kemanisan iman cinta...

marila b'sama hamba merasa nikmat tahajud pd yg esa,
marila b'sama hamba muhasabah khilaf yang nyata,
marila b'sama hamba berdiskusi dengan tuhan yg esa,
marila b'sama hamba menyelami k'syukuran pada Allahu Rabbi,
sebelum semua itu pasangkan niat kita di akhir terpejam mata,
dengan niat bersama rasul yg tercinta,,,

hamba cinta ALLAH, insy'allah,
hamba cinta Rasulullah, Habibullah,
hamba cinta kitabullah wa Sunnatullah,
hamba cinta Abi wa Ummi,
hamba cinta kekasih hati,
iaitu diri hamba n sahabat2 ,
selamatkn kmi ya ALLAH, ya ALLAH44x..

maafkan hamba..


originally : Syed ben Alyahya Syed

Tuesday 29 January 2013

Aku..





Aku,
duduk di sini
bertemankan secawan teh panas
berbicara tentang manusia
dan aku sedar
tidak ada sesiapa yg sempurna.
kita,
bercerita tentang kenangan dan masa depan
lantas kita tersedar
hidup ini sementara
mereka,
yang sentiasa memerhatikan kita
pasti berbicara mengenai kita
tentang kebaikan
tentang keburukan
tapi kita masih di sini
masih berbicara
dan sesungguhnya
berbicara dan bersuara itu suatu NIKMAT
yang tidak harus di sia-sia kan.


nukilan : kakak ana , Roslina binti Masdin

Monday 28 January 2013

Bersama tangisan, hati yang berdosa..


Ya Allah,
Hati ini kadangkala menangis sayu,
Melihat tubuh yang lemah,
Lemah untuk bertaubat,
Lemah untuk berdakwah,
Lemah untuk berjihad,
Ku sentuh dadaku,
Cuma menafsirkan kekalutan hati,
Cuba memahami resah di jiwa,
Mungkin kerana aku sudah lama,
Lupa untuk menangisi dosaku,
Sedang aku tahu aku sering ingkar.

Ya Allah,
Hambamu ini tersangat lemah,
Melihat sekeliling dunia,
Agamaku di robek,
Saudaraku di bunuh,
Tapi aku masih duduk melihat,
Aku masih duduk menatap,
Tanpa tindakan membantu mereka.

Ya Allah,
Apalah harganya aku di sisiMu,
Terlalu berdosa saat bernafas,
Terlalu bodoh saat melangkah,
Terlalu jahilnya aku Ya Allah..

Namun,
Kini masanya aku untuk bangkit!
Ingin bangkit dengan cintaMu,
Agar aku merasa kuat dan tabah,
Untuk terus bertatih mencari kebahagian,
Buat bekalan bertemuMu di Jannah,
Andai aku layak mendiaminya...

Bersama tangisan, hati yang berdosa.. 


Biar kita BANGKIT!





Kebangkitan mereka mengegar dunia,
Sungguh inilah permulaannya,
Kebangkitan islam setelah jatuh,
Baru ENGKAU dapat melihat,
Berbondong-bondong manusia memeluk islam,
Berbondong2 manusia memperjuangkan islam!
Baru ENGKAU tahu Allah itu di sisi kami,
Dan siapa di sisimu!
Tiada siapa...
Hanya nafsu dan kejahilan...

Salam perjuangan buat sahabat dan saudara seislam yang ana harapkan sentiasa istiqamah di jalan Jihad ini. Mengharap munculnya tentera aqidah yang membawa risalah perjuangan islam di tengah umat yang alpa dan lupa. Kehadiran segologan umat yang mencintai syahid, membawa risalah cinta untuk membersihkan debu-debu kebodohan dan dosa yang  semakin mengaburi udara dunia.

Kebangkitan umat

Samada terbunuh ataupun membunuh, mereka persembahkan seluruh jiwa dan harta buat perjuangan menegakkan panji islam. Kita dapat lihat sendiri, dengan mata kepala kita kebangkitan umat menegakkan risalah islam di seluruh dunia, terutamanya kebangkitan islam di Timur Tengah.

Ramai yang mempersoalkan kebangkitan umat islam tersebut, mengatakan mereka adalah terrorist yang mengilai pangkat dan kuasa. Sedangkan mereka katakan islam itu perlu di bangkitkan dengan cara yang lembut dan hikmah. Bilamana terungkap  perkataan tersebut di bibir busuk kita, maka nyatalah yang kita ini belum layak untuk berkata apa-apa, apatah lagi melontarkan pandangan tentang isu ini. Hal ini menunjukkan yang dalam diri kita belum ada cukup ilmu tentang islam dan keperluan memperjuangkan akidah ISLAM. Sahlah, yang kita ini perlu memperbanyakkan pembacaan buku dan kajian sebelum berkata apa-apa. Nyatalah yang kita sebenarnya tidak memahami langsung islam dan mungkin juga tidak pernah membaca sirah perjuangan Rasulullah dan sahabat-sahabat dalam memperjuangkan islam di tengah kejahilan umat. Umat yang hanya menginginkan DUNIA. Apakah itu dunia ? dunia itu adalah gedung mencari duit, pangkat, cinta palsu, hiburan, kesenangan hidup dan macam-macam lagi yang hakikatnya adalah SEMENTARA cuma. Mereka mengejar sesuatu yang sementara dan tidak menginginkan yang lebih selama-lamanya iaitu syurga atau neraka.

Berbeza dengan umat yang ingin  berjuang untuk islam, dan sanggup sengsara dan terseksa untuk menegakkan islam, walaupun di musuhi dan di penjarakan segolongan lagi umat yang mengejar dunia. Sedangkan dalam al-quran ada menyatakan tentang balasan orang yang memperjuangkan islam akan di beli dengan syurga, ALLAHU AKBAR!

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta-benda mereka dengan (balasan), bahawa mereka akan beroleh syurga (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah didalam (kitab- kitab) Taurat dan Injil, serta Al Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jualbelinya itu dan (ketahuilah bahawa) jualbeli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
                                                              (surah At-Taubah : 111)
Kebangkitan umat yang telah tercatat didalam sejarah dunia, sememangkan akan berlaku iaitu pada akhir zaman. Dan inilah masanya kebangkitan umat tersebut, setelah dibawah pemerintahan tubuh-tubuh yang  ingin porak porandakan islam, ingin menghapuskan islam, dan yang paling memedihkan adalah umat islam sendiri yang ingin menyekat kebangkitan umat. Hingga kini ana keliru dengan perbuatan mereka, menghalang kebangkitan islam, bukankah islam itu rahmat? Bukankah islam itu membawa cahaya islam? Betul! Tetapi kenapa menghalang kebangkitan islam untuk menghilangkan debu-debu yang sudah terlalu banyak sehingga menyesakkan udara dunia dengan debu dosa, menutup pandangan manusia tentang keindahan syurga.

