Meninjau cinta di jendela hidupku,
Syukur ku panjat kepadaMu,
Memberi peluang kepadaku,
Untuk terus berjumpa Ramadhan bulan suciMu,
Mengangkat azam di bulan Syaaban,
Untuk tidak ingin tonggang terbalik menjemput
Ramadhan,
Kelak hanya seperti sebelum-sebelumnya tersia2 Cuma,
Segala usia menunggu Ramadhan menjelma,
Akhirnya tiada usaha merebut peluang depan mata.
Doaku agar Dia menjemput aku ke Ramadhan tahun
ini,
Dan akhirnya benar Dia masih memberi peluang buat
diri,
Untuk menghirup cinta di udara Ramadhan,
Sarat dengan semangat insan lainnya mencari cinta
Khaliq,
Aku turut ingin seperti mereka,
Kerana aku tidak ingin hanya mereka yang mendiami
syurga kelak,
Biar sama2 melangkah kaki ke usia Ramadhan,
Dengan membulat niat hanya buat RedhaNya,
Dan harum syurgaNya…
Aku cinta Ramadhan
J
No comments:
Post a Comment