Thursday, 17 January 2013

Jangan hantar aku ke neraka..




ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAH.

ISTI'AZATI BILLAH, WABTIDAIE BISMILLAH, WASSOLATU WASSAALAMU 'ALA RASULILLAH, WA 'ALA ALIHI WA ASHABIHI WA MAN WALAH,

bila di sebutkan tentang NERAKA, hati ana bergetar, terlalu takut. namun masih berbuat dosa.. astaghfirullah.. ini dia neraka:


Tubuh Ahli Neraka 

Sekarang, mari kita perhatikan hadith-hadith Nabi SAW yang menjelaskan perkara yang saya sebut di atas.
Salah satunya, sabda Baginda Nabi SAW yang bermaksud: “Jarak antara kedua-dua bahu seorang kafir di Neraka sejauh perjalanan tiga hari bagi seorang yang menaiki kenderaan yang berlari cepat.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah)

Dalam hadith al-Tarmizi daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Gigi geraham seorang kafir pada hari Kiamat sebesar gunung Uhud, pahanya sebesar gunung al-Baida dan tempat duduk di Neraka seluas perjalanan tiga hari ke al-Rabazah.”

Al-Rabazah adalah sebuah tempat yang terletak tiga batu dari Madinah. Ini menunjukkan bahawa anggota tubuh orang kafir di Neraka menjadi sangat besar dan lebar.

Demikianlah balasan yang akan diterima setiap anggota tubuh manusia yang sudah biasa melakukan maksiat serta tidak mengendahkan perintah dan larangan Allah SWT.

Begitu juga lidah manusia. Ia anggota tubuh yang paling sering digunakan untuk mengingkari dan mempersendakan ayat-ayat Allah SWT. Ia juga selalu digunakan untuk menghina orang beriman yang berusaha menjaga diri dan kehormatannya daripada noda dan dosa.
Daripada Abdullah bin Amr, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya orang kafir akan menyeret lidahnya sepanjang satu atau dua farsakh. Lidah itu diinjak-injak oleh manusia-manusia yang lain.” (Riwayat al-Tarmizi)

Para ulama berkata bahawa tubuh ahli neraka ini dibesarkan agar kepedihan seksa yang mereka rasai terus bertambah setiap waktu. Semakin luas dan lebar pemukaan badan yang diseksa, semakin banyak seksaan yang boleh ditimpa kepadanya. Dan semakin banyak seksaan yang menimpa, semakin tinggi darjah kesakitan yang akan mereka rasai.


Hodohnya Ahli Neraka

Selain tubuh mereka menjadi sangat besar, “penampilan” mereka juga sangat buruk. Sekali api neraka menyambar, tidak tersisa lagi daging yang membalut tulang. Kulit dan daging berguguran sehingga mereka berubah menjadi makhluk yang sangat hodoh.Nauzubillah!!

Akan terjadi apa yang Allah beritakan dalam mafhum firmanNya: “muka mereka dibakar oleh api neraka, dan mereka di dalam neraka itu dalam keadaan cacat (kalihun).” Surh al-Mu’min 23:104)

Dalam sunan al-Tarmizi, Rasulullah SAW mentafsir lafaz “kalihun” ini dengan sabda yang bermaksud : “Wajah mereka dibakar dengan api, maka bibir bahagian atas mereka menjulur hingga ke lehernya dan bibir bahagian bawah mereka menjulur hingga menyentuh tali pusatnya.”

Semoga Allah menjauhkan kita daripada seksa neraka. Pada saat ini kita telah dapat membayangkan manusia yang penampilannya begitu mempesona dilayar perak, kini berubah menjadi makhluk yang buruk rupa. Rawatan kecantikan yang menghabiskan jutaan ringgit di dunia ini tidak dapat menangkis bahang api neraka sedikit pun.

Abi al- Dunya meriwayatkan daripada Abdullah bin Amr : “Andai seorang ahli neraka dikeluarkan ke dunia pada saat ini, nescaya penduduk dunia akan mati kerana kehodohan rupa dan baunya yang busuk. Sahabat Nabi SAW ini lalu menangis teresak-esak.

