-->
“
Eh kau tengok budak tu, pakai tudung pun macam tak pakai je aku tengok, pe hal”
“Eh,
kau tengok tu pula, berdua-duaan pula, baik nikah je”
“
Eh kau tau tak, dia tu pengkid tau, tak tahu halal haram ke.”
“Wah
dia dah pakai tudung labuh nampak, bajet baik lah tu”
Sungguh mengecewakan bilamana ayat inilah yang sering
terdengar pada bibir manusia termasuklah seorang PENDAKWAH. Merasa terlalu
hebat dan lebih baik berbanding manusia lainnya, sedangkan manusia itu sama
sahaja, yang membezakan kita adalah takwa.
Husnudzon bermaksud bersangka baik, tidak kiralah kepada
nikmat dan dugaan Allah, kepada manusia , dan kepada diri sendiri. Berbeza
dengan su’udzon, yang membawa definisi sebagai bersangka buruk tentang apa-apa
perkara yang dilihat ataupun dipandang. Situasi
merimaskan masa kini adalah masalah HUSNUDZON dan SU’UDZON yang melanda
pemikiran masyarakat dunia, tidak kira negara manapun. Tidak tahu dari mana
kita di doktrin dengan terfikir untuk bersangka buruk pada manusia, sedangkan
Allah telahpun memberi amaran keras dalam ayat cintaNya:
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah
kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang)
kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah
kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah
setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka
memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat)
maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan
yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima
taubat, lagi Maha mengasihani.”
(Surah Al-Hujuraat : 12 )
Sungguh gejala
bersangka buruk ini terlalu banyak memakan hati dan masyarakat kita untuk jauh
daripada ukhuwah islamiyyah antara muslim. Bukan itu sahaja malahan, su’udzon
ini turut memberi impak pada insan yang mula untuk berbuat kebaikan. Andai saja
kita tahu, bahawa peratusan manusia yang ingin kembali pada fitrah islam itu
sangatlah besar namun terhenti serta merta hanya kerana gejala ‘su’udzon’ yang
merayap di celah-celah pemikiran masyarakat yang mula melihat bilamana ada
manusia yang mulai untuk mendekati islam, mereka memandangnya satu penipuan dan
satu pembohongan! Sedangkan urusan hati itu merupakan urusan antara manusia
dengan Allah.
Begitu juga
dengan para pendakwah marcapada ini, melihat mad’u terlalu kotor hingga tiada
ruang untuk diperbaiki. Satu gejala buruk yang melanda masyarakat pendakwah
sungguh perlu diperbaiki dan di ubati. Cuba kalau pendakwah tersebut bersangka
baik dan cuba untuk mendekatkan diri pada mereka yang mula mendekati islam,
memperkenalkan islam pada mad’u tanpa ada sedikit pun sangkkan buruk terhadap
mad’u, seperti mana yang kita lihat uslub Rasulullah menyeru manusia kepada
islam semasa kisah di Taif.
Ketika Rasulullah menjejakkan kakinya ke Taif bersama
Zaid membawa risalah islam bersamanya, menyeru umat Taif untuk menghayati
kalimah ‘La ila ha ilallah, Muhammadar Rasulullah’. Namun di tolak keras oleh
umat Taif di ikuti dengan lontaran batu ke arah Kekasih Allah, Muhammad
Rasulullah SAW hingga berdarah kaki-kaki Rasulullah, diriwayatkan darah yang
mengalir terlalu banyak hingga bertakung dalam sepatu Rasulullah.
“Ya
Allah, kepada-Mu aku mengadu. Aku hanyalah hamba-Mu yang lemah. Aku mengaku
penghinaan manusia terhadapku,"
doa baginda sewaktu dalam perjalanan.
Malaikat Jibrail mendengar doa itu. Lalu meminta
kebenaran untuk menurunkan bala ke atas penduduk Taif. Baginda tidak
membenarkannya. Baginda berdoa kepada
Allah supaya memberikan rahmat dan hidayah kepada orang-orang yang telah
menghina dan mencaci baginda.
Dengan cacian, hinaan manusia serta dugaan yang Allah
berikan pada baginda, baginda tetap bersangka baik pada penduduk tersebut
dengan tetap mendoakan agar mereka diberi hidayah dan kerana mengetahui bahawa
mereka adalah umat yang tidak tahu , dan tetap bersangka baik dengan dugaan
Allah itu tanpa pernah merungut.
Inilah acuan yang terbaik yang kita patut lihat dan
seharusnya diikuti para pendakwah dan masyarakat.
Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani
untuk sentiasa bersangka baik sesama insan :
1.
Jika
engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu.
Ucapkan dalam
hatimu : “Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi
dariku”.
2.
Jika
bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : “Anak ini belum bermaksiat
kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak
ini jauh lebih baik dariku”..
3.
Jika
bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu): “Dia telah beribadah kepada
Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku.”
4.
Jika
bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu): “Orang ini
memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak
akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya,
tentu dia lebih baik dariku.”
5.
Jika
bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) : “Orang ini
bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat
kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir
umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku.”
6.
Jika
bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) : “Aku tidak tahu
bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan
beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat
buruk.
Kepentingan untuk kita bersangka baik pada setiap manusia
agar hidup lebih bermakna dan lebih baik. Kerana kita lihat bersangka baik ini
mampu mengubah masyarakat sekeliling kita, jangan sampai kita membantutkan
manusia yang ingin kembali pada Allah. Manakala bersangka buruk yang sekian
lama telah tumbuh dalam masyarakat kita haruslah di hapuskan daripada terus
menular, mungkin penyakit bersangka buruk ini tidak ada penyelesaiannya kecuali
dengan belajar mengenali Allah, malahan seringkali dipandang remeh oleh
kerajaan dan masyarakat. Sungguh sebenarnya SU’UDZON ini adalah penyakit serius
yang seharusnya dikaji penyelesaiannya.
Namun husnudzon juga ada batasnya, iaitu jikalau terlihat
maksiat, konsep husnudzon boleh di aplikasi tetapi seiring dengan tindakan, ana
bagi satu contoh.
Apabila kamu melihat ada sepasang lelaki dan perempuan
berdua-duaan di sebuah pondok sambil berpeluk-pelukan, husnudzon daripada
mengatakan mereka adalah pasangan yang haram, tetapi bertindak untuk bertanya
samada mereka sudah ada ikatan ataupun tidak ada, jikalau tidak ada maka
teruskan langkah seterusnya iaitu menyeru pada kebaikan.
Sekadarpendapatyangdaifdarianatentangisuini...
CAKAP BIAR BERTINDAK... originally
from : ^HAPSAH^