Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi
Maha Mengasihani.
Wahai orang-orang yang beriman!
Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari
azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
Iaitu, kamu beriman kepada
Allah dan rasulNya, serta kamu berjihad dan menegakkan agama Allah dengan harta benda
dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak
mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
(Dengan itu) Allah akan
mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang
mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat
tinggal yang baik dalam Syurga "Adn". Itulah kemenangan yang besar.
(Surah As-Saff : 10 – 12)
Menyingkap tajuk yang menjadi sebutan para du’at, iaitu
mengenai JIHAD. Popular dalam
kalangan insan yang mengejar cinta Allah, yang memahami kewajiban mengajak
insan sekeliling agar kembali meluruskan cinta yang hidup dihati hanya buat
yang layak, iaitu Allah. Dengan ajakan dan tawaran Allah dalam kalam cintaNya
pada surah as-saff ayat ke 10 -12, tentang satu kemenangan yang nyata buat
hambaNya yang berjihad dengan harta dan jiwa menegakkan agama islam.
Kenali
apa itu JIHAD.
Jihad , bermaksud bersungguh-sungguh. Bukan sahaja dalam
perjuangan menegakkan islam, namun berjihad dalam semua perkara. Berjihad untuk
mendapat ganjaran yang terbaik, iaitu redha Allah, dan akhirnya di akhirat
Allah hadiahkan Syurga Adn yang dibawahnya mengalir sungai-sungai. Indah bukan?
J
Namun apa yang ana ingin kaitkan dengan jihad untuk entri
ini adalah mengenai JIHAD menegakkan agama Islam.
Hati-hati
dengan JIHADmu..
Iaitu, kamu beriman kepada
Allah dan rasulNya, dan kamu berjihad membela dan menegakkan agama Allah dengan
harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika
kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
(Surah
As-saff : 11)
Bilamana seruan jihad dikuatkuasakan dalam quran,
mengajak para muslimin untuk berjihad menegakkan agama Islam. Ada yang menolak
dan ada yang meninggalkan seruan tersebut. Sedangkan tertulis nyata tentang
balasan yang begitu mengiurkan, Allah sediakan buat mukmin yang berjihad di
jalanNya, iaitu syurga ‘adn. Siapa lagi yang lebih menunaikan janji selain
daripada Allah? Tanya hati anda yang seringkali ragu-ragu meneruskan jihad,
kerana takut dunia menjauh. Adakah syurga tidak mengiurkan buat diri hambamu
itu?
Namun apa yang ingin ana sampaikan buat entri kali ini
ialah tentang bagaimana corak jihadmu. Maksudnya? Confused dengan soalan ana?? Jangan risau, sekejap lagi kita akan
rungkaikan ikatan kekeliruan itu.
Pemikiran para du’at kini adalah , kalau berjihad,
insyaAllah dapat syurga, dalilnya adalah surah as-saff ayat 10-12, bahkan kalau
berjihad, Allah beli diri kita digantikan dengan syurga, dalilnya, surah
at-taubah ayat 111. Betul tak?? Angkat tangan or kenyit mata belah kanan
jikalau setuju.. hikhik.. ^^
Memang benar, insyaAllah Allah janjikan syurga buat
mereka yang berjihad dijalanNya. Tapi pernah tak kita ambil tahu tentang ayat
pertama sebelum Allah sebut tentang jihad di jalan Allah. Meh sini, ana tunjuk
sikit ayat apa yang ana maksudkan.
Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya...
(surah as-saff : 11)
Allah sebut, kamu beriman kepada Allah dan Rasul, setelah
itu barulah Allah sebut dan kamu berjihad membela dan menegakkan
agama Allah dengan harta benda dan diri kamu. Ada nampak???
Salah satu masalah para du’at kini adalah, berjihad tanpa
menjaga iman kepada Allah dan Rasul. Surah at-taubah ayat ke 111 turut menyebut
orang-orang yang berIMAN yang
berjihad dengan harta dan jiwa, yang Allah akan beli mereka dengan syurga yang
dibawahnya mengalir sungai-sungai.
Kita sibuk berjihad, namun solat entah kemana, adakah
Allah akan beli kita dengan syurga?
Kita sibuk berdakwah, namun seringkali bersangka buruk
pada sahabat-sahabat, Allah beli dengan syurga?
Sibuk berjihad menegakkan islam, namun mengumpat, mengata
menjadi kebiasaan.
Sibuk berjihad, namun seringkali membohong.
Apakah ini dikatakan jihad?
Berapa harga jihadmu nak digantikan dengan syurga
Allah... fikir sahabat.
Namun pemikiran kita hari ini, asal saja berjihad sudah
mencukupi. Hubungan dengan Allah tak jaga. Diri disinari dengan akhlak syaitan,
di harumi dengan keduniaan.
Itulah yang ana cuba untuk bawakan pada entri kali ini.
Hal ini kerana, apa yang ana lihat dalam dunia para du’at kini, mengabaikan
ayat beriman kepada Allah dan Rasul dalam jihad mereka. Bukankah jihad menjadi
sia-sia Cuma? . Sama-sama kita muhasabah dan muhasarawak tentang jihad kita.
Kerana semuanya didasari dengan corak niat kita.
Jihad tanpa iman kepada Allah dan Rasul itu sia-sia,
Namun tanpa jihad dalam kehidupan, bukankah diri rugi?
Selamat berfikir ye para du’at dan kekasih dakwah..
.......................................................................................................................Hapsah
Masdin..........
subhanallah..
ReplyDeletepemikiran yg sgt jauh dan pikir nabi nabi dan para sahabat...
semoga Allah menemukan kaw dgn seorg yg mksd idupnya adlh kerja agama...
kerana hidayat akn dtg dgn pengorbanan dan pikir risaw umat sprt mn NAbi s.a.w risw ttg umAT NE...
pembaikan islah ini tdk akan tercapai oleh umt skrg melainkan dgn cara umat terdahulu...
syukron sahabat
ReplyDelete