Andai saja engkau tahu,
perjuangan ini payah,
maka kamu akan meninggalkannya..
Andai saja engkau mengerti,
menggenggam kejayaan itu payah,
maka pasti engkau akan berputus asa..
Namun hawa,
andai saja engkau tahu,
dijanjikan Syurga buat
Syuhada',
dijanjikan rahmat buat
syuhada'
dan
dijanjikan kebahagian buat
syuhada'
dari Khaliq yang Maha Agung,
tentu saja engkau akan berjuang!
tentu saja engkau ingin berkorban!
kerana hawa,
Nusaibah sudah mencipta sejarah
JIHADnya,
Khadijah sudah mengorbankan seluruh
HARTAnya,
mereka bukan hanya menangis,
tetapi TERKORBAN.
sesungguhnya, tangisanmu tidak membantu
perjuangan,
tetapi pengorbanan jiwa dan hartamulah yang akan membantu
perjuangan ini..
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta-benda mereka dengan (balasan), bahawa mereka akan beroleh syurga (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah didalam (kitab- kitab) Taurat dan Injil, serta Al Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jualbelinya itu dan (ketahuilah bahawa) jualbeli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. (at-taubah : 111)
REDHA ALLAH ITU MAHUKU... (''V'')
'V'