Hati
kotor basuh dengan clorox,
Tapi
takut-takut clorox menghakis daging hati,
Lalu
basuhlah hati dengan zikr dan mengingati Allah,
Sungguh
ianya lembut dan membersihkan,
Menghakis
dosa menjernihkan hati...
Assalamualaikum dari diri ana yang
punya banyak dosa. Cuba untuk berkongsi namun berhati kotor, ilmu yang lebih
kecil dpd zarah, layakkah ana untuk menyampaikan. Namun Ya Allah kuatkan diri
untuk terus bertaubat.
Begitu terkesan dengan penulisan
seorang sahabat, penulisan bertajuk ‘Cermin Kesayanganku’ . sebuah penulisan yang ringkas namun
membawa mesej yang berguna dan berkesan buat para dai’e untuk refleksi diri dan
jiwa. Satu mesej pedas yang masih berlapik adab, kerana penulisannya yang
sangat mendekati realiti dai’e marcapada ini. Mungkin penulisan ini boleh kita
jadikan teguran buat diri dan hati kita agar lebih memahami dan ‘check list‘
amalan kita selaku pemegang pangkat ‘DAI’E’.
Dai’e tersayang,
Bila di baca dan di hayati penulisan
sahabat yang bernama Akh Abdurrahman ini, rupa-rupanya
satu penulisan berbentuk peringatan penting buat dai’e. Selaku dai’e, kita
sudah selalunya memberi dan menegur, kini masanya kita pula mendengar teguran
dan perbaiki diri. Apa yang ana lihat diri ana yang juga kononnya dai’e, betapa
malunya bila nak di bandingkan dengan amalan-amalan sahabat2 nabi dan
amalan-amalan jundullah di Mesir. Bila refleksi hati, lagi-lagi ana jadi malu.
Bila ana baca penulisan ini, ana terdetik untuk mengupas tentangnya kerana
betul! Inilah realiti dai’e kini.
Membawa risalah islam itu bukan mudah
sahabat. Dengan hati kotor, ilmu kurang, taklid buta, amalan entah kemana,
mengkritik tak sudah, ikhtilat tidak terjaga dan bagaimana ilmu yang di
sampaikan melekat dalam hati mad’u. Sungguh sepatutnya, setelah bergiat sebagai
dai’e, semakin ghairah memperbaiki amal dan banyak bertaubat dan tundukkan
hatinya pada Allah.
Ana jadi malu dan rasa terlalu berdosa
setelah membaca penulisan ini. Antara ayat yang betul-betul melekat di hati ana
adalah :
Macam mana agaknya jika
kita hendak melihat diri kita sendiri jika tidak ada cermin, bayangkan jika
tidak wujud cermin di dunia ini sudah tentu kita selamanya tidak akan tahu
macam mana rupa telinga kita… haha..lucu bukan, tapi lucunya lagi jika cermin
hati kita sudah pecah berkecai, tidak dapat lagi kita melihat disebalik diri
kita ini baik buruknya. Sebab itu lah laju je kita nampak keburukkan orang
lain. Bak kata pepatah melayu “kuman di seberang nampak, gajah depan mata tak
nampak”. Habis semua orang kita nak selidiki keburukkan orang lain. Jika cermin
hati itu ada nescaya masing-masing senantiasa sibuk asyik duk perbetulkan
kesalahan dan kelemahan diri sendiri sampai tidak ada ruang dan peluang kita
nak ambil kisah keburukkan sahabat kita sehinggakan terpaksa bersangka baik
dengan sahabat.
Cermin hati berkecai
bagaimana mahu melihat salah diri, bagaimana mahu melihat dosa-dosa yang
melekat di daging hati kita. Dai’e, jom muhasabah jiwa dan minda. Sudah masanya
diri kita di muhasabah agar darah-darah di setiap urat saraf kita yang selama
ini mungkin ada yang sukar untuk di pam , kita lancarkan kembali. Luruskan niat
kita, banyak perbaiki diri. Melihat masalah umat yang tidak berkesudahan,
mungkin berpunca dengan diri kita juga yang ‘tidak buat kerja’ seeloknya. Masalah
umat yang menjadi-jadi walaupun sudah di bacakan azab-azab yang menanti di
akhirat kelak, memang Allah yang menyentuhkan hidayah pada hati yang terpilih
sahaja. Namun mungkin juga kerana hati kita yang kotor menyebabkan mereka tidak
faham dan tidak boleh menerima ilmu yang di sampaikan.
Sungguh menjadi dai’e itu
memang payah, sentiasa mau memperbaiki jiwa dan diri agar minda bergerak
mengikut iman.
