Kisah hidup yang sebenarnya penuh
keseronokan,merasa terlalu gembira sehingga lupa, hati kosong. Kosong dengan
iman, gelap tanpa cahaya. Andai saja mereka tahu, bukan ini mahuku,bukan ini
pintaku. Ya Allah.. aku lemah ya Allah, Kau kuatkan dan teguhkan hatiku. Saat
aku lupa untuk bersyukur, andai aku lupa untuk bersujud.
Aku tahu, di hujung nanti akan aku
tinggalkan dunia. Lalu mana engkau dai’e? Yang berjanji akan membawa aku
bertemu keindahan islam. Aku lihat di hujung alis matamu, engkau memandang
jijik padaku. Andai saja engkau tahu, aku ingin kembali pada fitrah, masihkah
engkau memandang aku sedemikian rupa.
Sungguh aku tahu aku ini lupa, lupa
untuk bersyukur, aku tahu aku tidak layak berdamping denganmu yang tidak pernah
melakukan dosa sepertiku. Beruntung dirimu wahai si tudung labuh dan berkopiah,
hati yang suci dan beriman. Bukan sepertiku yang kotor dan gelap hatinya.
Aku ingin menjadi sepertimu, namun aku
takut andai tidak kuat. Aku benar2 memerlukan kamu untuk memegang tanganku,
berjalan bersama, makan bersama. Kerana aku tidak mahu untuk terus begini.
Tidak mahu terus di lingkari dengan dosa, tapi masih layakkah aku untuk meminta
dan memohon maaf denganMu ya Allah. Aku malu bersujud di sejadah yang sudah
tersimpan lama dan berhabuk itu. Aku malu menyentuh Al-Quran yang sudah berdebu
itu. Aku malu memakai telekung yang sudah berkulat itu. Aku malu ya Allah.. aku
malu kerana dulu aku sombong padamu.
Setiap orang punya kisah hitamnya, dan
ku rasakan kehidupanku semuanya gelap. Tiada keindahan, tiada redhaMu. Maafkan
aku ya Allah. Seringkali melakukan dosa yang engkau larang.
Kini aku sedar akan kesalahanku, aku
terlalu malu. Ampunkan dosaku ya Allah. Ampunkan dosa kedua ibubapaku, ampunkan
dosa sahabat-sahabatku.
Terimalah taubatku dan tetapkan hatiku
agar tdak lagi sombong padaMu.
maaf ya Allah..
No comments:
Post a Comment