MISKIN. Satu
perkataan yang amat ditakuti oleh semua orang. Bilamana disebutkan tentang
miskin, pasti yang kita bayangkan adalah rumah buruk dan baju lusuh, bukan?.
Kemiskinan yang menjadi kebencian semua umat manusia tidak kira di mana-manapun
pelusuk dunia, fikiran yang sama tentangMISKIN. Melihat kemiskinan adalah sesuatu yang tidak bertamadun dan
ketinggalan zaman, melihat kemiskinan itu hina dan kotor dan pelbagai lagi
tanggapan tentang miskin yang majoritinya adalah tanggapan negatif.
BANGSAKU MISKIN?
Negeri sabah.
Kemiskinan yang melanda bangsaku di sabah amat menyedihkan, namun yang lebih
menyedihkan apabila tidak ada satupun penyelesaian yang ana lihat berkesan
untuk membasmi kemiskinan yang melanda negeri sabah terutamanya di bahagian
pedalaman sabah.
Andai saja kita
lihat dan turun padang , melihat sendiri kesengsaraan rakyat sabah kerana
terbelenggu dengan kemiskinan, pasti menyayat hati setiap insan. Apa yang ana
lihat, di pedalaman sabah, 80% penduduk pedalaman sabah tidak bergaji dan hanya
bergantung dengan bertani kecil-kecilan. Malahan ramai anak gadis dan pemuda
sabah yang berasal dari pedalaman terpaksa berhijrah ke ibu kota untuk
mendapatkan pekerjaan, namun harapan sesetengah orang itu terkubur bila ditipu
dan lain pula cerita dengan anak gadis yang terpaksa menjual diri untuk membawa
balik duit buat keluarga di pedalaman.
FENOMENA GANJIL
Satu fenomena
ganjil buat ana , bila melihat Sabah yang sepertinya mempunyai ‘dua benua terpisah’ apabila ana merantau
ke Kota Kinabalu , boleh ana sebut sebagai‘kuala lumpur nombor 2’ kerana
kemajuan yang melanda Kota ini begitu hebat. Namun bila ana meneropong
kehidupan di pedalaman, jalan yang tidak berturap, menggunakan generator untuk
menjadi penjana elektrik, menggunakan air bukit, penduduk yang buta teknologi
dan jauh kebelakang jika dibandingkan dengan masyarakat bandar.
Fenomena yang ana
lihat dijadikan kebiasaan oleh pihak kerajaan, tanpa ada apa-apa penyelesaian
yang berterusan dari pihak berkenaan untuk membanteras kemiskinan harta dan
ilmu yang melanda masyarakat bangsaku di pedalaman.
SABAH MISKIN?
Menyebut sabah
miskin adalah sesuatu yang tidak masuk akal, kerana kekayaan hasil tanah yang
subur dan hasil minyak yang begitu banyak, merupakan menyumbang besar kekayaan
Malaysia dengan minyak yang begitu banyak dan kelapa sawit yang merupakan 65%
daripada bumi sabah.
Namun inikah
hasil daripada kekayaan yang datang dari perut bumi sabah ? hinggakan dipandang
rendah biar berpijak di mana-mana pun. Dengan duit yang bertimbun-timbun datang
dari Petronas yang majoritinya daripada minyak sabah, pedalaman sabah masih
juga dalam keadaan yang sama seperti 70tahun yang lalu.
Ana keliru, dan
buntu melihat sabah yang mundur namun mengeluarkan begitu banyak hasil minyak.
Sama seperti
Kelantan yang agak mundur dan mempunyai peratusan penduduk miskin yang agak
sama dengan negeri sabah. Hasil minyak yang ana kira boleh menampung untuk
meningkatkan kemajuan kelantan kerana mempunyai negeri yang agak kecil
berbanding sabah, namun hasil nya kemiskinan yang masih menular kelantan.
Ana berpijak di
bumi kelantan, melihat negerinya yang begitu sederhana namun hasil bumi yang
sangat kaya. Terlalu kontra namun di manakah penyelesaiannya. Namun bila kita
lihat Kuala Lumpur, Shah Alam yang menjadi kebanggaan seterusnya mengangkat
‘darjat’ penduduknya yang dilabelkan sebagai penduduk bandar, kerana kemajuan
yang tidak pernah terhenti dilakukan. Namun bila kita lihat dan korek buminya,
tiada hasil bumi. Dari manakah kekayaan itu?
Begitu diberi
perhatian yang tinggi oleh kerajaan untuk menutup mata penduduk bandar dengan
kemiskinan yang melanda penduduk pedalaman yang seharusnya diberi perhatian lebih
oleh kerajaan.
