MISKIN. Satu
perkataan yang amat ditakuti oleh semua orang. Bilamana disebutkan tentang
miskin, pasti yang kita bayangkan adalah rumah buruk dan baju lusuh, bukan?.
Kemiskinan yang menjadi kebencian semua umat manusia tidak kira di mana-manapun
pelusuk dunia, fikiran yang sama tentangMISKIN. Melihat kemiskinan adalah sesuatu yang tidak bertamadun dan
ketinggalan zaman, melihat kemiskinan itu hina dan kotor dan pelbagai lagi
tanggapan tentang miskin yang majoritinya adalah tanggapan negatif.
BANGSAKU MISKIN?
Negeri sabah.
Kemiskinan yang melanda bangsaku di sabah amat menyedihkan, namun yang lebih
menyedihkan apabila tidak ada satupun penyelesaian yang ana lihat berkesan
untuk membasmi kemiskinan yang melanda negeri sabah terutamanya di bahagian
pedalaman sabah.
Andai saja kita
lihat dan turun padang , melihat sendiri kesengsaraan rakyat sabah kerana
terbelenggu dengan kemiskinan, pasti menyayat hati setiap insan. Apa yang ana
lihat, di pedalaman sabah, 80% penduduk pedalaman sabah tidak bergaji dan hanya
bergantung dengan bertani kecil-kecilan. Malahan ramai anak gadis dan pemuda
sabah yang berasal dari pedalaman terpaksa berhijrah ke ibu kota untuk
mendapatkan pekerjaan, namun harapan sesetengah orang itu terkubur bila ditipu
dan lain pula cerita dengan anak gadis yang terpaksa menjual diri untuk membawa
balik duit buat keluarga di pedalaman.
FENOMENA GANJIL
Satu fenomena
ganjil buat ana , bila melihat Sabah yang sepertinya mempunyai ‘dua benua terpisah’ apabila ana merantau
ke Kota Kinabalu , boleh ana sebut sebagai‘kuala lumpur nombor 2’ kerana
kemajuan yang melanda Kota ini begitu hebat. Namun bila ana meneropong
kehidupan di pedalaman, jalan yang tidak berturap, menggunakan generator untuk
menjadi penjana elektrik, menggunakan air bukit, penduduk yang buta teknologi
dan jauh kebelakang jika dibandingkan dengan masyarakat bandar.
Fenomena yang ana
lihat dijadikan kebiasaan oleh pihak kerajaan, tanpa ada apa-apa penyelesaian
yang berterusan dari pihak berkenaan untuk membanteras kemiskinan harta dan
ilmu yang melanda masyarakat bangsaku di pedalaman.
SABAH MISKIN?
Menyebut sabah
miskin adalah sesuatu yang tidak masuk akal, kerana kekayaan hasil tanah yang
subur dan hasil minyak yang begitu banyak, merupakan menyumbang besar kekayaan
Malaysia dengan minyak yang begitu banyak dan kelapa sawit yang merupakan 65%
daripada bumi sabah.
Namun inikah
hasil daripada kekayaan yang datang dari perut bumi sabah ? hinggakan dipandang
rendah biar berpijak di mana-mana pun. Dengan duit yang bertimbun-timbun datang
dari Petronas yang majoritinya daripada minyak sabah, pedalaman sabah masih
juga dalam keadaan yang sama seperti 70tahun yang lalu.
Ana keliru, dan
buntu melihat sabah yang mundur namun mengeluarkan begitu banyak hasil minyak.
Sama seperti
Kelantan yang agak mundur dan mempunyai peratusan penduduk miskin yang agak
sama dengan negeri sabah. Hasil minyak yang ana kira boleh menampung untuk
meningkatkan kemajuan kelantan kerana mempunyai negeri yang agak kecil
berbanding sabah, namun hasil nya kemiskinan yang masih menular kelantan.