Semuanya kerana dunia. Kerana dunia mereka meninggalkan islam, kerana mereka memilih dunia, mereka meninggalkan islam. Sungguh dalam hidup ini, kita dipinta untuk memilih, itulah penjelasan politik. Politik sebenarnya menyeluruh, bukan terkhusus hanya untuk pemerintahan, namun untuk semua aspek adanya politik. Politik adalah memilih, memilih yang terbaik untuk kita, yang adil untuk kita. Adil yang di tuntut adalah bukan adil untuk nafsu kita, namun adil untuk islam dan fitrah kita. Sebab itulah, kita memilihlah apa juga perkara berdasarkan islam, bukan didasari dengan nafsu.

Ana sentuh sedikit tentang istikharah, umat islam kini terdoktrin dengan pemikiran ‘istikharah untuk jodoh’, memang betul fungsi solat sunat istikharah salah satunya untuk meminta petunjuk pada Allah pilihan jodoh yang terbaik untuk kita. Namun, diri kita juga kena faham maksud sebenar Rasulullah menggalakkan solat sunat istikharah setiap hari,  agar setiap hari saat kita memilih jalan hidup kita, ada Allah untuk menjentik hati kita agar memilih yang akan mendekatkan diri kita dengan Allah, yang baik untuk kita didunia dan akhirat. Setiap hari dan setiap detik kita akan memilih, ke shopping complex kita akan memilih, hidup kita dipenuhi dengan keperluan untuk membuat pilihan, kerana itulah kita inginkan petunjuk Allah untuk membuat sebarang pilihan agar  menyelamatkan kita dengan azab neraka.

Malahan memohon petunjuk agar Allah memberikan kepada kita kefahaman yang terbaik dalam agama kita, kerana masalah kini adalah manusia berduit tetapi muflis. Apa yang maksudkan sebagai berduit tetapi muflis adalah, manusia yang mempunyai duit yang bertimbun-timbun tetapi muflis pahala. Begitu juga dengan manusia yang berilmu namun dosa bertimbun melebihi pahala, sama konsep dengan muflis. Berimu namun tidak mengamalkan ilmu tersebut untuk mendapatkan pahala, brilmu namun melakukan dosa, berilmu namun tetap ke neraka. Muflis pahala namun sebenarnya berilmu.

Kebangkitan umat pada zaman ini sebenarnya fenomena yang hangat dikatakan , melihat mereka sebagi terrorist adalah satu tanggapan yang salah dan teruk. Mereka adalah insan yang di hatinya hanya ada Allah, setiap malam hanya sujud kepada Allah, setiap detik beristighfar, setiap masa berzikir? Dan dikatakan terrorist? Sebelum mengatakan sesuatu maka tunjukkan bukti kukuh mengenainya.

Keperluan semua umat islam bangkit untuk memperjuangkan agama islam, satu-satunya agama yang Allah redha. Beruntungnya kita yang bergama islam kerana sebenarnya hanya umat islamlah yang akan memenuhi syurga. Namun, apa yang kita lakukan didunia? Mensia2kan kelebihan yang kita ada, langkah kita tersilap dan memilih neraka sebagai matlamat. Inilah saatnya kita bangkit bersama kekuatan iman, ilmu dan semangat untuk memperjuangkan islam. Sudah cukup kita ditindas di sudut-sudut dunia selama ini. Kini masanya kita bangkit bersama-sama mereka, bersama-sama saf yang memperjuangkan agama, bersama-sama saf yang bermatlamatkan redha Allah, bersama-sama saf yang mengharungi suka dan duka untuk mendapat syurga Allah.

Inilah perjuangan terakhir, yang akan kita persembahkan di padang masyar nanti, maka ikhlaskan niat hanya untuk Allah. Sesungguhnya semuanya untuk Redha Allah dan kemenangan islam di bumi barakah ini.

Semoga bibir-bibir yang busuk yang menghalang dan mencaci cela golongan yang berjuang ini, di bersihkan hati mereka dan di terima amal mereka.

Ana memohon maaf sekiranya apa yang ana coretkan di entri ini menyakitkan hati dan agak kasar. Wallahu ‘alam.
Aamiin ya robb...

ALLAHU AKBAR!

Tuesday 22 January 2013

tenang jiwa dengan Quran

KAMU ADA DIHATIKU...




Cintaku,
Sudah lama tidak bertemu denganmu,
Apa khabarmu di sana,
Masihkah dengan senyuman manjamu,
Masihkah dengan mata bercahaya itu..

Apa khabar hatimu,
Masihkah dengan semangat mencari Allah,
Masihkah dengan tangisan berdosa itu,
Masihkah dengan dada suci itu..

Apa khabar perjuanganmu,
Masih istiqamahkah engkau di jalan JIHAD,
Masihkah engkau menggenggam erat janjimu dulu..

Sungguh aku ingin engkau tahu,
Aku begitu menrinduimu kerana Allah,
Merindui kata semangat itu,
Merindui menangis di bahumu,
Merindui seri wajahmu,
Merindui nasihat berbunga cintamu,
Merindui kasih sayang hatimu.

Aku berdoa,
Agar engkau tetap di jalan JIHAD ini,
Kerana aku tidak ingin sayang kita hanya di sini,
Aku ingin hingga ke syurga,
Bersamamu tetap di sana,
Andai aku tersungkur, maka pintaku,
Jangan biar aku jatuh ke neraka,
Kerana aku ingin bersamamu di syurga,
Mungkin aku tidak layak,
Tapi pimpinlah daku..


Khas buatmu : adik usrahku di UiTM perak,
·         CintaKU:
-          KAK IMAN TOMEY
-          AIN SAYANG
-          DIANAH CINTA
-          KIRA MANJA
-          YANA RINDU
-          FATIN AYU
-          IDA KASIH
-          DAYAH COMEL
-          EKA HUBB

MENCINTAI KAMU HINGGA KE SYURGA <3


UTP

senyuman sayang <3






QALBI ADA HUBB




Rahman Ya rahman...
Hati ini sayu melihat diri,
Yang selalu lupa tentang penciptaan,
Adakah hati ini sudah terlalu kotor,
Hingga seringkali mengukir dosa,
Ya Rahman... ampunkan diri ku...


Alhamdulillah Allah memberi  peluang lagi untuk diri ana dan sahabat untuk terus hidup, dengan ni’mat islam dan iman. Sekujur tubuh yang hina ini, ana harapkan semoga hidup hanya mengharapkan redha Allah. Sesungguhnya hamba Allah ini terlalu lemah, kadangkala jatuh tersungkur dan kalah dengan nafsu dan hasutan syaitan.

Mungkin inilah hikmat kejadian manusia yang penciptaan berunsur sesuatu yang lemah iaitu tanah, agar sentiasa menginginkan tempat pengaduan dan pergantungan, iaitu tentunya Allah.

