Andai mampu akan ku beli selautan emas,
andai mampu akan ku bina istana kaca,
andai mampu akan ku jahit baju permata
untukku hadiahkan buatnya..
Aku hanya seorang pelajar,
bukan punya apa-apa,
yang aku ada ,
buku dan pen,
dompetku berat kerana syiling,
mana mungkin mampu memberimu itu dan ini..
yang aku mampu adalah menjadi orang yang berguna,
tengah berusaha mengenal Allah,
tengah berusaha menjadi baik,
agar satu masa nanti aku mampu mengirimmu,
doa dan harap menjadi sebab kamu ke syurga..
Ya Allah,
andai tiba masanya untuk berjumpa denganMu,
tariknya nyawaku dulu sebelum mereka,
kerana aku takut pada duka yang berpanjangan..
berkati hidup mereka ya Allah,
mama dan baba ku..
permaisuri dan raja dijiwaku..
redhai hidup mereka ya Allah,
diramadhan yang penuh keampunan dan rahmat,
terimalah doa hambaMu yang hina ini,
Ya Allah.... Allah...
jauhkan mereka dpd neraka..
aamiin....
No comments:
Post a Comment