Oleh sebab itu, jangan iri hati kepada golongan ini. Jangan juga jadikan mereka teladan kita dalam menjalani kehidupan. Demi Allah, Andai kita melihat keadaan mereka di neraka kelak , kita akan rasa sangat bersyukur kepada Allah kerana tidak menjadikan kita seperti mereka.


Pakaian Ahli Neraka 

Tidak terkecuali pakaian, perhiasan dan tempat tinggal mewah yang mereka nikmati pada saat ini. Semua ini akan berganti dengan pakaian yang dibuat daripada api. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “ Pakaian mereka (ahli neraka) adalah pelangkin (tar) yang sangat panas….” (Surah Ibrahim 14:50)

Sudah tidak ada lagi fesyen yang selama ini dituruti dan dijaga. Sebaliknya, hanya api yang akan menjadi lantai, atap dan kediaman mereka selama-lamanya. Api juga akan menjadi katil dan kerusi tepat mereka cuba melepaskan penat berdiri. Tidak terbayang seksaan yang mereka rasakan pada saat itu. Sebiji bara api yang diletakkan atas tapak kaki, panasnya terasa hingga ke otak.

Berkata Wahb bin Munabbih: “Sesungguhnya ahli neraka yang benar-benar ahlinya, mereka tidak akan merasai rehat, tidur dan maut di dalamnya. Setiap saat, mereka berjalan di atas api dan duduk pun di atas api. Minuman mereka ialah nanah dan darah ahli neraka, makanan mereka buah zaqum yang dibuat daripada api dan tembaga yang sangat panas.” (Riwayat al-Hafiz Ibn Abi al-Dunya dalam kitab Sifat al-Nar)


Jeritan dan Tangisan       

Orang yang dahulunay sangat sombong dan angkuh ini akan terus menjerit kesakitan tanpa henti. Mereka meraung, menjerit, meratap, merintih dan menangis tanpa ada sesiapapun yang mempedulikan mereka. Semua ini tidak akan terjadi andai mereka pernah menangis di dunia kerana menyesali dosa-dosanya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “ Ahli neraka akan melepaskan tangisan dan jeritannya sehingga kering air mata mereka. Mereka lalu menagis air mata darah sehingga meninggalkan kesan di wajah mereka seperti parit-parit. Andai sebuah bahtera dilayarkan di atasnya, nescaya ia akan berlayar”. (Riwayat Ibn Majah)

Sungguh rugi orang yang memiliki rupa yang canti, namun tidak menghiasi kecantikannya dengan iman. Sungguh rugi orang yang diciptakan dengan rupa yang tampan, namun tidak pernah membasuh mukanya dengan air mata taubat.
Rugilah orang membeli neraka dengan kenikmatan sesaat.  Kenikmatan yang ditawarkan hawa nafsu  akan berakhir dengan segera, sementara azab neraka tidak akan berakhir selama-lamanya.


Jagalah Dirimu Daripada Api Neraka

Daripada ‘Adi bin Hatim r.a katanya: “Suatu hari Rasulullah SAW menceritakan mengenai seksa neraka. Baginda lalu memalingkan wajahnya sambil berlindung kepada Allah daripada api neraka. Baginda lalu kembali menyebutkan neraka.Baginda kembali memalingkan wajahnya sambil berlindung kepada Allah  daripada seksa neraka.”

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “ Jagalah dirimu daripada api neraka walau hanya dengan (memberikan sedekah sebesar) setengah biji kurma. Sesiapa yang tidak memilikinya, maka ucapkanlah kata-kata yang baik.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Semoga kita selalu menjaga diri kita, orang tua kita, anak-anak kita,guru-guru kita dan semua orang yang kita kasihi daripada seksaan api neraka.



(entri ini ana kopi dan pasta ye)... <3

Wednesday, 16 January 2013

Syabab yang lupa



Sejarah kebangkitan Islam di seluruh pelusuk dunia, sehinggakan memerintah 2/3 dunia. Kehebatan para jundullah menegakkan islam kerana cinta mereka pada agama, tunduk mereka pada Allah. di hati hanya ada rindu pada Pencipta, dan bagaimana dengan umat islam kini? hanya mampu memuji kehebatan islam yang pernah memerintah 2/3 dunia sahaja? Tanpa perlu bangkit untuk perjuangan menegakkan syiar islam ke tempat yang tertinggi. 