Astaghfirullah al ‘azim, astaghfirullah al ‘azim, astaghfirullah al ‘azim.

Penulisan yang tidak seberapa daripada ana buat renungan hati dan jiwa khasnya buat diri ana dan sahabat-sahabat tercinta lillahitaala. Penulisan yang akan menyingkap hati insan selalu yang kerap kali berbolak balik. Ana mohon maaf andai penulisan ini tidak dikonklusikan atau diselitkan dengan penjelasan hukum, hal ini kerana siapalah ana untuk menghuraikan tentang hukum. Mungkin hanya ini sahaja yang termampu ana.

QALBI

Qalbi, disebut hati dalam bahasa melayu. Cebisan daging yang sangat perlu dijaga oleh pemiliknya, cebisan daging yang jika pemiliknya tersalah langkah dalam kehidupannya akan me’luka’kan cebisan tersebut, mungkin juga akan mengotorkan cebisan daging dengan tompok-tompok hitam dosa.
Rasulullah ada bersabda yang bermaksud :

“ Sesungguhnya di dalam tubuh manusia itu ada segumpal darah. Jika segumpal darah tersebut baik maka akan baik pulalah seluruh tubuhnya. Adapun jika segumpal darah tersebut rosak maka akan rosak pulalah seluruh tubuhnya, ketahuilah segumpal darah tersebut adalah hati”
                                                                                    ( Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Begitu besar hubungan Qalbi dengan amalan kita, qalbi yang merupakan senjata utama yang perlu dijaga untuk menghasilkan sekujur tubuh yang benar-benar hanya mencari Redha Allah, membentuk sekujur tubuh yang benar-benar ikhlas tunduk kepada Allah, melahirkan insan yang selayaknya syurga. Kerana apa yang akan dilihat Allah bukanlah kesegakan tubuh tersebut, namun bagaimana corak hatinya, dicorak dengan rasa kehambaan pada Allah ataupun kehambaan pada syaitan.

Secebis hati yang elok dan suci dari dosa akan menghalang diri daripada melakukan dosa, kerana dengan hati yang suci tanpa calaran dosa pastinya gelisah dan terlalu takut untuk berlaku curang pada Khaliqnya. Hati yang bersih, yang di hatinya hanya ada cinta Allah dan kekasih Allah, Rasulullah, akan takut pada azab Allah.

Namun inilah manusia, ‘manusia memang mudah lupa’. Ana tak tahu kenapa ana suka sangat dengan tagline tersebut. Mungkin di sebabkan sememangnya itulah realiti sifat manusia, iaitu mudah lupa. Lupa pada matlamat penciptaan, lupa pada nasihat dan amaran Rasulullah buat umatnya. Manusia yang melupakan dan buat-buat lupa tentang amaran Rasulullah tentang kepentingan menjaga hati agar sentiasa bersih daripada sebarang calitan lumpur dosa.

BRUSH YOUR QALBI
Andai saja mampu untuk kita berus segala kekotoran yang bertompok di hati kita, mahu saja kita berus hingga hilang semuanya, bersih tanpa ada kesan. Namun apakan daya, bukan semudah itu untuk menghilangkan kekotoran yang kita ukirkan sejak kita baligh hinggalah hari ini. Cara terbaik adalah dengan mendekatkan diri pada Pencipta kita, mencari rasa kehambaan yang telah lama hilang dalam diri kita. Mungkin bukan mudah untuk mengubah diri kepada individu yang lebih baik, ini kerana keperluan untuk kuat dan yakin untuk berjihad melawan nafsu serta perlu untuk diserikan dengan haruman istiqamah sepanjang proses pembersihan Qalb.
Kita mahukan qalbi yang begitu merindui saat berjumpa dengan Khaliq, hati yang terlalu takut berbuat dosa, hati yang ikhlas menuntun cinta padaNya, hati yang tunduk saat diberi pujian, hati yang sakit apabila sahabatnya derita, hati yang sentiasa beristighfar saat melakukan dosa, hati yang tersemat cita-cita untuk jihad di jalan Allah. Allah... andai saja miliki hati seperti ini, maka bahagia seperti mana sahabat-sahabat Rasulullah.

HOW ARE YOU, MY QALBI?

Kehadiran Islam ditengah kejahilan masyarakat suatu masa dulu telah membuka tingkap-tingkap hati yang dulunya tertutup kerana kebodohan, dengan membersih dan menjernihkan. Hati yang selama ini penuh dengan kekotoran, bilamana dipenuhkan dengan rasa kehambaan dan kecintaan kepada Allah, membina sekujur tubuh yang berakhlak dan berjiwa besar. Bilamana kita singkap sirah Nabawiyyah yang ada melakarkan tentang kisah seorang pejuang agama yang teragung, yang Allah jadikan sebagai pembeza antara haq dan batil, iaitu Saidina Umar Al – Khattab AL- FAROUQ.

Sebelum hatinya tersentuh pada agama islam, dia merupakan seorang yang sangat kejam dan zalim. Membunuh anak perempuannya, dan bermacam-macam kajahatan yang dia lakukan. Seorang yang hatinya terlalu kotor dengan dosa dan jauh sekali dengan kebaikan. Namun, setelah Allah meniupkan di hatinya dengan cinta hidayah dan petunjuk, hidupnya berubah 360°, hatinya bersih seperti salju dingin, hatinya tunduk mengharapkan pengampunan Allah, hidupnya hanyalah untuk islam, dirinya disinari akhlak mulia, pemimpin yang berjiwa besar dan berkepimpinan.
And  what about your Qalbi?

Benarkah sudah dipenuhi dengan cinta Allah, ataupun masih gelap dengan tompokan kejahilan.

KENALI OUR QALBI



“Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.
 (Al-Isra: 36)

1. Hati yang sihat

Yaitu hati yang bebas dari berbagai penyakit hati. Firman Allah: “(Yaitu) Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik).” (Asy-Syura: 88-89). Ayat ini sangatlah mengagumkan,  di sela-sela harta benda yang diburu dan dikejar-kejar orang, dan anak-anak laki-laki yang sukses dengan materinya dan sangat dibanggakan, ternyata itu semua tidak akan memberi manfaat kecuali siapa yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat. Yaitu selamat dari semua nafsu syahwat yang bertentangan dengan perintah Allah dan laranganNya, dan dari semua syubhat yang memalingkan dari kebenaran, selamat dari peribadatan dan penghambaan diri kepada selain Allah, selamat dari berhukum dengan hukum yang tidak diajarkan oleh Allah dan RasulNya, dan mengikhlaskan seluruh peribadatannya hanya karena Allah, iradahnya, kecintaannya, tawakkalnya, taubatnya, ibadah dalam bentuk sembelihannya, takutnya, raja’nya, diikhlaskannya semua amal hanya kepada Allah. Apabila ia mencintai maka cintanya karena Allah, apabila ia membenci maka bencinya karena Allah, apabila ia memberi maka memberinya karena Allah, apabila menolak maka menolaknya karena Allah. Dan tidak hanya cukup dengan ini, sampai ia berlepas diri dari semua bentuk keterikatan dan berhukum yang menyelisihi contoh dari Rasulullah. Maka hatinya sangat tertarik dengan ikatan yang kuat atas dasar mengikuti jejak langkah Rasulullah semata, dan tidak mendahulukan yang lainnya baik ucapan maupun perbuatannya.

