Tuesday 18 June 2013

Dakwah tanpa cinta




Aku risau melihat diriku dan kamu,
Begitu sibuk menuntun kata-kata,
Kata-kata indah bait-bait puisi,
Namun ditepian kolam dirimu,
Engkau tinggalkan adab dan akhlak,
Tertinggal di bangku lusuh yang kau duduk semalam,
Hingga bila engkau berbicara,
Angin berpasir  yang mereka rasa,
Rimas dan menyakitkan tekak..

“ Dakwah itu cinta ! “ jeritan penuh semangat adik-adik pejuang agama ketika menghadiri satu kem motivasi yang menekankan tentang kepentingan dan kewajipan berdakwah sebagai seorang hamba Allah.

Dakwah itu cinta, tanpa cinta tiada dakwah. Bila disebut sahaja perkataan puitis ini, iaitu cinta, remaja khususnya menafsir perkataan ini dengan cinta antara dua jiwa, iaitu kaum hawa dan adam.
Begitu kuat penangan cinta pada jiwa seseorang, lelaki yang kaya sanggup menjadi miskin kerana seorang perempuan yang dicintainya, seorang ibu sanggup mati hanya kerana cinta yang tertanam buat anaknya. Sungguh cinta itu bukannya sesuatu yang boleh dilakonkan, seperti mana dakwah, dakwah adalah mengajak seseorang daripada murka Allah kepada cinta Allah. Dakwah itu menemukan insan kepada cinta buat Khaliq.

Dakwah tanpa cinta, ibarat pohon tanpa buah.

Ramai orang mengajak manusia kepada islam, ramai orang menegur manusia agar menjauhi zina, ramai orang yang rancak menyusun kata di lorong-lorong mukabuku untuk menyebarkan islam. Namun  berapa ramai orang yang mengajak kerana cinta mereka kepada saudara seislam yang lain? Berapa ramai dai’e yang menggunakan unsur arahan bukan unsur mengajak dalam menyedarkan umat tentang hukum hakam islam?

Ternyata sedikit cuma yang menyedari tentang beza antara MENGAJAK dengan MENGARAH dalam isu menyedarkan umat islam agar kembali pada fitrah.

Dakwah tanpa cinta, boleh di ibaratkan dengan pohon tanpa buah. Pohon yang semakin banyak mengumpul daun kering, batang semakin memburuk, namun hingga akhirnya masih tidak berbuah.

Meletak cinta di dalam dakwah

Terdapat beberapa perkara penting yang harus di pertimbangkan dalam usaha meletakkan cinta di dalam berdakwah,

1. Faham

Perkara pertama yang digariskan oleh Imam Hassan Al-Banna dalam rukun Baiah adalah faham. Imam Hassan Al-banna menggariskan kefahaman adalah perkara penting yang harus ada dalam diri setiap pendakwah, faham tentang kepentingan berdakwah, faham tentang kewajipan berdakwah, faham tentang setiap perkara yang dilakukan. Dengan kefahaman yang jelas, barulah dai’e tahu matlamat sebenar berdakwah dan mengajak manusia kepada Allah.

      2. Ikhlas

Firman Allah swt:
Maksudnya: “Dan tidaklah diperintah kepada mereka melainkan dengan mengabdikan diri kepada Allah dengan ikhlas dalam menjalankan perintah agama dengan lurus”(Al Bayyinah : 5)

Ikhlas adalah perkara penting yang kena ada dalam diri setiap dai’e. Dengan pancaran ikhlas yang ada dalam diri du’at akan melahirkan du’at yang begitu teguh dan istiqamah dalam mengajak mad’u kepada islam. Peranan ikhlas adalah sangat besar terutamanya dalam mengajak manusia kepada fitrah, dengan titipan ikhlas, du’at tidak mudah melatah apabila ditimpa masalah sewaktu berdakwah, du’at akan mencari pelbagai cara untuk menarik manusia daripada cinta kepada dunia , bertukar cinta kepada Allah. Duat juga sanggup menempuh pelbagai dugaan yang mendatang. Itulah kekuatan ikhlas dalam berdakwah, yang akhirnya melahirkan cinta dalam dakwah.

      3.  Akhlak

Salah satu perkara yang paling penting dalam melahirkan cinta di dalam dakwah adalah dengan melahirkan du’at yang akhlaknya indah. Kita ambil ibrah semasa zaman cinta Rasulullah, Rasulullah yang terkenal dengan kesempurnaan akhlak , mampu menarik manusia yang jahil kepada cinta Allah hanya kerana keindahan akhlak yang terpancar dalam diri Rasulullah. Malahan kerana keindahan akhlak yang ada pada Rasulullah mampu membuat musuh-musuh Rasulullah turut mengaguminya. Bagaimana pula dengan akhlak kita? Kadangkala kerana akhlak du’at zaman millennia ini yang menyebabkan manusia semakin menjauhi islam.

     4. Ibadah

Cantik hubungan dengan Allah maka cantiklah hubungan kita dengan manusia. Ibadah yang terjaga, hati yang bersih, jiwa yang sentiasa mengingati Allah mampu menarik mad’u agar mudah menerima kata-kata nasihat daripada du’at. Salah satu sebab terhalangnya penerimaan mad’u kepada indahnya islam, adalah kerana du’atnya yang tidak menjaga hubungan dengan Allah, hatinya yang kotor. Oleh kerana itu, mulai saat ini para du’at haruslah memaksimakan usaha membersih kotor dihati agar cinta terhias di setiap jalan dakwah.

Contohi rasulullah.

