Monday, 15 July 2013

JOM KASI BASAHKAN TIKAR SEJADAH!


Mata tertutup rapat,
Airmata mengalir,
Ku cium Quran di genggamanku,
Baru saja ku baca ayat cintaMu,
Badan menggeletar,
Tersembam tanpa daya,
Jiwa berdosa ini,
Malu menghadapMu Ya Allah,
Seringkali kubaca azab buat yang ingkar,
Tapi ku pandang remeh,
Kini aku bertatih,
Mengharap cintaku padaMu semakin bertambah,
Menghakis dosa-dosa semalam..

Assalamualaikum sahabat-sahabat tersayang. Waa dah masuk Ramdahan, Alhamdulillah Allah menemukan aku dengan ramadhan kali ini. Mungkin ramadhan terakhirku, mungkin jugak bukan. Tapi kita hambaNya manalah tahu umur kita ni takat mana kan.. Takkan degupan mulai lesu, kaki mulai kaku, badan menggeletar baru nak taubat kan. Allah jadikan kematian sebagai rahsia, tidak ada sesiapa pun hambaNya yang dapat tahu bila saat kematiannya, so Allah mahu kita mengambil masa yang ada sebagai masa untuk bertaubat. Sentiasa bersedia untuk menghadapNya. Ramadhan kali ini, ana xmau tersia-sia macam ramadhan lepas. Ya Allah diterimakah Ramadhanku yang lepas..

Sebenarnya lama tidak menconteng-conteng blog ana yang kian berhabuk ni, jap mau bersihkan habuk2 tu kejap.. sambil tu ana bagi antum baca ayat Quran ni sebagai iklan yaa..

Katakanlah! Wahai hamba-hamba Ku yang melampaui batas terhadap dirinya sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnyanya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan Kembalilah kamu kepada Tuhanmu dan berserah dirilah kepadaNya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi)”.
       (az-Zumar: 53-54)
Huh, Akhirnya bersih jugak blog ana ni.. sorilah kalau iklan lama sikit, menyapu tadi.. habuk penuh la kat blog ana ni.. haish.. nanti nak upah orang gaji lah tolong bersihkan blog ana ni. Eh dah habis baca ka ayat tadi ?

Peringatan dan amaran penting daripada Allah buat hambaNya, Allah adalah majikan yang sangat baik dan sangat Maha Pengampun. Dia sentiasa memberi peluang xkisahlah keribu2 kali kita ulang dan mohon ampun, hinggalah mati datang depan pintu rumah mahu menjemput roh. (bukan mati, tapi malaikat maut.) Allahu Robbi, Allah kata memohonlah keampunan , teruskan memohon ampun dan bertaubat, selagi ada waktu. Sebelum tibanya masa masa kebangkitan semula, ketika itu semua roh sudah mati dan dihidupkan kembali, masa untuk Allah ‘memeriksa’ samada kita lulus ‘kertas peperiksaan ’ untuk masuk syurga or gagal dan terhumban ke neraka. Saat itu Allah ingatkan, banyak kali dalam al-Quran, yang kita sudah tidak mampu kembali ke dunia dan tidak mampu lagi memohon taubat..

Contohnya macam ni lah kan..
“ Alamak aku dismiss la... macamana ni.. matilah aku” kata AKU
“ Engkau tak mati lagilah.. hadoih.. ” jawab kawannya..
“ haish ko ni, aku serius ni...” berkerut 30 jalur..
“ Aku pun seriuslah, ko kan ada kat depan aku lagi, xmati lagi.. cumanya result ko tu yang ‘mati’ “
“ Aku nak jumpa lecturer la, nak merayu untuk masuk balik.. ”
“memang xdapat lah kan.. nama ko dah dikeluarkan dalam sistem. Mana dapat dah, tulah dulu aku kata blaja leklok, ko asyik syok je dengan gulifrend ko tu.. tu laaaa ” mata tersembol keluar...
“ TIDAAAKKKKKKKKKkkkkkkkkkkkkkk....!!!!” jerit aku....
“ HAHAHAHAAHA... tulaaaaaa.. ” senyum menakotkan..
( pesanan : jangan jadi kawan yang macam sorg ni, xbagi semangat langsung. Kalau aku lah, dah sepak hingga ke benua sebelah..)

Huh , dapat bayangkan tak?? Macam tulah kat akhirat nanti.. Manusia menyesali setelah mendiami neraka. Ana bagi lagi satu ayat buat refreshing minda2 yang sudah busuk..

