Setiap insan punya ceritanya sendiri,
Tidak kira miskin atau kaya,
Masing-masing miliki cerita tentangnya,
Masing-masing merasa gembira, duka dan derita,
Mungkin ada manusia yang tidak faham tentangnya,
Tapi Allah tahu segala tentang hambaNya..
“Kamu diwajibkan berperang (untuk
menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci;
dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh
jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah
jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”
(Al-baqarah : 216)
“Kita pergi
makan mee sup, jom!” kataku pada rakan-rakanku.
Angin meniup kencang , dengan panas
terik mentari yang menyentuh kulitku, kala itu ku rasakan burungpun turut
berteduh , bunga dan pohon terus berzikir memuji Allah, tetapi aku merasa biasa
sahaja dengan nikmat Allah itu tanpa pernah dibibir dipanjatkan kesyukuran.
Itulah manusia iaitu AKU, seringkali terlupa untuk bersyukur bila Allah
mencurahkan nikmat, dan terlupa untuk berdoa bila diuji Allah.
Aku dan kawan-kawan ku yang ketika
itu baru mencecah usia 17 tahun. Orang tua-tua kata darah muda, tapi kami kata ‘DEMAM
SPM!’. Meneruskan langkah ke destinasi yang selalu menjadi pilihan untuk kami
berbual dan berehat untuk menunggu masa kelas tambahan bermula, iaitu warung
makan.
Dalam langkah yang cepat dan penuh
dengan gelak-tawa , tiba-tiba kurasakan ada sesuatu yang menyapa hatiku,
sesuatu yang lembut dan tenang, sesuatu yang tidak pernahku rasakan sebelum
ini. Hatiku disentuh hidayah Allah...
“Aku nak pakai
tudung labuhlah” sebutan spontan getaran nada yang mendatar.
“Huh! Kau biar
betul.” Rakan-rakan sedikit terjerit dan memandang ke arahku.
“ Apasal
tiba-tiba pula? ” tanya seorang kawanku yang bernama Solehah.
Jawabku selamba “ Entah ” tiada
senyuman di wajahku.
Waktu itu aku turut hairan dengan kata-kata yang aku
lontarkan tadi. Namun yakin kata-kataku itu bukan satu mainan. Suasana berubah,
daripada keriuhan suara kami tiba-tiba bertukar suram. Diam. Tanpa suara. Tanpa
banyak bertanya, aku dan rakan-rakanku teruskan langkah menuju ke warung
tersebut, menempah mee sup ataupun mee kuah (sebutan kelantan) sebagai pilihan
hati. Aku pula, seperti biasa menempah mee sup plus nasi kosong.
Hari terus
berlalu dan inilah mulanya kehidupanku.
*****************************************************************************
No comments:
Post a Comment