Wednesday, 26 December 2012

Miskin oh Miskin…



Ketika diuji diriku,


Adakah aku akan berdoa,


Adakah aku akan bersujud,


Ataupun aku hanya melihat diriku,


Menyalahkan takdir hidupku,


Mengejar dunia tanpa tujuan,

Akhirnya aku runtuh bersama imanku,


Semua ‘harta’ aku tendang jauh,


Akhirnya yang aku ada hanyalah,


DOSA dan JAHIL.

MISKIN. Satu perkataan yang amat ditakuti oleh semua orang. Bilamana disebutkan tentang miskin, pasti yang kita bayangkan adalah rumah buruk dan baju lusuh, bukan?. Kemiskinan yang menjadi kebencian semua umat manusia tidak kira di mana-manapun pelusuk dunia, fikiran yang sama tentang  MISKIN. Melihat kemiskinan adalah sesuatu yang tidak bertamadun dan ketinggalan zaman, melihat kemiskinan itu hina dan kotor dan pelbagai lagi tanggapan tentang miskin yang majoritinya adalah tanggapan negatif.
BANGSAKU MISKIN?
Negeri sabah. Kemiskinan yang melanda bangsaku di sabah amat menyedihkan, namun yang lebih menyedihkan apabila tidak ada satupun penyelesaian yang ana lihat berkesan untuk membasmi kemiskinan yang melanda negeri sabah terutamanya di bahagian pedalaman sabah.
Andai saja kita lihat dan turun padang , melihat sendiri kesengsaraan rakyat sabah kerana terbelenggu dengan kemiskinan, pasti menyayat hati setiap insan. Apa yang ana lihat, di pedalaman sabah, 80% penduduk pedalaman sabah tidak bergaji dan hanya bergantung dengan bertani kecil-kecilan. Malahan ramai anak gadis dan pemuda sabah yang berasal dari pedalaman terpaksa berhijrah ke ibu kota untuk mendapatkan pekerjaan, namun harapan sesetengah orang itu terkubur bila ditipu dan lain pula cerita dengan anak gadis yang terpaksa menjual diri untuk membawa balik duit buat keluarga di pedalaman.
FENOMENA GANJIL
Satu fenomena ganjil buat ana , bila melihat Sabah yang sepertinya mempunyai ‘dua benua terpisah’ apabila ana merantau ke Kota Kinabalu , boleh ana sebut sebagai  kuala lumpur nombor 2’ kerana kemajuan yang melanda Kota ini begitu hebat. Namun bila ana meneropong kehidupan di pedalaman, jalan yang tidak berturap, menggunakan generator untuk menjadi penjana elektrik, menggunakan air bukit, penduduk yang buta teknologi dan jauh kebelakang jika dibandingkan dengan masyarakat bandar.
Fenomena yang ana lihat dijadikan kebiasaan oleh pihak kerajaan, tanpa ada apa-apa penyelesaian yang berterusan dari pihak berkenaan untuk membanteras kemiskinan harta dan ilmu yang melanda masyarakat bangsaku di pedalaman.
SABAH MISKIN?
Menyebut sabah miskin adalah sesuatu yang tidak masuk akal, kerana kekayaan hasil tanah yang subur dan hasil minyak yang begitu banyak, merupakan menyumbang besar kekayaan Malaysia dengan minyak yang begitu banyak dan kelapa sawit yang merupakan 65% daripada bumi sabah.
Namun inikah hasil daripada kekayaan yang datang dari perut bumi sabah ? hinggakan dipandang rendah biar berpijak di mana-mana pun. Dengan duit yang bertimbun-timbun datang dari Petronas yang majoritinya daripada minyak sabah, pedalaman sabah masih juga dalam keadaan yang sama seperti 70tahun yang lalu.
Ana keliru, dan buntu melihat sabah yang mundur namun mengeluarkan begitu banyak hasil minyak.
Sama seperti Kelantan yang agak mundur dan mempunyai peratusan penduduk miskin yang agak sama dengan negeri sabah. Hasil minyak yang ana kira boleh menampung untuk meningkatkan kemajuan kelantan kerana mempunyai negeri yang agak kecil berbanding sabah, namun hasil nya kemiskinan yang masih menular kelantan.
