Wednesday, 19 December 2012

SABAR ITU CANTIK ^.^




Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.

 "Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, 

"Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?" 

Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya,

 "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?" Jawab adiknya, 

"Baiklah kalau begitu ?" 

Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?" 

Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."


Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullh saw bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:" 

Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."


Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah saw bersabda,:

"Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang." Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah) 


Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.

kerana SABAR ITU CANTIK :)

Tak tahu ??




Kaki melangkah menuju dunia baru untukku,
Ke seberang lautan harapan menggunung,
Sungguh!
Hanya Engkau yang tahu apa mahuku,
Iaitu mendalami islam sebagai cara hidupku,
Namun ku sangka ianya begitu mudah,
Baruku tahu Engkau menguji jiwaku..

Marcapada ini, bila kita tanyakan pada pemuda dan pemudi  tentang hukum atau agama, majoritinya mengetahui hukum bahawa menutup aurat itu wajib, merokok itu haram, ber’couple’ itu haram dan sebagainya. Namun mengapa ramai dalam kalangan syabab masih berlagak ‘tak tahu ??’ budaya tak tahu ini kurang di ambil peduli oleh kerajaan dan ibubapa. Mereka juga kurang jelas bahawasannya pemuda dan pemudi zaman ini demam teruk tentang agama sendiri.

Sungguh pilihan untuk memberikan kemewahan dan membutakan generasi muda dengan wang dan hiburan yang jelas memesongkan pemikiran anak muda ini merupakan satu kesalahan besar yang patut diperbetulkan! Namun apakan daya, ibubapa turut ikut sama berkomplot agar muda-mudi yang seharusnya mencontohi Sultan Muhammad Al-Fateh selaku generasi muda yang berjaya bertukar wajah diri menjadi golongan muda yang tak tahu tentang agamanya sendiri. Mencintai K-pop melebihi Rasulnya.

BUDAYA TAK TAHU

Ana kategorikan ‘tak tahu’ sebagai budaya kerana zaman ini menular sikap manusia yang berpura-pura dan tidak ambil peduli mengenai agama islam. Bilamana di keluarkan hukum tentang COUPLE ITU HARAM, maka sepatutnya semua masyarakat islam yang syok bercinta terus memutuskan tali yang tidak pernahpun terikat di antara mereka. Namun pilihan remaja adalah, buat-buat tak faham dan tak tahu.
Sedangkan Allah tidak memberi pilihan kedua, kerana tiada istilah darurat oleh itu boleh ber’couple’. Selain itu, bila mana dalam al-quran Allah jelaskan pada kaum hawa tentang WAJIB menutup aurat:

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
                                                                                ( Surah An-Nur : 31 ) 
Allah menjaga kaum hawa dengan memerintahkan kaum hawa untuk menutup aurat, namun kaum hawa yang lupa pada wasiat Rasulullah dan Ayat Al-quran juga buat-buat TAK TAHU tentang suruhan ini. Menunggu seru yang sebenarnya telah lama sampai iaitu semenjak ayat ini di turunkan.
Hai manusia,
Andai saja kamu tahu,
Sungguh kamulah yang memerlukan ALLAH!
Dan bukan Allah yang memerlukanmu!
jika kamu menolak islam,
Maka seksa itu adalah ke atasmu,
Dan Allah,
Akan menggantikanmu dengan kaum lain yang lebih baik daripadamu,
Begitulah yang tercatat di sejarah islam,
Allah menggantikan kaumnya yang ingkar dengan kaum yang lebih baik !
Jika kamu terus dengan pendirianmu,
Bahawa kamu tidak ingin tahu!
Maka Allah tidak rugi apa-apa pun...


 ... Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma) Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu
                                                  ( Surah Muhammad : 38)

                               HanyaAllahlahtempatmemohonkeampunandanpertolongan. 

Monday, 17 December 2012

HUSNUDZON VS SU’UDZON

-->

“ Eh kau tengok budak tu, pakai tudung pun macam tak pakai je aku tengok, pe hal”
“Eh, kau tengok tu pula, berdua-duaan pula, baik nikah je”
“ Eh kau tau tak, dia tu pengkid tau, tak tahu halal haram ke.”
“Wah dia dah pakai tudung labuh nampak, bajet baik lah tu”

