Pada zaman dahulu ada seorang
yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf
tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.
"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita
itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih
hati."
Tiba-tiba wanita itu mendengar
ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya,
"Apakah katamu hai saudaraku ? Demi
Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau,
dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."
Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?"
Wanita itu menjawab, "Pada
suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku
mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu,
dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar
berkata pada adiknya,
"Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana
ayah menyembelih kambing ?" Jawab adiknya,
"Baiklah kalau begitu
?"
Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu.
Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke
bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari
anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar
mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air
panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya
habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah
berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai
menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka
semua."
Lalu Abul Hassan bertanya,
"Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu
?"
Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membedakan
antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada
jalan yang berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu
baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat
ganti yakni sia-sia belaka."
Demikianlah cerita di atas, satu
cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh
agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah
dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullh saw bersabda
dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:"
Tidak ada balasan bagi
hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia
sabar, melainkan syurga baginya."
Begitu juga mengeluh. Perbuatan
ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah saw
bersabda,:
"Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek
baju, mengeluh dan menghina nasab orang." Dan sabdanya pula, "
Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia
mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api
neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)
Semoga kita dijadikan sebagai hamba
Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.
kerana SABAR ITU CANTIK :)
No comments:
Post a Comment