Thursday 20 December 2012

Dakwah itu CINTA..





Andai engkau tahu betapa Allah itu sangat menyayangi hambaNya,
Maka kamu akan selalu mengingatiNya,
Tapi,
Mengapa manusia… Mengapa…
Setelah Dia memberikan segala-galanya kpdmu,
Engkau lupa kehadiranNya,
Engkau malah bongkak,
Mendabik dada di tengah dunia yang sebenarnya tiada harga,
Murah dan sia-sia.
Merasakan engkaulah raja yang terhebat,
Adakah engkau tahu dunia ini hanya pentas lakonan semata?
Maka ku doakan, agar ditiup di hatimu,
Rasa ingin kembali bersujud pada Tuhanmu…

Alhamdulillah, mungkin entry yang agak terlewat dari tarikh kejadian. Ana tiba-tiba rasa teruja untuk kongsikan pengalaman ana di satu kem tarbiyah, iaitu Islamic Summer Camp (ISC) untuk generasi yang ke-enam dan inilah kisahnya....


FIRST TIME YANG BEST!

Inilah kali pertama ana menjadi fasilitator untuk kem yang di anjurkan di Sabah dan PSS. Satu kejutan budaya buat ana, melihat peserta yang agak ramai dan pembawakan yang sangat lembut dan mesra. Takut, risau dan bercampur baur perasaan melihat besarnya tanggungjawab yang ana pegang apabila di berikan amanah sebagai fasi, memberikan ilmu yang ana kira agak berat untuk di sampaikan dengan adik-adik.. mungkin ana hanya menyampaikan, namun Allahlah yang akan memberikan kefahaman pada hambaNya.

TERUJA DENGAN SEMANGAT SYABAB

Melihat adik-adik yang kiranya dalam lingkungan umur 13 – 20 thn yang begitu teruja dan ghairah untuk mengumpul ilmu, tanpa ada rasa penat, tidak ada keluhan dan tidak ada rungutan keluar dari bibir adik2, yang mereka tahu, mereka gembira berada dalam majlis ilmu sebegini. Keterujaan yang membakar semangat ana untuk terus ingin berada di dalam perjuangan ini. Terima kasih adik2.

sayang semua... ke rumah yang terpilih..
^.^
semangat berdakwah 

MELANGKAH KERANA DAKWAH

Meneruskan program dengan satu misi lain iaitu JELAJAH DAKWAH, membawa adik-adik keluar berdakwah ke rumah-rumah penduduk berdekatan. Bila ana melihat wajah girang adik-adik melangkah dengan penuh semangat membawa risalah dakwah yang tersemat di dada, rasa sebak dan gembira melihat kesedaran syabab mempertahankan islam di atas muka bumi. Kami hanya berzikir di sepanjang jalan, yang ana dapat lihat pada wajah adik2 adalah senyuman riang, betullah dakwah itu cinta. J melangkah ke rumah yang terpilih, jauh nuuunn sana. Peluh menitik dari dahi menyentuh tanah, yang menjadi bukti perjuangan mereka membawa risalah islam itu bukan mudah. Badan akan sentiasa berpeluh, kaki akan rasa sakit, jiwa teruji, namun merasa manis, kerana menyakini janji Allah :  

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? ”Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)." "(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga "Adn". Itulah kemenangan yang besar."
                                                                                             (As-Saff 61:10-12)
mana satulah fasinya.. ehehe
lipat cantik2 yee.. 
minum lepas penat berkerja :)


AKAK, SAYA TAKUT TAK KUAT..

Ana diberikan amanah untuk menjaga adik2 kumpulan ke-5 iaitu kumpulan sheikh ahmad yassin. Ana teringat kata-kata adik tercinta selaku Ameerah kumpulan 5.
“ Akak, saya takut saya tak kuat lah lepas keluar dari kem ini. Takut tak istiqamah pakai tudung. Sebabnya saya ikut teakwondo. Macamana ni kak ??? ”

Kesedaran dan takutnya untuk tidak istiqamah itu menyentuh hati ana. Menyentuh hati ana yang sudah berumur 20thn untuk rasa takut juga kalau2 satu hari nanti ana sukar untuk istiqamah. Seorang adik yang hatinya masih suci dan bersih, memahami konsep jihad dan pengorbanan, memahami dan menginginkan syurga yang Allah janjikan buat pejuang islam takut kalau2 hatinya di uji Allah hingga dia futur dalam perjuangan. Hatinya yang cukup kuat dan tabah! Hatinya yang cukup tegas untuk membawa agamanya!

Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya)."
                                                                                           (Al-Hujuraat 49:15)
.
ALHAMDULILLAH SYABAB

Bila di fikirkan, betapa beruntungnya adik-adik yang hadir, kerana menjadi pilihan Allah walaupun baru setahun jagung. Di pilih Allah untuk berada di jalan jihad ini. Kadang-kadang rasa cemburu kerana mereka hidup di masa muda mereka dengan indahnya islam yang pada waktu inilah sepatutnya remaja tengah seronok mengejar cinta monyet dan cinta dunia. Tetapi mereka, Allah pilih untuk di jauhkan dengan keseronokan dunia yang mengalpakan , untuk terus sebati bersama islam.. sungguh beruntung. Alhamdulillah syabab.


 BERSYUKURLAH adik-adikku.

Bersyukurlah saat Allah memilih antum ,
Namun ingat !
Proses tapisan masih berjalan,
Teruskan berdoa agar istiqamah dijalan cinta ini,
Takut-takut kita nanti tersingkir,
Menjadi top ten manusia yang Allah pilih untuk berada dalam perjuangan.
Sungguh Redha Allah mahuku..


sungguhdakwahitutidaksesenangsepertiyangkitaharapkantapidakwahitusebenarnyasangatINDAHtidaksepertiyangkitakeluhkan..

CAKAP BIAR MANIS...





2 comments:

  1. beruntung lha org yg kenal usaha agama
    lebih beruntung org yang dapt istiqamah dalm usha agama
    tp paling beruntung org yang mati dalam usaha agama..
    byk kan amal n doa semoga kita d golongkan dlm golongan terpilih untk kerja agama..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...