Sungguh mengecewakan bilamana ayat inilah yang sering terdengar pada bibir manusia termasuklah seorang PENDAKWAH. Merasa terlalu hebat dan lebih baik berbanding manusia lainnya, sedangkan manusia itu sama sahaja, yang membezakan kita adalah takwa.
Husnudzon bermaksud bersangka baik, tidak kiralah kepada nikmat dan dugaan Allah, kepada manusia , dan kepada diri sendiri. Berbeza dengan su’udzon, yang membawa definisi sebagai bersangka buruk tentang apa-apa perkara yang dilihat ataupun dipandang.  Situasi merimaskan masa kini adalah masalah HUSNUDZON dan SU’UDZON yang melanda pemikiran masyarakat dunia, tidak kira negara manapun. Tidak tahu dari mana kita di doktrin dengan terfikir untuk bersangka buruk pada manusia, sedangkan Allah telahpun memberi amaran keras dalam ayat cintaNya:
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”
                                                              (Surah Al-Hujuraat : 12 )
     Sungguh gejala bersangka buruk ini terlalu banyak memakan hati dan masyarakat kita untuk jauh daripada ukhuwah islamiyyah antara muslim. Bukan itu sahaja malahan, su’udzon ini turut memberi impak pada insan yang mula untuk berbuat kebaikan. Andai saja kita tahu, bahawa peratusan manusia yang ingin kembali pada fitrah islam itu sangatlah besar namun terhenti serta merta hanya kerana gejala ‘su’udzon’ yang merayap di celah-celah pemikiran masyarakat yang mula melihat bilamana ada manusia yang mulai untuk mendekati islam, mereka memandangnya satu penipuan dan satu pembohongan! Sedangkan urusan hati itu merupakan urusan antara manusia dengan Allah.
     Begitu juga dengan para pendakwah marcapada ini, melihat mad’u terlalu kotor hingga tiada ruang untuk diperbaiki. Satu gejala buruk yang melanda masyarakat pendakwah sungguh perlu diperbaiki dan di ubati. Cuba kalau pendakwah tersebut bersangka baik dan cuba untuk mendekatkan diri pada mereka yang mula mendekati islam, memperkenalkan islam pada mad’u tanpa ada sedikit pun sangkkan buruk terhadap mad’u, seperti mana yang kita lihat uslub Rasulullah menyeru manusia kepada islam semasa kisah di Taif.
Ketika Rasulullah menjejakkan kakinya ke Taif bersama Zaid membawa risalah islam bersamanya, menyeru umat Taif untuk menghayati kalimah ‘La ila ha ilallah, Muhammadar Rasulullah’. Namun di tolak keras oleh umat Taif di ikuti dengan lontaran batu ke arah Kekasih Allah, Muhammad Rasulullah SAW hingga berdarah kaki-kaki Rasulullah, diriwayatkan darah yang mengalir terlalu banyak hingga bertakung dalam sepatu Rasulullah.
“Ya Allah, kepada-Mu aku mengadu. Aku hanyalah hamba-Mu yang lemah. Aku mengaku penghinaan manusia terhadapku," doa baginda sewaktu dalam perjalanan.
Malaikat Jibrail mendengar doa itu. Lalu meminta kebenaran untuk menurunkan bala ke atas penduduk Taif. Baginda tidak membenarkannya.  Baginda berdoa kepada Allah supaya memberikan rahmat dan hidayah kepada orang-orang yang telah menghina dan mencaci baginda. 
Dengan cacian, hinaan manusia serta dugaan yang Allah berikan pada baginda, baginda tetap bersangka baik pada penduduk tersebut dengan tetap mendoakan agar mereka diberi hidayah dan kerana mengetahui bahawa mereka adalah umat yang tidak tahu , dan tetap bersangka baik dengan dugaan Allah itu tanpa pernah merungut.
Inilah acuan yang terbaik yang kita patut lihat dan seharusnya diikuti para pendakwah dan masyarakat.
Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan :
1.      Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu.
Ucapkan dalam hatimu : “Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”.
2.      Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : “Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku”..
3.      Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu): “Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku.”
4.      Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu): “Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku.”
5.      Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) : “Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku.”
6.      Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) : “Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

Kepentingan untuk kita bersangka baik pada setiap manusia agar hidup lebih bermakna dan lebih baik. Kerana kita lihat bersangka baik ini mampu mengubah masyarakat sekeliling kita, jangan sampai kita membantutkan manusia yang ingin kembali pada Allah. Manakala bersangka buruk yang sekian lama telah tumbuh dalam masyarakat kita haruslah di hapuskan daripada terus menular, mungkin penyakit bersangka buruk ini tidak ada penyelesaiannya kecuali dengan belajar mengenali Allah, malahan seringkali dipandang remeh oleh kerajaan dan masyarakat. Sungguh sebenarnya SU’UDZON ini adalah penyakit serius yang seharusnya dikaji penyelesaiannya.
 


Namun husnudzon juga ada batasnya, iaitu jikalau terlihat maksiat, konsep husnudzon boleh di aplikasi tetapi seiring dengan tindakan, ana bagi satu contoh.






Apabila kamu melihat ada sepasang lelaki dan perempuan berdua-duaan di sebuah pondok sambil berpeluk-pelukan, husnudzon daripada mengatakan mereka adalah pasangan yang haram, tetapi bertindak untuk bertanya samada mereka sudah ada ikatan ataupun tidak ada, jikalau tidak ada maka teruskan langkah seterusnya iaitu menyeru pada kebaikan. 



Sekadarpendapatyangdaifdarianatentangisuini...



CAKAP BIAR BERTINDAK...                                              originally from : ^HAPSAH^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...