KERAJAAN KHILAFAH ISLAM
Bila kita renung
kembali sejarah kebangkitan islam semasa Khillafah islam sewaktu pemerintahan
Saidina Umar al-Khattab, negara islam keseluruhannya mengalami kemajuan yang
amat menyerlah. Kita lihat kemajuannya dalam membangunkan Institusi Baitul Mal
yang akhirnya dapat membanteras kemiskinan yang melanda penduduk secara
keseluruhan. Kewujudan Zakat yang dijalankan dengan kemas dan teratur mampu
mengubah gaya hidup penduduk. Sehinggakan dikatakan mempunyai zakat berlebihan.
Kejayaan Saidina
Umar secara syumul dari segi pendidikan, kewangan, ketenteraan dan semua segi
mampu membuktikan pada sejarah peradaban dunia, bilamana islam dijalankan
dengan syumul , mampu mentamadunkan masyarakat bukan dari sudut pembangunan
fizikalsahaja tetapi juga dari semua
sudut.
Kekuatan
pendidikan dan kesedaran umat pada zaman itu tentang perlunya ilmu, mampu
mengubah fikiran umat dengan lebih kehadapan berbanding tamadun-tamadun lain.
Kejayaan Kerajaan
Bani abbasiyah, Bani Uthmaniyyah dapat membuktikan kemiskinan ‘ZERO’ dan banyak
penghasilan baru yang ditemui menjadi bukti kegemilangan kerajaan islam yang
dapat membentuk insan yang kaya dengan ilmu dan akhlak.
Namun kita lihat
Malaysia yang ana kira lupa sejarah islam tidak mengambil iktibar daripada
sejarah, mengambil mudah dengan kemajuan akhlak dan tidak mengambil islam
secara menyeluruh menyebabkan ketidakstabilan dan masih banyak kelompongan yang
melanda Malaysia. Termasuklah penghayatan ILMU dalam kalangan masyarakat islam
terutamanya. Itulah punca sebenar yang melanda Malaysia, masalah kemiskinan
harta dan ilmu di pedalaman, masalah kemiskinan akhlak di bandar semuanya
kerana tidak mengambil islam sebagai wadah pemerintahan.
MISKIN HARTA DAN ILMU
Satu gejala
serius yang kerajaan terlepas pandang adalah kemiskinan HARTA dan Kemiskina ILMU
yang melanda masyarakat Malaysia. Merasakan dengan memberikan pelbagai bantuan
dari sudut kewangan pastinya dapat mengubah taraf hidup dan pemikiran
masyarakat kita. Satu penyelesaian yang ana lihat sangat teruk dan tidak
menyelesaikan apa-apa masalah langsung.
Kemiskinan HARTA dan ILMU dapat diselesaikan apabila kekayaan ilmu yang ada dalam diri
setiap manusia akan melonjakkan semangat mengubah cara hidup. Sesungguhnya
islam itu mengeluarkan umatnya daripada kesesakan hidup kepada ketenangan
hidup. Islam yang mengajar umatnya BERJIHAD (bersungguh-sungguh) dalam apa jua
perkara pastinya dapat menyelesaikan masalah kemiskinan yang melanda umat
islam.
Andai engkau tahu betapa Allah itu sangat menyayangi
hambaNya,
Maka kamu akan selalu mengingatiNya,
Tapi,
Mengapa manusia… Mengapa…
Setelah Dia memberikan segala-galanya kpdmu,
Engkau lupa kehadiranNya,
Engkau malah bongkak,
Mendabik dada di tengah dunia yang sebenarnya tiada
harga,
Murah dan sia-sia.
Merasakan engkaulah raja yang terhebat,
Adakah engkau tahu dunia ini hanya pentas lakonan semata?
Maka ku doakan, agar ditiup di hatimu,
Rasa ingin kembali bersujud pada Tuhanmu…
Alhamdulillah, mungkin entry yang agak terlewat dari tarikh kejadian. Ana
tiba-tiba rasa teruja untuk kongsikan pengalaman ana di satu kem tarbiyah,
iaitu Islamic Summer Camp (ISC) untuk generasi yang ke-enam dan inilah
kisahnya....
FIRST TIME
YANG BEST!
Inilah kali pertama ana menjadi fasilitator untuk kem yang di anjurkan di
Sabah dan PSS. Satu kejutan budaya buat ana, melihat peserta yang agak ramai
dan pembawakan yang sangat lembut dan mesra. Takut, risau dan bercampur baur
perasaan melihat besarnya tanggungjawab yang ana pegang apabila di berikan
amanah sebagai fasi, memberikan ilmu yang ana kira agak berat untuk di
sampaikan dengan adik-adik.. mungkin ana hanya menyampaikan, namun Allahlah
yang akan memberikan kefahaman pada hambaNya.