Hai orang-orang yang beriman janganlah kamu mendahului Allah dan RasulNya, bertakwalah kepada Allah sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
                                                                                                               (Al-Hujurat: 1)

2. Hati yang mati

Yaitu kebalikan dari hati yang sehat, hati yang tidak mengenal dengan Rabbnya, tidak melakukan ibadah sesuai dengan apa yang perintahkanNya, dicintaiNya dan diridhaiNya. Bahkan selalu memperturutkan nafsu dan syahwatnya serta kenikmatan dan hingar bingarnya dunia, walaupun ia tahu bahwa itu amatlah dimurkai oleh Allah dan dibenciNya. Ia tidak pernah peduli tatkala memuaskan diri dengan nafsu syahwatnya itu diridhaiNya atau dimurkaiNya, dan ia menghambakan diri dalam segala bentuk kepada selain Allah. Apabila ia mencintai maka cintanya karena nafsunya, apabila ia membenci maka bencinya karena nafsunya, apabila ia memberi maka itu karena nafsunya, apabila ia menolak maka tolakannya atas dasar nafsunya, maka nafsunya sangat berperan dalam dirinya, dan lebih ia cintai daripada ridha Allah. Orang yang demikian menjadikan hawa nafsu sebagai imamnya, syahwat sebagai komandannya, kebodohan menjadi sopirnya, dan kelalaian sebagai tunggangan dan kendaraannya. Pikirannya hanya untuk mendapatkan dunia yang menipu ini dan dibuat mabuk oleh nafsu untuk mendapatkannya, ia tidak pernah meminta kepada Allah kecuali dari tempat yang jauh. Tidak memerlukan nasihat-nasihat dan selalu mengikuti langkah-langkah syaitan yang selalu merayu dan menggodanya. Maka bergaul dengan orang seperti ini akan mencelakakan kita, berkawan dengannya akan meracuni kita, dan duduk dengannya akan membinasakan kita.

3. Hati Yang Sakit

Yaitu hati yang hidup tapi ada penyakitnya, hati orang yang taat terhadap perintah-perintah Allah tetapi kadangkala juga berbuat maksiat, dan kadang-kadang salah satu di antara keduanya saling berusaha untuk mengalahkannya. Hati jenis ini, mencintai Allah, iman kepadaNya beribadah kepadaNya dengan ikhlas dan tawakkal kepadaNya, itu semua selalu dilakukannya tetapi ia juga mencintai nafsu syahwat dan kadang-kadang sangat berperan dalam hatinya serta berusaha untuk mendapatkannya. Hasad, sombong (dalam beribadah kepada Allah), terombang-ambing antara dua keinginan yaitu keinginan terhadap kenikmatan kehidupan akhirat serta keinginan untuk mendapatkan gemerlapnya dunia.Maka hati yang pertama hidup, tumbuh, khusyu’ dan yang kedua layu kemudian mati. Adapun yang ketiga dalam keadaan tidak menentu, apakah akan hidup ataukah akan mati. Kemudian banyak sekali orang yang hatinya sakit dan sakitnya bahkan semakin parah, tetapi tidak merasa kalau hatinya sakit, bahkan sekalipun telah mati hatinya tetapi tidak tahu kalau hatinya telah mati.



Jadi sahabat-sahabat syurga, manakah hati kita?
Yang semakin hari semakin melupakan Khaliq,
Ataupun yang semakin hari semakin mendekati Khaliq.
Beristighfarlah saat engkau semakin melupakannya,
Istiqamahlah saat engkau semakin mendekatinya...


> Cakap biar dari hati <

Thursday 17 January 2013

Ajaibnya Ummul Kitab..




Al-Fatihah adalah surah yang sangat penting, dikatakan rumusan buat al-quran adalah al-fatihah, rumusan bagi al-fatihah merupakan basmallah. Al- fatihah juga telah diturunkan dua kali iaitu di Makkah dan Madinah, sedangkan surah lain diturunkan hanya sekali. ajaib bukan?? bila kita renung kembali masa kita kecil dulu, al-fatihah merupakan surah pertama yang kita hafal tapi xfaham.. :) sekarang masanya kita ketahui keajaiban al-fatihah...
sungguh Allah itu Maha Bijaksana.. :)

Surah al Fatihah mengandungi 7 ayat yang dimulakan dengan kalimah bismillahir rahmanir rahim. Surah ini juga dinamakan “sab’ul mathani” iaitu 7 ayat yang diulang-ulang bacaannya. Jika hendak dikaji, banyak hikmat atau rahsia yang terdapat di dalamnya. Bahkan ada juga ulama yang telah mengkaji tentang beberapa huruf yang ada di dalamnya. Dan ada juga ulama yang menerangkan bahawa di dalam surah tersebut tidak ada tujuh huruf hijaiyah, iaitu ianya menggambarkan keadaan manusia di dalam neraka.

Sebelum diterangkan mengenai maksud tujuh huruf tersebut, perlu juga kita ketahui terlebih dahulu ringkasan huruf di awal surah al Baqarah seperti alim-lam-mim. Mengikut pendapat Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu bahawa alif-lam-mim itu adalah ringkasan “anallahu a’lam” iaitu Aku (Allah) sahaja yang tahu(berilmu). Dan ada juga yang berpendapat bahawa “alif” itu adalah kenyataan adanya zatullah (laisa kamithlihi syai-un) iaitu tidak boleh diumpamakan dengan sesuatu dan ianya tidak dapat dikenal melainkan dengan adanya sifat-sifat itu. Sebaliknya, sifat-sifat ini juga tidak akan zahir melainkan Allah ta’ala menjadikan wujud segala makhlukNya khasnya jasad segala manusia, dan tidak akan dapat nama-nama yang ada pada manusia melainkan dengan adanya roh yang akan menjadi rahsia bagi sifat-sifatNya iaitu hayyun, ilmun, qudrah, iradah, sama’, basar dan kalam. Maka inilah yang dimaksudkan huruf-huruf yang ada pada kalimah alif-lam-mim iaitu bagi menyatakan segala sifat ma’nawiyah; hayyan, ‘aliman, qadiran, muridan, sami’an, basiran dan mutakalliman, dengan kalimah takbir ALLAHU AKBAR.