Bangkitlah syabab!

KHULAFA AR-RASYIDIN
632M- Kewafatan Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wasallam. Saidina Abu Bakar dilantik menjadi   khalifah. Usamah ibn Zaid mengetuai ekspedisi ke Syria. Kempen menentang kumpulan murtad iaitu Bani Tamim dan Musailamah al-Kazzab.
633M- Pengumpulan Al Quran bermula.
634M- Kewafatan Saidina Abu Bakar. Saidina Umar Al-Khatab dilantik menjadi khalifah. Penaklukan Damsyik dan seterusnya kempen meluaskan jajahan Islam di Tanah Parsi
635M- Penawanan Madain, ibu kota Empayar Parsi Sassanid.
636M- Penaklukan Syria, Mesopotamia, dan Palestin.
637M- Mesir ditawan.
638M- Penawanan Baitul Maqdis oleh tentera Islam.
640M- Kerajaan Islam Madinah mula membuat duit syiling Islam.
644M- Saidina Umar mati syahid akibat dibunuh. Saidina Uthman Affan menjadi khalifah.
645M- Kempen di Afrika Utara. Cyprus ditakluk.
646M- Kempen menentang Byzantine.
647M- Angkatan Tentera Laut Islam ditubuhkan -- diketuai oleh Muawiyah Abu Sufyan. Perang di laut menentang angkatan laut Byzantine. Empayar Parsi Sassanid ditumpaskan.
648M- Pemberontakan menentang pemerintahan Saidina Uthman.
656M- Saidina Uthman wafat akibat dibunuh. Saidina Ali Abi Talib dilantik menjadi khalifah. Terjadinya Perang Jamal.
657M- Saidina Ali memindahkan pusat pemerintahan daripada Madinah ke Kufah. Perang Siffin meletus.
659M- Saidina Ali menawan kembali Hijaz dan Yaman daripada Muawiyah. Muawiyah mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah Damsyik.
661M- Saidina Ali wafat dibunuh. Tamatnya pemerintahan Khulafa al-Rasyidin. Saidina Hasan (cucu Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam) kemudian diangkat sebagai Khalifah ke-5 Umat Islam menggantikan Saidina Ali.
661M- Setelah sekitar 6 bulan Khalifah Saidina Hasan memerintah, 2 kelompok besar pasukan Islam yaitu Pasukan Khalifah Saidina Hasan di Kufah dan pasukan Muawiyah di Damsyik telah siap untuk memulai suatu pertempuran besar. Ketika pertempuran hendak berlangsung, Muawiyah kemudian menawarkan rancangan perdamaian kepada Khalifah Hasan yang kemudian dengan pertimbangan persatuan Umat Islam, rancangan perdamaian Muawiyah ini diterima secara bersyarat oleh Khalifah Saidina Hasan dengan kekuasaan khalifah diserahkan oleh Khalifah Hasan kepada Muawiyah. Tahun itu kemudian dikenal dengan nama Tahun Perdamaian/Persatuan Umat (Am Jamaah) dalam sejarah Umat Islam. Sejak saat itu Muawiyah menjadi Khalifah Umat Islam yang kemudian dilanjutkannya dengan sistem Kerajaan Islam yang pertama yaitu pergantian pemimpin (Raja Islam) yang dilakukan secara turun temurun (Daulah Umayyah) dari Daulah Umayyah ini kemudian berlanjut kepada Kerajaan-Kerajaan Islam selanjutnya seperti Daulah Abbasiyah, Fatimiyyah, Usmaniyah dll.

