Ku
doakan agar bumi itu dirahmati,
Ku
doakan agar tanah itu di Redhai,
Kerana
penduduknya yang kian melupakan Khaliq,
Memburu
nikmat dunia yang akan lenyap,
memburu
dengan rakus,
tapi
baru kini aku mengerti,
mereka
sungguh tidak mengetahuinya...
Alhamdulillah, bersyukur setinggi-tinggi
kesyukuran hanya kepada-Mu Ya Allah, yang menjadikan langit dan bumi dan
seluruh isinya.
Hanya
kepada engkaulah kami menyembah dan hanya kpd engkaulah kami mohon pertolongan
(Surah Al-fatihah : 5)
Penulisan yang ana
kira kurang matang ini, namun ada mesej penting yang ana ingin sampaikan buat
hambaNya khasnya buat insan yang menetap di bumi sabah dan sebagai renungan
buat benua lainnya.
Alasan ??
Mengapa ana petik
ayat ke-5 daripada surah Al-fatihah sebagai pembuka bicara penulisan ini
hanyalah kerana beberapa faktor yang ana kira berkaitan dengan kehidupan
segelintir ataupun majoriti manusia yang menetap di sabah khususnya.
Semuanya mereka
katakan kerana kesempitan hidup. Kesempitan hidup yang mereka rasai, sehingga
membawa kepada melupakan Khaliq iaitu pencipta mereka. Urusan dunia mereka
kejar, semata-mata untuk mendapatkan sesuap makanan hinggakan mereka lupa untuk
solat, mereka lupa untuk berdoa, dan mereka lupa untuk bersyukur. Kerana bagi
mereka, masa berjalan dan semua itu membazir masa!
Allahu Robbi,
astaghfirullah al’azim. Ana bawakan kisah realiti masyarakat sabah yang
benar-benar memerlukan peringatan dan nasihat. pendapat ana yang mungkin salah
dan mungkin betul.
Ana melihat
sendiri dengan mata ana, bagaimana pantasnya mereka berjalan pantasnya mereka
bergerak, untuk mengejar dunia. Ana lihat di sebelah kiri ana, ana lihat
pengemis-pengemis yang duduk memohon simpati manusia. Ana ingin tahu apa di
hati dan jiwa mereka, tahukah mereka bahawa meminta-minta itu dibenci Allah?
"Dan
apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah ia kepada Kami
dalam keadaan berbaring atau duduk ataupun berdiri; dan apabila Kami
hapuskan kesusahan itu daripadanya, ia terus membawa cara lamanya
seolah-olah Dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan
sebarang kesusahan Yang menimpanya (sebagaimana ia memandang eloknya
bawaan itu) Demikianlah dijadikan terasa indah bagi orang-orang yang
melampau batas apa yang mereka lakukan"
YUNUS; 12
Salah siapa??
Ana tarik nafas
panjang-panjang. Ana fikir sejenak, sudah begitu lama ana menyalahkan kejahilan
mereka, sudah lama ana mengkritik cara hirup mereka, sudah lama ana menyatakan
kealpaan mereka..
“mereka tu tanggungjawab kita sa, dorang jadi
camtu sebab dorang tidak faham, sebab dorang tidak tahu”
Baru ana sedar
dari kealpaan ana, rupanya inilah amanah yang ana dan sahabat-sahabat lain
perlu galas. Semua ini bukan salah ereka, semuanya kerana mereka tidak tahu,
mereka tidak mengerti dan mereka tidak faham. Mereka sudah lama meninggalkan
Al-Quran, dan kita yang membacanyalah yang sepatutnya membawa mereka merasai
kembali indahnya Islam itu.
Salah aku
rupanya..
Bawak mereka
kerana cinta..
Setelah ana sedar,
ana patut bawa mereka kembali mencintai islam, membawa mereka kembali pada
fitrah. Kerana memang betul apa yang Tun Dr. Mahathir katakan, manusia ini
benar-benar mudah lupa. Perlunya ada yang mengingatkan mereka kembali , dan
sesungguhnya Allah itu maha pengampun.
Realitinya...
Ana menaiki sebuah
van usang, yang merupakan ‘taxi’ di Ranau. Ana mendengar rungutan orang-orang
yang sudah berumur, ana mendengar mereka mengatakan ketidakcukupan wang untuk
menampung perbelanjaan kehidupan mereka, mendengar rungutan seorang ibu yang
baru sahaja menghabiskan separuh dari perbelanjaan untuk membeli keperluan
sekolah anak-anaknya, ana tersenyum namun turut sedih.
“ Semoga Allah meniupkan rasa cukup dalam diri
mereka ”
Ana lihat
sekeliling , ana melihat buruh yang bertungkus lumus menyiapkan bangunan tanpa
mengenal rasa letih dan penat. Ana lihat jam sudah menunjukkan waktu solat, ana
terfikir :
“ sudah solatkah mereka ?”
Ana keluar dengan
kakak ana , ke sebuah shopping complex yang terletak di tengah-tengah bandar.
Selesai sahaja kami makan, terus sahaja menuju ke ruang solat yang ana fikir
sangat terpencil dan kecil.
Ana melangkah
sahaja ke dalam ruang solat, Allahu Robbi, hanya beberapa orang yang bersujud.
Ana bandingkan dengan manusia yang bersesak di ruang-ruang kedai untuk membeli
belah, terlalu jauh bezanya.
“ Mereka semua uzur ke ? ”
Ana menaiki sebuah bas, duduk di
hadapan sekali membelakangi pemandu bas. Ana lihat melalui cermin muka di
hadapan pemandu, ana lihat kening dan mata yang sayu dan tergambar kepenatan
tetapi tetap tersenyum.
“ Alhamdulillah, dia tengah berusaha.
Pasti untuk kesenangan keluarganya. Tapi dia sudah solat kah? Mungkin sudah. ”
Ana teruskan langkah, menuju ke
masjid. Dengan niat untuk berjemaah maghrib dan isya’. Sama seperti ana
rasakan, hanya dua atau tiga orang sahaja di ruangan muslimat. Dan hanya 1 saf
setengah di bahagian muslimin.
“ Hanya inikah kekuatan jamaah islam
masa kini ?”
Ana memasuki bilik, ana lihat semuanya
sedang menonton drama. Bila azan berkumandang, semua sepertinya tidak
mendengarnya.
“ dorang tak dengar azan ke?”
Ana mendengar remaja yang begitu asyik
di lamun cinta, berjaga untuk cinta bukan mahramnya. Merasa sedih kerana
disakiti, di curangi atau di marahi. Ketawa dan gembira ketika di hubungi, di
sayangi.
“ tapi macamana dengan cinta Allah ? ”
Ana memberikan
sepotong ayat al-quran buat sahabat mengerti bahawa kita manusia akan menyesal
di hujung waktu.
“ takutkan, azab Allah pada hambaNya”
“ a’ah takut sangat ”
Tapi tiada perubahan dalam dirinya.
Salah siapa??
Terlau banyak insan
yang melupakanmu di sini, hingga ana tidak dapat merasa Islam seperti indahnya
di kelantan. Ana harapkan sabah juga di harumi dengan keindahan islam. Aamiin
ya Robb.
hidayah akn trun bila mn ada pikir risaw ttg saudara yg jaw dr islam..tidak sempurna iman seseorg bila mn dya tdk menyayangi saudra nya lbih dr dya menyayangi diri sndri..
ReplyDelete