Abu Laits as-Samarqandi adalah
seorang ahli fiqh yang mahsyur. Suatu
ketika dia pernah berkata ayahku
menceritakan bahawa antara Nabi-Nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu
dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.
Maka salah seorang Nabi yang
menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang
berbunyi “ esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala
ke barat. Engkau dikehendaki berbuat :
Pertama : apa
yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah.
Kedua : Engkau sembunyikan
Ketiga : Engkau terimalah
Keempat : Jangan Engkau putuskan
harapan
Kelima : Larilah Engkau daripadanya.”
Pada keesokan harinya Nabi itupun
kaluarlah dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama yang
dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan
sambil berkata “ aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh
aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan.” Maka nabi itu terus
berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit
itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka nabi itu pun
mengambilnya lalu di suapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis
bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur ‘Alhamdulillah’.
Kemudian nabi itupun meneruskan
perjalanannya dan bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan
arahan mimpinya supaya disembunyikan.
Lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang dan ditanamkan mangkuk emas itu,
kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu
pun menanamkannya semula sehingga tiga
kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, “ Aku telah melaksanakan
perintahMu”. Lalu dia pun meneruskan
perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk itu terkeluar
semula dari tempat ia ditanam.
Ketika dia sedang berjalan,
tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar burung kecil.
Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata , “ Wahai Nabi Allah tolonglah
aku.” Mendengar rayuan itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil
burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihat keadaan itu, lantas burung
helang datang menghampiri Nabi lalu berkata. “ Wahai Nabi Allah, aku sangat
lapar dan aku menegjar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau
patahkan harapanku dari rezekiku.” Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam
mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi
kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan
untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pahanya dan diberikan
kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung
kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.
Selepas kejadian itu, Nabi
meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai
yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan
menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa
itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam
doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu
sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti
semuanya ini."
“Ya Allah aku telah pun
melaksanakan perintahmu sebagaimana yang diberitahu dalam mimpiku, maka
jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini.”
Dalam mimpi beliau telah
diberitahu oleh Allah S.W.T bahawa:
Yang pertama engkau makan itu
ialah marah. Pada mulanya Nampak besar seperti bukit tetapi akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal
iaitu menahannya, maka marah itu akan menjadi lebih manis daripada madu.
Kedua, semua amal kebaikan(budi)
walau disembunyikan, maka ia tetap akan Nampak jua.
Ketiga, jika sudah menerima
amanah seseorang, maka janganlah kamu
khianat kepadanya.
Keempat, jika orang meminta
kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi
membantu kepadanya meskipun kau sendiri
berhajat.
Kelima, bau yang busuk itu ialah
ghibah ( menceritakan hal seseorang) maka larilah dari orang-orang yang sedang
duduk berkumpul membuat ghibah.”
Saudara-saudaraku, kelima-lima
kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, kerana kelima-lima perkara
ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan seharian kita. Perkara yang tidak
dapat kita elakkan setiap hari ialah
mengata hal orang, memang menjadi tabiat
seseorang itu suka mengata hal
orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata mengata hal seseorang itu
akan menghilangkan pahala kita sebab ada sebuah hadis mengatakan bahawa :
Diakhirat nanti ada seorang hamba
Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia
bertanya, “ Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah
aku kerjakan di dunia dulu.”Maka berkata Allah S.W.T, “ ini adalah pahala orang
yang mengata-ngata tentang dirimu.”
" Dengan ini haruslah kita
sedar bahawa walau apa pun yang kita kata itu memang benar, tetapi kata mengata
itu akan merugikan diri kita sendiri . Oleh itu, janganlah kita mengata hal
keburukan orang walaupun ia benar".
Wallahu a’lam..
semoga menjadi peringatan
sumber : http://www.islam2u.net
No comments:
Post a Comment