Ana berpijak di bumi kelantan, melihat negerinya yang begitu sederhana namun hasil bumi yang sangat kaya. Terlalu kontra namun di manakah penyelesaiannya. Namun bila kita lihat Kuala Lumpur, Shah Alam yang menjadi kebanggaan seterusnya mengangkat ‘darjat’ penduduknya yang dilabelkan sebagai penduduk bandar, kerana kemajuan yang tidak pernah terhenti dilakukan. Namun bila kita lihat dan korek buminya, tiada hasil bumi. Dari manakah kekayaan itu?
Begitu diberi perhatian yang tinggi oleh kerajaan untuk menutup mata penduduk bandar dengan kemiskinan yang melanda penduduk pedalaman yang seharusnya diberi perhatian lebih oleh kerajaan.
KERAJAAN KHILAFAH ISLAM
Bila kita renung kembali sejarah kebangkitan islam semasa Khillafah islam sewaktu pemerintahan Saidina Umar al-Khattab, negara islam keseluruhannya mengalami kemajuan yang amat menyerlah. Kita lihat kemajuannya dalam membangunkan Institusi Baitul Mal yang akhirnya dapat membanteras kemiskinan yang melanda penduduk secara keseluruhan. Kewujudan Zakat yang dijalankan dengan kemas dan teratur mampu mengubah gaya hidup penduduk. Sehinggakan dikatakan mempunyai zakat berlebihan.
Kejayaan Saidina Umar secara syumul dari segi pendidikan, kewangan, ketenteraan dan semua segi mampu membuktikan pada sejarah peradaban dunia, bilamana islam dijalankan dengan syumul , mampu mentamadunkan masyarakat bukan dari sudut pembangunan fizikal  sahaja tetapi juga dari semua sudut.
Kekuatan pendidikan dan kesedaran umat pada zaman itu tentang perlunya ilmu, mampu mengubah fikiran umat dengan lebih kehadapan berbanding tamadun-tamadun lain.
Kejayaan Kerajaan Bani abbasiyah, Bani Uthmaniyyah dapat membuktikan kemiskinan ‘ZERO’ dan banyak penghasilan baru yang ditemui menjadi bukti kegemilangan kerajaan islam yang dapat membentuk insan yang kaya dengan ilmu dan akhlak.
Namun kita lihat Malaysia yang ana kira lupa sejarah islam tidak mengambil iktibar daripada sejarah, mengambil mudah dengan kemajuan akhlak dan tidak mengambil islam secara menyeluruh menyebabkan ketidakstabilan dan masih banyak kelompongan yang melanda Malaysia. Termasuklah penghayatan ILMU dalam kalangan masyarakat islam terutamanya. Itulah punca sebenar yang melanda Malaysia, masalah kemiskinan harta dan ilmu di pedalaman, masalah kemiskinan akhlak di bandar semuanya kerana tidak mengambil islam sebagai wadah pemerintahan.
MISKIN HARTA DAN ILMU
Satu gejala serius yang kerajaan terlepas pandang adalah kemiskinan HARTA dan Kemiskina ILMU yang melanda masyarakat Malaysia. Merasakan dengan memberikan pelbagai bantuan dari sudut kewangan pastinya dapat mengubah taraf hidup dan pemikiran masyarakat kita. Satu penyelesaian yang ana lihat sangat teruk dan tidak menyelesaikan apa-apa masalah langsung.
Kemiskinan HARTA dan ILMU dapat diselesaikan apabila kekayaan ilmu yang ada dalam diri setiap manusia akan melonjakkan semangat mengubah cara hidup. Sesungguhnya islam itu mengeluarkan umatnya daripada kesesakan hidup kepada ketenangan hidup. Islam yang mengajar umatnya BERJIHAD (bersungguh-sungguh) dalam apa jua perkara pastinya dapat menyelesaikan masalah kemiskinan yang melanda umat islam.

CAKAP BIAR BERLAPIK DAN TERASA :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...