TERUJA DENGAN
SEMANGAT SYABAB
Melihat adik-adik yang kiranya dalam lingkungan umur 13 – 20 thn yang
begitu teruja dan ghairah untuk mengumpul ilmu, tanpa ada rasa penat, tidak ada
keluhan dan tidak ada rungutan keluar dari bibir adik2, yang mereka tahu,
mereka gembira berada dalam majlis ilmu sebegini. Keterujaan yang membakar
semangat ana untuk terus ingin berada di dalam perjuangan ini. Terima kasih
adik2.
sayang semua... ke rumah yang terpilih..
^.^
semangat berdakwah
MELANGKAH
KERANA DAKWAH
Meneruskan program dengan satu misi lain iaitu JELAJAH DAKWAH, membawa
adik-adik keluar berdakwah ke rumah-rumah penduduk berdekatan. Bila ana melihat
wajah girang adik-adik melangkah dengan penuh semangat membawa risalah dakwah
yang tersemat di dada, rasa sebak dan gembira melihat kesedaran syabab
mempertahankan islam di atas muka bumi. Kami hanya berzikir di sepanjang jalan,
yang ana dapat lihat pada wajah adik2 adalah senyuman riang, betullah dakwah
itu cinta. J melangkah ke rumah yang terpilih, jauh nuuunn sana.
Peluh menitik dari dahi menyentuh tanah, yang menjadi bukti perjuangan mereka membawa
risalah islam itu bukan mudah. Badan akan sentiasa berpeluh, kaki akan rasa
sakit, jiwa teruji, namun merasa manis, kerana menyakini janji Allah :
"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku
tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang
tidak terperi sakitnya? ”Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta
kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri
kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak
mengetahui (hakikat yang sebenarnya)." "(Dengan itu) Allah akan
mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang
mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat
tinggal yang baik dalam Syurga "Adn". Itulah kemenangan yang
besar."
(As-Saff
61:10-12)
mana satulah fasinya.. ehehe
lipat cantik2 yee..
minum lepas penat berkerja :)
AKAK, SAYA
TAKUT TAK KUAT..
Ana diberikan amanah untuk menjaga adik2 kumpulan ke-5 iaitu kumpulan sheikh
ahmad yassin. Ana teringat kata-kata adik tercinta selaku Ameerah kumpulan 5.
“ Akak, saya
takut saya tak kuat lah lepas keluar dari kem ini. Takut tak istiqamah pakai
tudung. Sebabnya saya ikut teakwondo. Macamana ni kak ??? ”
Kesedaran dan takutnya untuk tidak istiqamah itu menyentuh hati ana.
Menyentuh hati ana yang sudah berumur 20thn untuk rasa takut juga kalau2 satu
hari nanti ana sukar untuk istiqamah. Seorang adik yang hatinya masih suci dan
bersih, memahami konsep jihad dan pengorbanan, memahami dan menginginkan syurga
yang Allah janjikan buat pejuang islam takut kalau2 hatinya di uji Allah hingga
dia futur dalam perjuangan. Hatinya yang cukup kuat dan tabah! Hatinya yang
cukup tegas untuk membawa agamanya!
Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman
hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka
(terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta
benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar
(pengakuan imannya)."
(Al-Hujuraat
49:15)
.
ALHAMDULILLAH
SYABAB
Bila di fikirkan, betapa beruntungnya adik-adik yang hadir, kerana menjadi
pilihan Allah walaupun baru setahun jagung. Di pilih Allah untuk berada di
jalan jihad ini. Kadang-kadang rasa cemburu kerana mereka hidup di masa muda
mereka dengan indahnya islam yang pada waktu inilah sepatutnya remaja tengah
seronok mengejar cinta monyet dan cinta dunia. Tetapi mereka, Allah pilih untuk
di jauhkan dengan keseronokan dunia yang mengalpakan , untuk terus sebati
bersama islam.. sungguh beruntung. Alhamdulillah syabab.
BERSYUKURLAH adik-adikku.
Bersyukurlah saat Allah memilih antum ,
Namun ingat !
Proses tapisan masih berjalan,
Teruskan berdoa agar istiqamah dijalan cinta ini,
Takut-takut kita nanti tersingkir,
Menjadi top ten manusia yang Allah pilih untuk berada
dalam perjuangan.