Ikat kemas tali
kasutmu,
Senseng bajumu,
Pastikan bajumu
tebal,
Kerana perjuangan
kita masih jauh.
Jangan lupa engkau
belek cermin pecah itu,
Untuk engkau pastikan
tidak ada lumpur pada wajahmu,
Engkau sentuh dadamu,
Kira degupan
jantungmu, yang mungkin berdegup kencang,
Tarik nafasmu
sedalam-dalamnya,
Bersama zikr terapi,
Menenangkan degupan
jantungmu, meluruskan niat di hati,
Kerana sungguh!
Ini bukan saja-saja,
Bukan juga mainan!
Ini kisah benar,
Tentang menang atau
kalah!
Tentang islam dan perjuangan !
Lihat kiri dan
kananmu,
Lihat setiap wajah
sahabat-sahabatmu,
Bersihkan kotoran di
dada mereka,
Dengan peringatan
lembut menusuk jiwa,
Sebagai ubat buat
perjalanan jauh ini.
Maka,
Genggam erat tangan
mereka,
Jangan biar ada yang
terlepas!
Sebelum engkau
melangkah,
Pandang ke bawah,
Takut ada duri yang
menghalang,
Engkau pastikan tiada
siapa yang terkena,
Maka engkau
peringatkan kembali!
Engkau pandang ke
hadapan,
Teruskan perjalanan
perjuangan ini,
Dengan hati yang
yakin dan benar,
Dengan ukhuwah yang
indah,
Dengan ilmu yang
membina,
Namun jangan lupa
untuk memandang ke belakang,
Menjelajah sirah
kekasih Allah,
Agar tidak mudah
engkau jatuh!
Maka syabab,
Berdoalah agar Allah
memberkati perjalananmu,
Selamat berjuang!
.
Originally from:
Hapsah bt masdin
tsabat, tsabat sehaluan seiringan bersama sahabat
ReplyDelete:)
syukron akak :)
ReplyDelete