Ada pun Allah ta’ala menjadikan jasad manusia beserta ‘hududNya’ iaitu untuk menyatakan wujudNya, sifatNya dan af’alNya. Bagi istilah ahli sufi dinamakan a’yan thabitah iaitu kenyataan yang sabit. Ada ulama yang mentakrifkan bahawa wahdatul wujud pada zatNya ialah tiada wujud yang lain melainkan sekaliannya adalah kenyataan bagi wujud zatullah yang Maha Esa. Wahdatus sifat pula ialah segala sifat yang nyata pada sekalian makhlukNya itu adalah bagi menyatakan sifat yang Maha Esa. Dan begitu juga dengan wahdatul af’al iaitu segala perbuatan atau kuasa yang bersandar pada makhlukNya itu adalah kenyataan bagi zatullah yang empunya perbuatan dan kuasa. Lantaran itu hendaklah kita kenal antara huruf-huruf hijaiyah yang tiada di dalam al Fatihah, iaitu mensabitkan keyakinan kita dengan lebih sempurna lagi. Dan huruf-hurufnya adalah seperti berikut; Tha, Jim, Kha, Zai, Shim, Dza dan Fa.

a) Tha – yang mengandungi tiga titik dengan maksud sabit bahawa tiada wujud sifat dan af’al yang lain melainkan wujud Allah, sifat Allah dan af’al Allah. Barangsiapa yang menafikannya dan mengaku bahawa mereka yang wujud serta mengaku dirinya yang hidup, tahu, berkuasa, berkehendak, mendengar, melihat dan berkata-kata, dengan berkuasa mempunyai ikhtiar dan usaha, maka masuklah mereka ke pintu neraka yang pertama iaitu neraka Thawiah.
b) Jim – dengan maksud Allah ta’ala menjadikan makhluk terutama jasad manusia beserta dengan hidupnya, adalah semata-mata bagi menyatakan sifat jalal dan jamal zatullah yang Maha Esa. Setitik pada Jim itu ibarat tandanya hidup yang ada pada diriNya, adalah nyata bagi kezahiran sifat kebesaran dan kesempurnaanNya. Bagi sesiapa yang tidak mengenal Allah yang tertakluk pada dirinya, maka terhimpunlah di dalam neraka Jahannam.
c) Kha – yang diertikan khaliq atau Maha Pencipta. Allah ta’ala menzahirkan sifat-sifat hidupNya, tahuNya, kuasaNya dan kehendakNya yang tajalli kepada semua makhlukNya itu adalah semata-mata zatullah hendak menyatakan kekuasaanNya. Dia Maha Pencipta, dan kemudian tiba-tiba kita berkuasa pula dengan mempunyai ikhtiar dan usaha, dan mengaku kita yang hidup, tahu, berkuasa, berkehendak, mendengar, melihat dan berkata-kata, maka masuklah mereka menerusi pintu neraka Khalidin.
d) Zai – yang diertikan zaka atau suci iaitu sifat-sifat hidup, tahu, berkuasa, berkehendak itu adalah sifat yang suci bagi zatullah, yang tidak boleh dinodai dengan kekotoran. Kemudian daripada sifat-sifat tersebut Allah menyatakan zakat, dan sifat rahmanNya pada diri manusia. Lantaran kita tidak dapat mengenaliNya dan mengaku segala amalan kita yang punya sehingga beramal kerana pahala, bukan kerana Allah, maka masuklah mereka ke dalam neraka Zabaniyah.
e) Shim – yang diertikan syahadah atau alam kenyataan. Dengan maksud tiga titik itu ialah tanda ibarat zatullah hendak menyatakan wujudNya, sifatNya dan af’alNya yang ada pada langit, bumi dan di antara langit dan bumi, maka sekaliannya itu menjadi syahadah wajah zat wajibal wujud. Kemudian, barang siapa yang menafikannya atau tidak mengenal ‘alam syahadah’ dan tidak dapat bermusyahadah di dalamnya, masuklah mereka ke dalam neraka Syaqawah.
f) Dza – yang diertikan zahir, dengan maksud wujudNya, sifatNya, asmaNya dan af’alNya itu zahir, dapat dilihat menerusi ‘ainul basirah’ atau ‘haqqul basirah’ atau dengan hidup, tahu, berkuasa dan berkehendak yang ada pada diriNya. Kemudian, dengan sifat-sifat kemuliaan ini juga, maka zahirlah segala kekuasaanNya dan sifat keagunganNya di dalam alam sejagat ini. Barang siapa yang menafikan atau tidak mahu mengenalNya, maka masuklah mereka ke dalam neraka Dzulmah, iaitu sentiasa di dalam hal kegelapan.
g) Fa – yang diertikan dengan fana atau binasa, dengan maksud hendaklah diri kita sentiasa di dalam hal keadaan fana atau yang dikatakan ‘fana bisifatillah’ iaitu binasakan hidup kita di dalam hidup Allah, dengan ilmu, kehendak, kuasa, mendengar, melihat dan berkata-kata yang ada pada diri kita ini, binasakanlah ia di dalam ‘ilmullah, qudratullah, iradatullah, sam’ullah, basrullah dan kalamullah. Maka barang siapa yang tidak mengenal dan tidak dapat memfanakan dirinya sebagaimana yang telah diterangkan tadi, masuklah mereka ke dalam neraka Firqah, iaitu bercerai dirinya dengan Allah.
Sebahagian ulama berpendapat bahawa mengenal Allah adalah mengenal diri. Dan oleh itu, diri kitalah yang utama yang menjadi dalil akan wujud Allah. Sebagai pengetahuan kita bersama, bahawa diri kita (jasad) dijadikan oleh Allah, asalnya dari alam yang tiada, kemudian diadakan dan ditiupkan pula rohullah ke dalamnya beserta dengan sifat hidupNya, ilmu, iradah, qudrah, termasuk juga sama’, basar dan kalamNya. Hikmahnya adalah semata-mata Allah hendak menyatakan kekayaanNya, kemurahanNya dan kekuasaanNya.

Sebagai dalil jika direnung pada huruf di dalam perkataan Makkah;

Mim – bermaksud makhluk atau jasad manusia
Kaf – bermaksud karamah iaitu tujuh sifat ma’ani adalah sifat kemuliaan bagi Allah. Dan sifat inilah tempat kezahiran Allah menurunkan segala kurniaNya, kemurahanNya dan kebesaranNya. Dan huruf kaf itu bertasydid adalah bagi mentasdiqkan segala kekuasaan yang nyata pada segala wujud makhlukNya itu adalah kekuasaan zatullah yang wajibal wujud.
Ta – (marbutah) bererti tajalli wujudNya dan sifatNya dengan menetapkan bahawa yang sebenarnya jasad kita mati. Dan segala perbuatan makhluk itu adalah bagi menyatakan af’alullah yang Maha Berkuasa.
Dan begitu juga dengan huruf-huruf yang terdapat pada perkataan Madinah;
Mim – bererti jasad kita adalah makhluk Allah
Dal – iaitu sebagai dalil adanya zatullah
Ya – maksudnya hendaklah kita yakin dengan sepenuhnya bahawa wujud diri kita dan sifat kita ini adalah sebagai nur atau cahaya wujudNya dan sifatNya.
Nun – yang bererti nur hayatillah, nur ‘ilmillah, nur qudratillah dan nur iradatillah yang menyinari seluruh anggota kita dan meliputi sekalian alam.
Ta - (marbutah) bererti tajalli wujudNya dan sifatNya dengan menetapkan bahawa yang sebenarnya jasad kita mati. Dan segala perbuatan makhluk itu adalah bagi menyatakan af’alullah yang Maha Berkuasa.