Antara petikan penulisan
yang harus di tanyakan buat semua dai’e:
Falsafah barat ada
menyebut “If you judging a person, it’s not defined who they are, it’s define
who you are”. Jika kita sibuk duduk buka aib orang, sebenarnya kita sibuk duduk
tunjuk aib kebodohan diri kita sendiri. Cubalah sedaya cari, kumpul dan
cantumkan balik cerminan hati kita. Barulah kita dapat lihat bagaimana
lifestyle diri kita dalam seharian. Adakah menepati syariah dan sunnah ataupun
kita pendokong tetap barat secular… bermula pagi-pagian apa yang kita buat:
Subuh kita pukul berapa?
Duha kita dimana?
Al-quran 1 juzuk sehari
buat bekalan sang daie… daie la kononnya……?
Dimana masjid di hati
kita?
Apa yang kita makan?
Dimana sahabat lain
semasa kita sedang melayani nafsu makan kita?
Sehinggalah tabir malam
menyingkap, sudah sebanyak mana dah dakwah kita hari ini selaku seorang daie...
daie ke kita nie?... aiisshhh….. tak layak aku… sepanjang hari melayani kerenah
nafsu sehingga penat mengulit tidur bersama nafsu. Dimana sekelumit iman ku,
betulkah apa yang aku kerjakan hari ini. Adakah hari ini lebih baik dari
semalam atau aku merubah menjadi orang yang celaka hari ini. Masih adakah
harapan untuk aku menjadikan esok lebih baik dari hari ini agarku menjadi
orang-orang yang beruntung… urrmm….!!!
Walaupun terasa malam
sangat panjang,
Mentari siang akan
muncul juga.
Walaupun hidup ku rasa
panjang,
Akan diarak usung ke
kubur juga…
Kuharapakan cermin
kesayangan ku, cerminan buat diriku, cermin hatiku akan ku kutip, ku susun
elok-elok, kucantumkannya kembali untuk membolehkan aku senantiasa menilik rupa
keperibadianku.
Menjadi seperti UMAR ABDUL AZIZ,
Biar ana bawak sahabat-sahabat untuk
merentas masa lampau untuk menghayati kisah pemimpin Umar Abd Aziz. Seorang
pemimpin yang di ceritakan oleh isterinya , Fatimah binti Abdul Malik bin
Marwan.
Fatimah
Rahimahullah berkata,
“Umar bin Abdul Aziz, jika masuk ke
rumah, dia langsung menuju ke mushallanya, kemudian dia menangis dan berdo’a
sampai kedua matanya lelah (tidur), kemudian bangun. Seperti itulah yang dia
lakukan di setiap malam.” (Taarikh Khulafa, As-Suyuthi)
Fatimah
Rahimahullahberkata,
“Mungkin ada orang yang lebih banyak
mengerjakan shalat dan puasa daripada Umar bin Abdul Aziz, tetapi aku belum
pernah melihat orang yang lebih takut kepada Tuhannya daripada Umar. Jika dia
shalat Isya terakhir (malam) dia menyendiri di mushallanya, lalu berdo’a dan
menangis sampai kedua matanya tertidur. Kemudian bangun, berdoa dan menangis
lagi sampai kedua matanya tertidur. Terus begitu sampai datang waktu shubuh.”
(Az-Zuhud, Imam Ahmad)
Fatimah
Rahimahullah berkata,
“Umar telah mengabdikan jiwa dan
raganya untuk kepentingan manusia. Dia duduk untuk mereka di siang harinya,
jika datang waktu sore dia masih melanjutkan tugasnya dalam memenuhi kebutuhan
manusia sampai malam. Pada suatu sore dia sudah selesai dari tugas-tugasnya di
siang hari, lalu dia mengambil lampu yang minyaknya diambil dari uangnya
sendiri, kemudian berdiri dan shalat dua rakaat, kemudian dia merunduk dan
meletakkan kepalanya di antara kedua tangannya, air matanya menetes di atas
pipinya dan menangis tersedu-sedu. Demikianlah keadaannya pada malam itu sampai
datang waktu subuh. Sedangkan pagi harinya dia berpuasa.” (Sirah Umar bin Abdul
Aziz, Ibnu Al-Jau
Pada suatu malam, Umar bin Abdul Aziz
Rahimahullah bangun untuk shalat malam, lalu membaca firman Allah, “Wa al-laili
izaa yaghsyaa” (QS. Al-Lail), sampai pada firman Allah, “Fa andzartukum naaran
taladzdzaa“, dia menangis sehingga tidak mampu melanjutkan ayat selanjutnya
surat itu, dua atau tiga kali, sampai kemudian beliau membaca surat lainnya.
(At-takwiif min An-Naar, Ibnu Rajab)
Muhasabah
amal, hati dan diri...
Sentiasa
perbaiki diri dan hati..