KERAJAAN BANI UMAYYAH 

661M- Muawiyah menjadi khalifah dan mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah.
670M- Mara ke Afrika Utara. Penaklukan Kabul.
677M- Penawanan Samarkand dan Tirmiz. Serangan ke atas Constantinople.
680M- Kematian Muawiyah. Yazid I menaiki takhta. Peristiwa pembunuhan Saidina Hussein.
685M- Khalifah Abdul Malik menjadikan Bahasa Arab sebagai bahasa rasmi kerajaan.
700M- Kempen menentang kaum Barbar di Afrika Utara.
711M- Penaklukan Sepanyol, Sind, dan Transoxiana.
712M- Tentera Ummaiyyah mara ke Sepanyol, Sind, dan Transoxiana.
713M- Penaklukan Multan.
716M- Serangan ke atas Constantinople.
717M- Umar bin Abdul Aziz menjadi khalifah. Pembaharuan yang hebat dijalankan.
725M- Tentera Islam menawan Nimes di Perancis.
749M- Kekalahan tentera Ummaiyyah di Kufah, Iraq ditangan tentera Abbasiyyah.
750M- Damsyik ditawan oleh tentera Abbasiyyah. Kejatuhan Kerajaan Bani Ummaiyyah.


KERAJAAN BANI ABBASIYAH

752M- Bermulanya Kerajaan Bani Abbasiyyah.
755M- Pemberontakan Abdullah bin Ali. Pembunuhan Abu Muslim.
756M- Abd ar-Rahman I mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah Sepanyol.
763M- Penubuhan kota Baghdad. Kekalahan tentera Abbasiyyah di Sepanyol.
786M- Harun al-Rashid menjadi Khalifah.
792M- Serangan ke atas selatan Perancis.
800M- Kaedah sainstifik dicipta. Algebra dicipta oleh Al-Khawarizmi.
805M- Kempen menentang Byzantine. Penawanan Pulau Rhodes dan Cyprus.
809M- Kewafatan Harun al-Rashid. Al-Amin dilantik menjadi khalifah.
814M- Perang saudara di antara Al-Amin dan Al-Ma'mun. Al-Amin terbunuh dan Al-Ma'mun menjadi khalifah.
1000M- Masjid Besar Cordoba siap dibina.
1005M- Multan dan Ghur ditawan.
1055M- Baghdad ditawan oleh tentera Turki Seljuk. Pemerintahan Abbasiyyah-Seljuk bermula, yang kekal sehingga tahun 1258 apabila tentera Mongol memusnahkan Baghdad.
1085M- Tentera Kristian tawan Toledo (di Sepanyol).
1091M- Bangsa Norman tawan Sicily, pemerintahan Muslim di sana tamat.
1095M- Perang Salib pertama berlaku.
1099M- Tentera Salib tawan Baitulmuqaddis. Mereka membunuh semua penduduknya.
1144M- Nuruddin Zengi tawan Edessa daripada tentera Kristian. Perang Salib kedua berlaku.
1187M- Salahuddin Al-Ayubbi tawan Baitulmuqaddis daripada tentera Salib. Perang Salib ketiga berlaku.
1194M- Tentera Muslim menawan Delhi, India.
1236M- Tentera Kristian tawan Cordoba (di Sepanyol).
1258M- Tentera Mongol menyerang dan memusnahkan Baghdad. Ribuan penduduk terbunuh.Kejatuhan Baghdad. Tamatnya pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyyah-Seljuk.
1260M- Kebangkitan Islam. Kerajaan Bani Mamluk di Mesir (merupakan pertahanan Islam yang ketiga terakhir selepas Makkah dan Madinah) pimpinan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz menewaskan tentera Mongol di dalam pertempuran di Ain Jalut.