“Maka mengapa mereka tidak mahu bertaubat kepada Allah dan memohon ampun kepadaNya? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.     
                                                                                                (Al-Maidah, 74)
Nampak kan ?? manusia sombong. Ramai di antara kita, bergerak laju-laju atas bumi, lenggang lenggok , angkuh sekali, tidak mengharap dan tidak meminta kepada Allah untuk memudahkan urusan. Yakin kita mampu tanpa ada Allah disisi.. astaghfirullah.. mintak dijauhkan, kalau rasa-rasa macam sudah ada, amik pisau kikis segera. Nampak longkang sebelah idung, buang sifat tu dengan segera. Manusia sombong, buang jauh Quran dari hidup tapi hakikatnya jahil melekat pada wajah dan tubuh. Merobek-robek islam dari diri. Hanya yang penting adalah dunia, al maklumlah hidup hanya sekali, muda hanya sekali.

Yang sebenar hakikatnya hidup adalah dua kali, muda juga dua kali. Hidup selepas dibangkitkan adalah yang kekal abadi.

Oleh itu pada post hari ini, kita singkap kembali berapa sombongnya diri kita, korek dalam2 hingga sampai ke kerak bumi, cari kesalahan diri, listkan di dada masing-masing. Koreksi dalam-dalam hingga botak jiwa kita. Dan YA! Inilah waktunya kita berdansa gembira (di bilik masing-masing) kerana Allah bagi peluang buat kita untuk bertaubat di bulan suci ini.. masa untuk melekat dengan sejadah dan telukung serta Quran.

Siapa mahu masuk syurga??? Angkat tangan, angkat tangan.. yang tak mandi lagi, angkat tangan jauh2 ya, blog ana ni baru dibasuh, takut melekat bau nya.. maaf..

Semua mau terbang ke syurga, kalau lah ada tiket untuk ke syurga, biar berjuta2 pun semua orang sanggup pg.. tapi syurga lebih mahal daripada juta dan trilion. Syurga hanya buat orang-orang yang dekat dirinya dengan Allah. Anda kah orangnya?? Ataupun anda orangnya?? Maaf ana pun tak tahu. M

So! Konklusinya, ambil peluang keemasan ini RAMADHAN kareem untuk gandakan taubat, biar sampai licin dan bersinar kembali hati yang telah lama menghitam kerana jerebu haritu..

Biarlah air mata kita sebulan ini hanya untuk taubat di tikar sejadah, bukan air mata yang sia2 untuk cinta bodoh buat yang bukan mahram.

Jom sama2 kasik banjir tikar sejadah dengan air mata.. J

Ramadhan Kareem (jawab Allahu Akram)


Sunday, 14 July 2013

Ramadhan:Cintaku berputik lagi!



Meninjau cinta di jendela hidupku,
Syukur ku panjat kepadaMu,
Memberi peluang kepadaku,
Untuk terus berjumpa Ramadhan bulan suciMu,
Mengangkat azam di bulan Syaaban,
Untuk tidak ingin tonggang terbalik menjemput Ramadhan,
Kelak hanya seperti sebelum-sebelumnya tersia2 Cuma,
Segala usia menunggu Ramadhan menjelma,
Akhirnya tiada usaha merebut peluang depan mata.

Doaku agar Dia menjemput aku ke Ramadhan tahun ini,
Dan akhirnya benar Dia masih memberi peluang buat diri,
Untuk menghirup cinta di udara Ramadhan,
Sarat dengan semangat insan lainnya mencari cinta Khaliq,
Aku turut ingin seperti mereka,
Kerana aku tidak ingin hanya mereka yang mendiami syurga kelak,
Biar sama2 melangkah kaki ke usia Ramadhan,
Dengan membulat niat hanya buat RedhaNya,
Dan harum syurgaNya…


Aku cinta Ramadhan  J

Tuesday, 18 June 2013

Dakwah tanpa cinta




Aku risau melihat diriku dan kamu,
Begitu sibuk menuntun kata-kata,
Kata-kata indah bait-bait puisi,
Namun ditepian kolam dirimu,
Engkau tinggalkan adab dan akhlak,
Tertinggal di bangku lusuh yang kau duduk semalam,
Hingga bila engkau berbicara,
Angin berpasir  yang mereka rasa,
Rimas dan menyakitkan tekak..

“ Dakwah itu cinta ! “ jeritan penuh semangat adik-adik pejuang agama ketika menghadiri satu kem motivasi yang menekankan tentang kepentingan dan kewajipan berdakwah sebagai seorang hamba Allah.

Dakwah itu cinta, tanpa cinta tiada dakwah. Bila disebut sahaja perkataan puitis ini, iaitu cinta, remaja khususnya menafsir perkataan ini dengan cinta antara dua jiwa, iaitu kaum hawa dan adam.
Begitu kuat penangan cinta pada jiwa seseorang, lelaki yang kaya sanggup menjadi miskin kerana seorang perempuan yang dicintainya, seorang ibu sanggup mati hanya kerana cinta yang tertanam buat anaknya. Sungguh cinta itu bukannya sesuatu yang boleh dilakonkan, seperti mana dakwah, dakwah adalah mengajak seseorang daripada murka Allah kepada cinta Allah. Dakwah itu menemukan insan kepada cinta buat Khaliq.