Nabi Muhammad SAW bukan sahaja mempunyai ketokohan dari aspek kepimpinan baginda sebagai nabi dan rasul tetapi baginda adalah role model terbaik dalam mengajak manusia kepada fitrah iaitu islam. Ketokohan Rasulullah dalam membawa cinta dalam dakwah terbukti, dimana semua sahabat-sahabat nabi begtu mencintainya dan sanggup berkorban nyawa semata-mata untuk menyelamatkan Rasulullah daripada diserang musuh.

Rasulullah tidak pernah memandang rendah dan memandang jijik terhadap insan yang menjauhi islam, malahan rasulullah mencintai umatnya walaupun umatnya ingkar. Begitu juga dengan du’at masa kini, seharusnya membawa dakwah dengan cinta, bukan dengan benci.

Membawa manusia kepada cinta Allah.

Monday 10 June 2013

JOM BUAT ROTI.. hehe



Seterusnya oleh kerana adik ana yang tersayang bernama Kira, sgt2 nk belajar buat roti.. hehe…
Ni resepi2 yang diperlukan yaa… tapi hari ni ana just bg resepi ban manis yaa..

1.       1000g Tepung Roti
2.       20g Yis Segera
3.       460ml air
4.       Garam secukup rasa
5.       Lelemak sayuran (yang warna putih tu)
6.       Gula Castor (gula halus yaa)
7.       Telur lebih kurang 4 biji (200g)
8.       Susu Skim ( Susu serbuk, nak guna dumex pun boleehh.. hehehe)
9.       Pelembut roti ( Bukan ovelet yaa) sejenis tepung..


First skali, kena timbanglah bahan2. Tapi ana malas nk timbang2 ni, campak2 je n akhirnya xjadi.. huhuhu..

Then adun semua BAHAN kering je tau menggunakan mixer hinggalah doh terbentuk.

Barulah korang masukkan yang bahan basah tu, seperti telur , air, lelemak dan pelembut roti yaa..

Pastikan doh terbentuk cantik punya. Ok? Xmelekat2 kat tempat mengadun tu..

Seterusnya peramkan doh selama 1jam suhu 38-42 celcius.

Seterusnya, sebelum membentuk doh, adun doh untuk menghilangkan angin dalam doh.. (urutan doh hehe…) setelah itu, bahagi2kan doh kepada beberapa bahagian dan anggaran besar setiap doh tu ikut korang lah.. xkesah berapa radius doh anda dan berapa kiraan diameternya yaa.. yang penting jangan inifinity sudah la.. (hahaha.. hukhuk. Sori2)

Setelah itu, masukkan inti kedalam doh yang telah di bahagi2 kan..

Untuk mendapatkan doh yang lebih mengenyangkan (besar), peram semula doh yang telah di letak inti selama 1 jam yaa..

Seterusnya, doh boleh di bakar dan bila dah masak, bolehlah makan..

Hiasan tu korang boleh buat ikut suka ya..



faham kan?? hehe

AIS KRIM?? SENANG JE NAK BUAT..


Salam sejahtera kepada semua.. lama tak menulis. agak bz dengan mematangkan diri.. (ayat poyo) 
hari ini ana punya isu lain sikit. CARA2 BUAT AIS KRIM. Sgt2 senang.. jom Check it Out..

Of coz la first skali pastikan korang tau bahan2 untuk membuat ais krim..
Ok.. dah sedia? Tarik nafas, hembus sedikit demi sedikit.. huhhhhhhhh..

Senang gila buat ais krim ni, gila pun xsenang macam ni.. hehe.. sori2..

Bahan2 yang diperlukan adalah :
1.       Satu tin susu cair (xkisah jenama apa2 pun.. pastikan yang ori ya.. )
2.       Satu biji telur
3.       Gula or nak guna susu pekat pun boleh je, 1/3 or ½ ikut la korang nk manis ke x.
4.       Satu sudu besar Ovelet ( warna oren ya..)
5.       Perisa vanilla (kalau xnk letak pun xpeee.. xpaksa pun.. )

Tu je.. hah!! Tu je.. ya bah itu jak, jap lagi bg resepi banyak2 baru tau.. hikhik..
Ok tuan2 dan puan2, sebelum kita memulakan latihan memasak pada hari ini, semua di kehendaki basuh tangan dulu ya.. hehe..

Seterusnya , masukkan semua bahan2 lah ke dalam tempat mengadun ya.. campak je semua bahan2 yang ana bgtau tadi.. jangan ada yang tinggal. Ok?

Dengan menggunakan MIXER mix2 kan semua bahan2 tadi hinggalah jadi cam gambar bawah ni.. cam adunan kek.. kan2… ^____^



Seterusnya, ana guna asingkan kepada dua bahagian. Macam bawah ni..




Satu tu ana bg warna merah , satu g warna putih.. kan…
(korang letaklah perisa kesukaan anda yaa..)

Seteruskan , letakkan kedalam bekas yang comel molek cam gini.. setelah menggunakan pelbagai kuasa magic, akhirnya ais krim ana jadi camni.. ajaibkan??? Kan.. hehehe


 Seterusnya, ana hiaslah ais krim ana dengan chocolate chip. Hentam je, main tabor je.. xyah lah gunakan kemahiran ART and DESIGN anda untuk sesi menabur chocolate chip ya.. hehe.. adui merepek la pulak..
Dan inilah hasil ais krim ana : comel kannnnnnn..
(masuk kepala dalam meriam)


Setelah itu masukkan ais krim anda ke dalam peti sejuk, bukannya dalam KETUHAR ye.. adui.. hehe… dengan temperature yang negative darjah celcius , biarkan selama mana yang anda rasa dah boleh keraskan ais krim anda tu..


Dan ini hasilnya : SODAPPPPPPPPPP bah.. hehe..



hehe.. ana dah pandai buat.. korang bila lagi.. semuanya terletak di tangan anda.. hehe..

 + SELAMAT MENCUBA +

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...