perjalananku,
melalui lorong2 yang penuh darah dan nanah,
baunya menusuk.
dulu,
kisah hidupku,
penuh dengan alpa dan lupa,
merasa selesa walau dunia sengsara,
merasa rindu dengan hinanya dosa,
merasa janggal bila berbuat pahala..
kini,
alhamdulillah,
baru ku sedar darah dan nanah yang selama ini disekelilingku,
baru ku sedar ku perlu kembali pada fitrahku,
baru ku sedar siapa penciptaku..
rupa-rupanya,
dunia ini menipuku,
dunia ini melalaikanku,
kerajaan ini menipuku,
kerajaan ini melalaikanku,
daripada bangkit mengenggam agama,
meletakkannya sebagai pemenang.
sahabat,
terus bangkit bersama,
menuju cinta dan redhaNYa,
walau terpaksa syahid di tengah jalan,
kerana di akhir perjuangan mu,
syurga menanti..
Allahu akbar!