Di dalam masalah mengenal diri, terdapat beberapa kaedah yang boleh dijadikan panduan, tetapi yang paling utama ialah mengenal melalui segala sifat 20 yang wajib, mustahil dan harus bagi Allah. Di samping itu juga, Allah menempatkan kedudukan atau maqam rasulNya yang akan membawa amanah daripada Allah untuk disampaikan atau dikembalikan kepadaNya.
Sewaktu kita dilahirkan, diri kita di dalam hal keadaan yang belum mengenal roh dan sifat-sifat yang ada pada roh. Di sini ia dinamakan fitrah yakni suci atau Islam kerana dirinya waktu itu belum ditakluk oleh syarak. Kelahirannya itu adalah membawa amanah Allah antaranya seperti azan dan iqamah. Dan jasad bayi yang dilahirkan itu pula, ianya diiktibarkan sebagai bumi atau tanah suci Makkah kerana di dalamnya ada sebuah rumah iaitu ‘baitullah’ atau tempat Allah ta’ala menurunkan segala rahmatNya.

cakap biar bermanfaat.. <3

Jangan hantar aku ke neraka..




ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAH.

ISTI'AZATI BILLAH, WABTIDAIE BISMILLAH, WASSOLATU WASSAALAMU 'ALA RASULILLAH, WA 'ALA ALIHI WA ASHABIHI WA MAN WALAH,

bila di sebutkan tentang NERAKA, hati ana bergetar, terlalu takut. namun masih berbuat dosa.. astaghfirullah.. ini dia neraka:


Tubuh Ahli Neraka 

Sekarang, mari kita perhatikan hadith-hadith Nabi SAW yang menjelaskan perkara yang saya sebut di atas.
Salah satunya, sabda Baginda Nabi SAW yang bermaksud: “Jarak antara kedua-dua bahu seorang kafir di Neraka sejauh perjalanan tiga hari bagi seorang yang menaiki kenderaan yang berlari cepat.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah)

Dalam hadith al-Tarmizi daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Gigi geraham seorang kafir pada hari Kiamat sebesar gunung Uhud, pahanya sebesar gunung al-Baida dan tempat duduk di Neraka seluas perjalanan tiga hari ke al-Rabazah.”

Al-Rabazah adalah sebuah tempat yang terletak tiga batu dari Madinah. Ini menunjukkan bahawa anggota tubuh orang kafir di Neraka menjadi sangat besar dan lebar.

Demikianlah balasan yang akan diterima setiap anggota tubuh manusia yang sudah biasa melakukan maksiat serta tidak mengendahkan perintah dan larangan Allah SWT.

Begitu juga lidah manusia. Ia anggota tubuh yang paling sering digunakan untuk mengingkari dan mempersendakan ayat-ayat Allah SWT. Ia juga selalu digunakan untuk menghina orang beriman yang berusaha menjaga diri dan kehormatannya daripada noda dan dosa.
Daripada Abdullah bin Amr, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya orang kafir akan menyeret lidahnya sepanjang satu atau dua farsakh. Lidah itu diinjak-injak oleh manusia-manusia yang lain.” (Riwayat al-Tarmizi)

Para ulama berkata bahawa tubuh ahli neraka ini dibesarkan agar kepedihan seksa yang mereka rasai terus bertambah setiap waktu. Semakin luas dan lebar pemukaan badan yang diseksa, semakin banyak seksaan yang boleh ditimpa kepadanya. Dan semakin banyak seksaan yang menimpa, semakin tinggi darjah kesakitan yang akan mereka rasai.


Hodohnya Ahli Neraka

Selain tubuh mereka menjadi sangat besar, “penampilan” mereka juga sangat buruk. Sekali api neraka menyambar, tidak tersisa lagi daging yang membalut tulang. Kulit dan daging berguguran sehingga mereka berubah menjadi makhluk yang sangat hodoh.Nauzubillah!!

Akan terjadi apa yang Allah beritakan dalam mafhum firmanNya: “muka mereka dibakar oleh api neraka, dan mereka di dalam neraka itu dalam keadaan cacat (kalihun).” Surh al-Mu’min 23:104)

Dalam sunan al-Tarmizi, Rasulullah SAW mentafsir lafaz “kalihun” ini dengan sabda yang bermaksud : “Wajah mereka dibakar dengan api, maka bibir bahagian atas mereka menjulur hingga ke lehernya dan bibir bahagian bawah mereka menjulur hingga menyentuh tali pusatnya.”

Semoga Allah menjauhkan kita daripada seksa neraka. Pada saat ini kita telah dapat membayangkan manusia yang penampilannya begitu mempesona dilayar perak, kini berubah menjadi makhluk yang buruk rupa. Rawatan kecantikan yang menghabiskan jutaan ringgit di dunia ini tidak dapat menangkis bahang api neraka sedikit pun.

Abi al- Dunya meriwayatkan daripada Abdullah bin Amr : “Andai seorang ahli neraka dikeluarkan ke dunia pada saat ini, nescaya penduduk dunia akan mati kerana kehodohan rupa dan baunya yang busuk. Sahabat Nabi SAW ini lalu menangis teresak-esak.

Oleh sebab itu, jangan iri hati kepada golongan ini. Jangan juga jadikan mereka teladan kita dalam menjalani kehidupan. Demi Allah, Andai kita melihat keadaan mereka di neraka kelak , kita akan rasa sangat bersyukur kepada Allah kerana tidak menjadikan kita seperti mereka.


Pakaian Ahli Neraka 

Tidak terkecuali pakaian, perhiasan dan tempat tinggal mewah yang mereka nikmati pada saat ini. Semua ini akan berganti dengan pakaian yang dibuat daripada api. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “ Pakaian mereka (ahli neraka) adalah pelangkin (tar) yang sangat panas….” (Surah Ibrahim 14:50)

Sudah tidak ada lagi fesyen yang selama ini dituruti dan dijaga. Sebaliknya, hanya api yang akan menjadi lantai, atap dan kediaman mereka selama-lamanya. Api juga akan menjadi katil dan kerusi tepat mereka cuba melepaskan penat berdiri. Tidak terbayang seksaan yang mereka rasakan pada saat itu. Sebiji bara api yang diletakkan atas tapak kaki, panasnya terasa hingga ke otak.