EMPAYAR TURKI UTHMANIYAH

1243M- Bangsa Turki yang hidup secara nomad menetap secara tetap di Asia Kecil.
1299M- Sebuah wilayah pemerintahan kecil Turki di bawah Turki Seljuk ditubuhkan di barat Anatolia.
1301M- Osman I mengisytiharkan dirinya sebagai sultan. Tertubuhnya Empayar Turki Uthmaniyyah.
1345M- Turki Seljuk menyeberangi Selat Bosporus.
1389M- Tentera Uthmaniyyah menewaskan tentera Serb di Kosovo.
1402M- Timurlane, Raja Tartar (Mongol) menumpaskan tentera Uthmaniyyah di Ankara.
1451M- Sultan Muhammad al-Fatih menjadi pemerintah.
1453M- Constantinople ditawan oleh tentera Islam pimpinan Sultan Muhammad al-Fatih. Berakhirnya Empayar Byzantine.
1520M- Sultan Sulaiman al-Qanuni dilantik menjadi sultan.
1526M- Perang Mohacs
1529M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna.
1571M- Perang Lepanto berlaku.
1641M- Pemerintahan Sultan Muhammad IV
1683M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna buat kali kedua.
1687M- Sultan Muhammad IV meninggal dunia.
1703M- Pembaharuan kebudayaan di bawah Sultan Ahmed III.
1774M- Perjanjian Kucuk Kaynarca.
1792M- Perjanjian Jassy.
1793M- Sultan Selim III mengumumkan "Pentadbiran Baru".
1798M- Napoleon cuba untuk menawan Mesir.
1804M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia pertama.
1815M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia kedua.
1822M- Bermulanya perang kemerdekaan Greece.
1826M- Pembunuhan beramai-ramai tentera elit Janissari. Kekalahan tentera laut Uthmaniyyah di Navarino.
1829M- Perjanjian Adrianople.
1830M- Berakhirnya perang kemerdekaan Greece.
1841M- Konvensyen Selat.
1853M- Bermulanya Perang Crimea.
1856M- Berakhirnya Perang Crimea.
1876M- Perlembagaan Uthmaniyyah diluluskan.
1878M- Kongres Berlin. Serbia dan Montenegro diberi kemerdekaan. Bulgaria diberi kuasa autonomi.
1908M- Jawatankuasa Perpaduan dan Kemajuan atau lebih dikenali sebagai Turki Muda ditubuhkan. Perlembagaan Uthmaniyyah dikembalikan. Austria menyerang Bosnia dan Herzegovina.
1912M- Perang Balkan pertama.
1913M- Perang Balkan kedua.
1914M- Empayar Uthmaniyyah memasuki Perang Dunia I sebagai sekutu kuasa tengah.
1919M- Mustafa Kemal Atatürk mendarat di Samsun.
1923M- Sistem kesultanan dihapuskan. Turki diisytiharkan sebagai sebuah Republik.
1924M- Pejabat khalifah dihapuskan. Tamatnya pemerintahan Empayar Turki Uthmaniyyah.


Allahu Robbi.. Allah.. Allah.. adakah sampai di sini sahaja kerajaan islam..
aku risau melihat syabab,
yang di telinganya hanya lagu-lagu mengagungkan dunia,
di bibirnya tiada lagi zikir dan selawat,
di mana martabat syabab islam,
di mana sinar syabab yang dulu membangunkan islam,
aku risau akulah syabab yang lupa itu..

cakap biar bermanfaat..

Tuesday, 15 January 2013

Sejarah





Sejarah bermula dengan seorang insan,
membawa risalah islam di tengah kejahilan,
tetap melangkah walau terseksa,
kerana di hatinya penuh cinta dan taat,
dialah kekasih Allah.

Dan kinilah penghujung sejarah,
Islam semakin dilupakan,
Islam semakin di tinggalkan,
Lalu muncul para jundullah,
Menegakkan islam walau terasing,
Menegakkan islam hingga terkorban,
Di tengah umatnya lebih menyukai JAHILIAH!
Umatnya semakin alpa,
umatnya tidak bersyukur,
umatnya melupakan sejarah,
sejarah yang bermula dengan keperitan,
lupa bahawa islam di sebarkan, ramai terkorban!

Wahai umat,
Kitalah umat akhir zaman yang semakin lupa,
Sejarah sudah sampai di perenggan terakhir
Maka tidakkah kamu tahu,
Allah itulah yang paling menepati janjinya,
Jika kamu menyangka,
Azab Allah itu hanyalah omongan kosong,
Maka kamu silap!
Wahai umat yang di hatinya tersinar cahaya,
Tetaplah berada di jalan ini,
Kerana inilah jalan yang Allah janjikan adn,
Iaitu syurga yang mengalir di bawahnya sungai2..

 CAKAP BIAR BERFIKIR <3
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...