Hati
ini…
Benarkah
mencintainya,
Dirinya
menjadi sebutan sepanjang zaman,
Membawa
makna hidup yang sebenar,
Menunjukkan
jalan cahaya ketika dunia kegelapan.
Dia,
Seringkali
terluka namun tetap menjunjung amanah,
Walau matahari
dan bulan diletakkan di telapak tangannya,
Dia
tetap berdiri teguh, bersama hati penuh
tabah,
Kerana
kasihnya pada umatnya yang jahil dan alpa..
Benarkah
hati ini,
Merasai
cinta padanya,
Mengasihinya
seperti dia mengasihi umatnya,
Ataupun
hati kotor ini sudah melupakannya..
Aku
takut,
Akulah
umatnya yang menangisi dunia,
Tetapi
tidak pernah menangis kerana merinduinya,
Aku
takut,
mungkin
akulah umat yang seringkali melupakannya,
Aku
takut,
mungkin
akulah umatnya yang melafazkan cinta padanya,
Tetapi
di bibir Cuma..
Aku
takut,
mungkin
saja akulah dia insan yang seringkali memandang remeh pesannya,
Aku
takut,
mungkin
akulah umatnya yang meninggalkan suruhannya,
Aku
takut,
mungkin
akulah umatnya yang sombong pada Pencipta..
Aku
juga takut,
Mungkin
akulah umatnya yang dia risaukan dahulu,
Yang
memisahkan islam dalam hidup..
Aku
takut Ya Allah,
mungkin
akulah umat akhir zaman, yang semakin angkuh menggenggam dunia,
Dan
tidak mengenali siapa kekasihMu, iaitu Rasulullah..
Aku
risau ,
mungkin
akulah umatnya yang meninggalkan perjuangan islam,
setelah
dia berkorban memperjuangkan agama suci ini.
Aku
takut sahabat,
mungkin
akulah umatnya yang membiarkan umat islam lainnya terus jahil mengejar dunia.
Aku
takut,
mungkin
akulah umatnya yang tidak pernah mengingatinya walau sekali.
Aku
takut,
Akulah
umatnya yang mengagungkan manusia lain,
Selain
insan mulia ini, Rasulullah.
Aku
malu,
mungkin
akulah umatnya yang tidak mengetahui kisah hidupnya,
Sedang
dia begitu risau pada umatnya, iaitu aku dan kamu.
Aku
takut,
mungkin
akulah umatnya yang terbiar tanpa syafaat di akhirat kelak…
Ya
Allah,
Hidupkan
cinta dalam diriku,
Hidupkan
rindu dalam hatiku,
Hidupkanlah
rasa kasih dalam jiwaku,
Kepada
dia kekasihMu,
Kerana
sepanjang hayatnya hingga akhir nafasnya,
Dia
begitu risau tentang umat akhir zaman,
Dia
merindui umatnya,
Dia
mengasihi umatnya,
Hingga
akhir nafasnya,
Dia
masih menyebut dan mengingati kami,
Sedangkan
kami Ya Allah,
Sentiasa
melupakannya…
Bersama
tangisan, hati yang ingin merindui…
Puisi
kucoretkan ini, kecewa dengan hati yang semakin melupakannya. Aku mencoretkan
puisi ini, bersama tangisan. Kerana malu dengan diri sendiri. Aku umatnya yang
melupakannya.. Ya Allah.... maaf Ya Allah. Maaf Rasulullah.. jahilnya aku ya
Allah. Istiqamahkan aku dijalan perjuangan ini hingga nafasku yang terakhir.
No comments:
Post a Comment