Kaki melangkah
menuju dunia baru untukku,
Ke seberang
lautan harapan menggunung,
Sungguh!
Hanya Engkau
yang tahu apa mahuku,
Iaitu mendalami
islam sebagai cara hidupku,
Namun ku
sangka ianya begitu mudah,
Baruku tahu
Engkau menguji jiwaku..
Marcapada
ini, bila kita tanyakan pada pemuda dan pemudi tentang hukum atau agama, majoritinya
mengetahui hukum bahawa menutup aurat itu wajib, merokok itu haram, ber’couple’ itu haram dan sebagainya. Namun mengapa
ramai dalam kalangan syabab masih berlagak ‘tak tahu ??’ budaya tak
tahu ini kurang di ambil peduli oleh kerajaan dan ibubapa. Mereka juga
kurang jelas bahawasannya pemuda dan pemudi zaman ini demam teruk tentang agama sendiri.
Sungguh
pilihan untuk memberikan kemewahan dan membutakan generasi muda dengan wang dan
hiburan yang jelas memesongkan pemikiran anak muda ini merupakan satu kesalahan
besar yang patut diperbetulkan! Namun apakan daya, ibubapa turut ikut sama
berkomplot agar muda-mudi yang seharusnya mencontohi Sultan Muhammad Al-Fateh
selaku generasi muda yang berjaya bertukar wajah diri menjadi golongan muda
yang tak tahu tentang agamanya sendiri. Mencintai K-pop melebihi Rasulnya.
BUDAYA TAK TAHU
Ana
kategorikan ‘tak tahu’ sebagai budaya kerana zaman ini menular sikap manusia
yang berpura-pura dan tidak ambil peduli mengenai agama islam. Bilamana di
keluarkan hukum tentang COUPLE ITU HARAM, maka sepatutnya semua masyarakat
islam yang syok bercinta terus memutuskan tali yang tidak pernahpun terikat di
antara mereka. Namun pilihan remaja adalah, buat-buat tak faham dan tak tahu.
Sedangkan Allah
tidak memberi pilihan kedua, kerana tiada istilah darurat oleh itu boleh ber’couple’.
Selain itu, bila mana dalam al-quran Allah jelaskan pada kaum hawa tentang
WAJIB menutup aurat:
Dan katakanlah kepada
perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada
memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka
memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah
mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah
mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka,
atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak
tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka
yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau
perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari
orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau
kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah
mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari
perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang
yang beriman, supaya kamu berjaya.
( Surah An-Nur : 31 )
( Surah An-Nur : 31 )
Allah menjaga kaum hawa dengan memerintahkan kaum hawa untuk menutup aurat,
namun kaum hawa yang lupa pada wasiat Rasulullah dan Ayat Al-quran juga
buat-buat TAK TAHU tentang suruhan ini. Menunggu seru yang sebenarnya telah
lama sampai iaitu semenjak ayat ini di turunkan.
Hai manusia,
Andai saja kamu tahu,
Sungguh kamulah yang memerlukan ALLAH!
Dan bukan Allah yang memerlukanmu!
jika kamu menolak islam,
jika kamu menolak islam,
Maka seksa itu adalah ke atasmu,
Dan Allah,
Akan menggantikanmu dengan kaum lain yang lebih baik
daripadamu,
Begitulah yang tercatat di sejarah islam,
Allah menggantikan kaumnya yang ingkar dengan kaum yang
lebih baik !
Jika kamu terus dengan pendirianmu,
Bahawa kamu tidak ingin tahu!
Maka Allah tidak rugi apa-apa pun...
... Dan
jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma) Ia akan
menggantikan kamu dengan kaum yang lain setelah itu mereka tidak akan
berkeadaan seperti kamu
(
Surah Muhammad : 38)
HanyaAllahlahtempatmemohonkeampunandanpertolongan.
No comments:
Post a Comment