Ana berpijak di
bumi kelantan, melihat negerinya yang begitu sederhana namun hasil bumi yang
sangat kaya. Terlalu kontra namun di manakah penyelesaiannya. Namun bila kita
lihat Kuala Lumpur, Shah Alam yang menjadi kebanggaan seterusnya mengangkat
‘darjat’ penduduknya yang dilabelkan sebagai penduduk bandar, kerana kemajuan
yang tidak pernah terhenti dilakukan. Namun bila kita lihat dan korek buminya,
tiada hasil bumi. Dari manakah kekayaan itu?
Begitu diberi
perhatian yang tinggi oleh kerajaan untuk menutup mata penduduk bandar dengan
kemiskinan yang melanda penduduk pedalaman yang seharusnya diberi perhatian lebih
oleh kerajaan.
KERAJAAN KHILAFAH ISLAM
Bila kita renung
kembali sejarah kebangkitan islam semasa Khillafah islam sewaktu pemerintahan
Saidina Umar al-Khattab, negara islam keseluruhannya mengalami kemajuan yang
amat menyerlah. Kita lihat kemajuannya dalam membangunkan Institusi Baitul Mal
yang akhirnya dapat membanteras kemiskinan yang melanda penduduk secara
keseluruhan. Kewujudan Zakat yang dijalankan dengan kemas dan teratur mampu
mengubah gaya hidup penduduk. Sehinggakan dikatakan mempunyai zakat berlebihan.
Kejayaan Saidina
Umar secara syumul dari segi pendidikan, kewangan, ketenteraan dan semua segi
mampu membuktikan pada sejarah peradaban dunia, bilamana islam dijalankan
dengan syumul , mampu mentamadunkan masyarakat bukan dari sudut pembangunan
fizikalsahaja tetapi juga dari semua
sudut.
Kekuatan
pendidikan dan kesedaran umat pada zaman itu tentang perlunya ilmu, mampu
mengubah fikiran umat dengan lebih kehadapan berbanding tamadun-tamadun lain.
Kejayaan Kerajaan
Bani abbasiyah, Bani Uthmaniyyah dapat membuktikan kemiskinan ‘ZERO’ dan banyak
penghasilan baru yang ditemui menjadi bukti kegemilangan kerajaan islam yang
dapat membentuk insan yang kaya dengan ilmu dan akhlak.
Namun kita lihat
Malaysia yang ana kira lupa sejarah islam tidak mengambil iktibar daripada
sejarah, mengambil mudah dengan kemajuan akhlak dan tidak mengambil islam
secara menyeluruh menyebabkan ketidakstabilan dan masih banyak kelompongan yang
melanda Malaysia. Termasuklah penghayatan ILMU dalam kalangan masyarakat islam
terutamanya. Itulah punca sebenar yang melanda Malaysia, masalah kemiskinan
harta dan ilmu di pedalaman, masalah kemiskinan akhlak di bandar semuanya
kerana tidak mengambil islam sebagai wadah pemerintahan.
MISKIN HARTA DAN ILMU
Satu gejala
serius yang kerajaan terlepas pandang adalah kemiskinan HARTA dan Kemiskina ILMU
yang melanda masyarakat Malaysia. Merasakan dengan memberikan pelbagai bantuan
dari sudut kewangan pastinya dapat mengubah taraf hidup dan pemikiran
masyarakat kita. Satu penyelesaian yang ana lihat sangat teruk dan tidak
menyelesaikan apa-apa masalah langsung.
Kemiskinan HARTA dan ILMU dapat diselesaikan apabila kekayaan ilmu yang ada dalam diri
setiap manusia akan melonjakkan semangat mengubah cara hidup. Sesungguhnya
islam itu mengeluarkan umatnya daripada kesesakan hidup kepada ketenangan
hidup. Islam yang mengajar umatnya BERJIHAD (bersungguh-sungguh) dalam apa jua
perkara pastinya dapat menyelesaikan masalah kemiskinan yang melanda umat
islam.