Dakwah tanpa cinta, ibarat pohon tanpa buah.

Ramai orang mengajak manusia kepada islam, ramai orang menegur manusia agar menjauhi zina, ramai orang yang rancak menyusun kata di lorong-lorong mukabuku untuk menyebarkan islam. Namun  berapa ramai orang yang mengajak kerana cinta mereka kepada saudara seislam yang lain? Berapa ramai dai’e yang menggunakan unsur arahan bukan unsur mengajak dalam menyedarkan umat tentang hukum hakam islam?

Ternyata sedikit cuma yang menyedari tentang beza antara MENGAJAK dengan MENGARAH dalam isu menyedarkan umat islam agar kembali pada fitrah.

Dakwah tanpa cinta, boleh di ibaratkan dengan pohon tanpa buah. Pohon yang semakin banyak mengumpul daun kering, batang semakin memburuk, namun hingga akhirnya masih tidak berbuah.

Meletak cinta di dalam dakwah

Terdapat beberapa perkara penting yang harus di pertimbangkan dalam usaha meletakkan cinta di dalam berdakwah,

1. Faham

Perkara pertama yang digariskan oleh Imam Hassan Al-Banna dalam rukun Baiah adalah faham. Imam Hassan Al-banna menggariskan kefahaman adalah perkara penting yang harus ada dalam diri setiap pendakwah, faham tentang kepentingan berdakwah, faham tentang kewajipan berdakwah, faham tentang setiap perkara yang dilakukan. Dengan kefahaman yang jelas, barulah dai’e tahu matlamat sebenar berdakwah dan mengajak manusia kepada Allah.

      2. Ikhlas

Firman Allah swt:
Maksudnya: “Dan tidaklah diperintah kepada mereka melainkan dengan mengabdikan diri kepada Allah dengan ikhlas dalam menjalankan perintah agama dengan lurus”(Al Bayyinah : 5)

Ikhlas adalah perkara penting yang kena ada dalam diri setiap dai’e. Dengan pancaran ikhlas yang ada dalam diri du’at akan melahirkan du’at yang begitu teguh dan istiqamah dalam mengajak mad’u kepada islam. Peranan ikhlas adalah sangat besar terutamanya dalam mengajak manusia kepada fitrah, dengan titipan ikhlas, du’at tidak mudah melatah apabila ditimpa masalah sewaktu berdakwah, du’at akan mencari pelbagai cara untuk menarik manusia daripada cinta kepada dunia , bertukar cinta kepada Allah. Duat juga sanggup menempuh pelbagai dugaan yang mendatang. Itulah kekuatan ikhlas dalam berdakwah, yang akhirnya melahirkan cinta dalam dakwah.

      3.  Akhlak

Salah satu perkara yang paling penting dalam melahirkan cinta di dalam dakwah adalah dengan melahirkan du’at yang akhlaknya indah. Kita ambil ibrah semasa zaman cinta Rasulullah, Rasulullah yang terkenal dengan kesempurnaan akhlak , mampu menarik manusia yang jahil kepada cinta Allah hanya kerana keindahan akhlak yang terpancar dalam diri Rasulullah. Malahan kerana keindahan akhlak yang ada pada Rasulullah mampu membuat musuh-musuh Rasulullah turut mengaguminya. Bagaimana pula dengan akhlak kita? Kadangkala kerana akhlak du’at zaman millennia ini yang menyebabkan manusia semakin menjauhi islam.

     4. Ibadah

Cantik hubungan dengan Allah maka cantiklah hubungan kita dengan manusia. Ibadah yang terjaga, hati yang bersih, jiwa yang sentiasa mengingati Allah mampu menarik mad’u agar mudah menerima kata-kata nasihat daripada du’at. Salah satu sebab terhalangnya penerimaan mad’u kepada indahnya islam, adalah kerana du’atnya yang tidak menjaga hubungan dengan Allah, hatinya yang kotor. Oleh kerana itu, mulai saat ini para du’at haruslah memaksimakan usaha membersih kotor dihati agar cinta terhias di setiap jalan dakwah.

Contohi rasulullah.

Nabi Muhammad SAW bukan sahaja mempunyai ketokohan dari aspek kepimpinan baginda sebagai nabi dan rasul tetapi baginda adalah role model terbaik dalam mengajak manusia kepada fitrah iaitu islam. Ketokohan Rasulullah dalam membawa cinta dalam dakwah terbukti, dimana semua sahabat-sahabat nabi begtu mencintainya dan sanggup berkorban nyawa semata-mata untuk menyelamatkan Rasulullah daripada diserang musuh.

Rasulullah tidak pernah memandang rendah dan memandang jijik terhadap insan yang menjauhi islam, malahan rasulullah mencintai umatnya walaupun umatnya ingkar. Begitu juga dengan du’at masa kini, seharusnya membawa dakwah dengan cinta, bukan dengan benci.

Membawa manusia kepada cinta Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...