Berkata Wahb bin Munabbih: “Sesungguhnya ahli neraka yang benar-benar ahlinya, mereka tidak akan merasai rehat, tidur dan maut di dalamnya. Setiap saat, mereka berjalan di atas api dan duduk pun di atas api. Minuman mereka ialah nanah dan darah ahli neraka, makanan mereka buah zaqum yang dibuat daripada api dan tembaga yang sangat panas.” (Riwayat al-Hafiz Ibn Abi al-Dunya dalam kitab Sifat al-Nar)


Jeritan dan Tangisan       

Orang yang dahulunay sangat sombong dan angkuh ini akan terus menjerit kesakitan tanpa henti. Mereka meraung, menjerit, meratap, merintih dan menangis tanpa ada sesiapapun yang mempedulikan mereka. Semua ini tidak akan terjadi andai mereka pernah menangis di dunia kerana menyesali dosa-dosanya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “ Ahli neraka akan melepaskan tangisan dan jeritannya sehingga kering air mata mereka. Mereka lalu menagis air mata darah sehingga meninggalkan kesan di wajah mereka seperti parit-parit. Andai sebuah bahtera dilayarkan di atasnya, nescaya ia akan berlayar”. (Riwayat Ibn Majah)

Sungguh rugi orang yang memiliki rupa yang canti, namun tidak menghiasi kecantikannya dengan iman. Sungguh rugi orang yang diciptakan dengan rupa yang tampan, namun tidak pernah membasuh mukanya dengan air mata taubat.
Rugilah orang membeli neraka dengan kenikmatan sesaat.  Kenikmatan yang ditawarkan hawa nafsu  akan berakhir dengan segera, sementara azab neraka tidak akan berakhir selama-lamanya.


Jagalah Dirimu Daripada Api Neraka

Daripada ‘Adi bin Hatim r.a katanya: “Suatu hari Rasulullah SAW menceritakan mengenai seksa neraka. Baginda lalu memalingkan wajahnya sambil berlindung kepada Allah daripada api neraka. Baginda lalu kembali menyebutkan neraka.Baginda kembali memalingkan wajahnya sambil berlindung kepada Allah  daripada seksa neraka.”

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “ Jagalah dirimu daripada api neraka walau hanya dengan (memberikan sedekah sebesar) setengah biji kurma. Sesiapa yang tidak memilikinya, maka ucapkanlah kata-kata yang baik.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Semoga kita selalu menjaga diri kita, orang tua kita, anak-anak kita,guru-guru kita dan semua orang yang kita kasihi daripada seksaan api neraka.



(entri ini ana kopi dan pasta ye)... <3

Wednesday 16 January 2013

Syabab yang lupa



Sejarah kebangkitan Islam di seluruh pelusuk dunia, sehinggakan memerintah 2/3 dunia. Kehebatan para jundullah menegakkan islam kerana cinta mereka pada agama, tunduk mereka pada Allah. di hati hanya ada rindu pada Pencipta, dan bagaimana dengan umat islam kini? hanya mampu memuji kehebatan islam yang pernah memerintah 2/3 dunia sahaja? Tanpa perlu bangkit untuk perjuangan menegakkan syiar islam ke tempat yang tertinggi. 

Bangkitlah syabab!

KHULAFA AR-RASYIDIN
632M- Kewafatan Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wasallam. Saidina Abu Bakar dilantik menjadi   khalifah. Usamah ibn Zaid mengetuai ekspedisi ke Syria. Kempen menentang kumpulan murtad iaitu Bani Tamim dan Musailamah al-Kazzab.
633M- Pengumpulan Al Quran bermula.
634M- Kewafatan Saidina Abu Bakar. Saidina Umar Al-Khatab dilantik menjadi khalifah. Penaklukan Damsyik dan seterusnya kempen meluaskan jajahan Islam di Tanah Parsi
635M- Penawanan Madain, ibu kota Empayar Parsi Sassanid.
636M- Penaklukan Syria, Mesopotamia, dan Palestin.
637M- Mesir ditawan.
638M- Penawanan Baitul Maqdis oleh tentera Islam.
640M- Kerajaan Islam Madinah mula membuat duit syiling Islam.
644M- Saidina Umar mati syahid akibat dibunuh. Saidina Uthman Affan menjadi khalifah.
645M- Kempen di Afrika Utara. Cyprus ditakluk.
646M- Kempen menentang Byzantine.
647M- Angkatan Tentera Laut Islam ditubuhkan -- diketuai oleh Muawiyah Abu Sufyan. Perang di laut menentang angkatan laut Byzantine. Empayar Parsi Sassanid ditumpaskan.
648M- Pemberontakan menentang pemerintahan Saidina Uthman.
656M- Saidina Uthman wafat akibat dibunuh. Saidina Ali Abi Talib dilantik menjadi khalifah. Terjadinya Perang Jamal.
657M- Saidina Ali memindahkan pusat pemerintahan daripada Madinah ke Kufah. Perang Siffin meletus.
659M- Saidina Ali menawan kembali Hijaz dan Yaman daripada Muawiyah. Muawiyah mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah Damsyik.
661M- Saidina Ali wafat dibunuh. Tamatnya pemerintahan Khulafa al-Rasyidin. Saidina Hasan (cucu Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam) kemudian diangkat sebagai Khalifah ke-5 Umat Islam menggantikan Saidina Ali.
661M- Setelah sekitar 6 bulan Khalifah Saidina Hasan memerintah, 2 kelompok besar pasukan Islam yaitu Pasukan Khalifah Saidina Hasan di Kufah dan pasukan Muawiyah di Damsyik telah siap untuk memulai suatu pertempuran besar. Ketika pertempuran hendak berlangsung, Muawiyah kemudian menawarkan rancangan perdamaian kepada Khalifah Hasan yang kemudian dengan pertimbangan persatuan Umat Islam, rancangan perdamaian Muawiyah ini diterima secara bersyarat oleh Khalifah Saidina Hasan dengan kekuasaan khalifah diserahkan oleh Khalifah Hasan kepada Muawiyah. Tahun itu kemudian dikenal dengan nama Tahun Perdamaian/Persatuan Umat (Am Jamaah) dalam sejarah Umat Islam. Sejak saat itu Muawiyah menjadi Khalifah Umat Islam yang kemudian dilanjutkannya dengan sistem Kerajaan Islam yang pertama yaitu pergantian pemimpin (Raja Islam) yang dilakukan secara turun temurun (Daulah Umayyah) dari Daulah Umayyah ini kemudian berlanjut kepada Kerajaan-Kerajaan Islam selanjutnya seperti Daulah Abbasiyah, Fatimiyyah, Usmaniyah dll.

KERAJAAN BANI UMAYYAH 

661M- Muawiyah menjadi khalifah dan mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah.
670M- Mara ke Afrika Utara. Penaklukan Kabul.
677M- Penawanan Samarkand dan Tirmiz. Serangan ke atas Constantinople.
680M- Kematian Muawiyah. Yazid I menaiki takhta. Peristiwa pembunuhan Saidina Hussein.
685M- Khalifah Abdul Malik menjadikan Bahasa Arab sebagai bahasa rasmi kerajaan.
700M- Kempen menentang kaum Barbar di Afrika Utara.
711M- Penaklukan Sepanyol, Sind, dan Transoxiana.
712M- Tentera Ummaiyyah mara ke Sepanyol, Sind, dan Transoxiana.
713M- Penaklukan Multan.
716M- Serangan ke atas Constantinople.
717M- Umar bin Abdul Aziz menjadi khalifah. Pembaharuan yang hebat dijalankan.
725M- Tentera Islam menawan Nimes di Perancis.
749M- Kekalahan tentera Ummaiyyah di Kufah, Iraq ditangan tentera Abbasiyyah.
750M- Damsyik ditawan oleh tentera Abbasiyyah. Kejatuhan Kerajaan Bani Ummaiyyah.


KERAJAAN BANI ABBASIYAH

752M- Bermulanya Kerajaan Bani Abbasiyyah.
755M- Pemberontakan Abdullah bin Ali. Pembunuhan Abu Muslim.
756M- Abd ar-Rahman I mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah Sepanyol.
763M- Penubuhan kota Baghdad. Kekalahan tentera Abbasiyyah di Sepanyol.
786M- Harun al-Rashid menjadi Khalifah.
792M- Serangan ke atas selatan Perancis.
800M- Kaedah sainstifik dicipta. Algebra dicipta oleh Al-Khawarizmi.
805M- Kempen menentang Byzantine. Penawanan Pulau Rhodes dan Cyprus.
809M- Kewafatan Harun al-Rashid. Al-Amin dilantik menjadi khalifah.
814M- Perang saudara di antara Al-Amin dan Al-Ma'mun. Al-Amin terbunuh dan Al-Ma'mun menjadi khalifah.
1000M- Masjid Besar Cordoba siap dibina.
1005M- Multan dan Ghur ditawan.
1055M- Baghdad ditawan oleh tentera Turki Seljuk. Pemerintahan Abbasiyyah-Seljuk bermula, yang kekal sehingga tahun 1258 apabila tentera Mongol memusnahkan Baghdad.
1085M- Tentera Kristian tawan Toledo (di Sepanyol).
1091M- Bangsa Norman tawan Sicily, pemerintahan Muslim di sana tamat.
1095M- Perang Salib pertama berlaku.
1099M- Tentera Salib tawan Baitulmuqaddis. Mereka membunuh semua penduduknya.
1144M- Nuruddin Zengi tawan Edessa daripada tentera Kristian. Perang Salib kedua berlaku.
1187M- Salahuddin Al-Ayubbi tawan Baitulmuqaddis daripada tentera Salib. Perang Salib ketiga berlaku.
1194M- Tentera Muslim menawan Delhi, India.
1236M- Tentera Kristian tawan Cordoba (di Sepanyol).
1258M- Tentera Mongol menyerang dan memusnahkan Baghdad. Ribuan penduduk terbunuh.Kejatuhan Baghdad. Tamatnya pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyyah-Seljuk.
1260M- Kebangkitan Islam. Kerajaan Bani Mamluk di Mesir (merupakan pertahanan Islam yang ketiga terakhir selepas Makkah dan Madinah) pimpinan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz menewaskan tentera Mongol di dalam pertempuran di Ain Jalut.


EMPAYAR TURKI UTHMANIYAH

1243M- Bangsa Turki yang hidup secara nomad menetap secara tetap di Asia Kecil.
1299M- Sebuah wilayah pemerintahan kecil Turki di bawah Turki Seljuk ditubuhkan di barat Anatolia.
1301M- Osman I mengisytiharkan dirinya sebagai sultan. Tertubuhnya Empayar Turki Uthmaniyyah.
1345M- Turki Seljuk menyeberangi Selat Bosporus.
1389M- Tentera Uthmaniyyah menewaskan tentera Serb di Kosovo.
1402M- Timurlane, Raja Tartar (Mongol) menumpaskan tentera Uthmaniyyah di Ankara.
1451M- Sultan Muhammad al-Fatih menjadi pemerintah.
1453M- Constantinople ditawan oleh tentera Islam pimpinan Sultan Muhammad al-Fatih. Berakhirnya Empayar Byzantine.
1520M- Sultan Sulaiman al-Qanuni dilantik menjadi sultan.
1526M- Perang Mohacs
1529M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna.
1571M- Perang Lepanto berlaku.
1641M- Pemerintahan Sultan Muhammad IV
1683M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna buat kali kedua.
1687M- Sultan Muhammad IV meninggal dunia.
1703M- Pembaharuan kebudayaan di bawah Sultan Ahmed III.
1774M- Perjanjian Kucuk Kaynarca.
1792M- Perjanjian Jassy.
1793M- Sultan Selim III mengumumkan "Pentadbiran Baru".
1798M- Napoleon cuba untuk menawan Mesir.
1804M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia pertama.
1815M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia kedua.
1822M- Bermulanya perang kemerdekaan Greece.
1826M- Pembunuhan beramai-ramai tentera elit Janissari. Kekalahan tentera laut Uthmaniyyah di Navarino.
1829M- Perjanjian Adrianople.
1830M- Berakhirnya perang kemerdekaan Greece.
1841M- Konvensyen Selat.
1853M- Bermulanya Perang Crimea.
1856M- Berakhirnya Perang Crimea.
1876M- Perlembagaan Uthmaniyyah diluluskan.
1878M- Kongres Berlin. Serbia dan Montenegro diberi kemerdekaan. Bulgaria diberi kuasa autonomi.
1908M- Jawatankuasa Perpaduan dan Kemajuan atau lebih dikenali sebagai Turki Muda ditubuhkan. Perlembagaan Uthmaniyyah dikembalikan. Austria menyerang Bosnia dan Herzegovina.
1912M- Perang Balkan pertama.
1913M- Perang Balkan kedua.
1914M- Empayar Uthmaniyyah memasuki Perang Dunia I sebagai sekutu kuasa tengah.
1919M- Mustafa Kemal Atatürk mendarat di Samsun.
1923M- Sistem kesultanan dihapuskan. Turki diisytiharkan sebagai sebuah Republik.
1924M- Pejabat khalifah dihapuskan. Tamatnya pemerintahan Empayar Turki Uthmaniyyah.


Allahu Robbi.. Allah.. Allah.. adakah sampai di sini sahaja kerajaan islam..
aku risau melihat syabab,
yang di telinganya hanya lagu-lagu mengagungkan dunia,
di bibirnya tiada lagi zikir dan selawat,
di mana martabat syabab islam,
di mana sinar syabab yang dulu membangunkan islam,
aku risau akulah syabab yang lupa itu..

cakap biar bermanfaat..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...